Monday, March 25, 2013

Fitnah UMNO : Tian Chua dan KeadilanDaily Ke Mahkamah 11 April

KUALA LUMPUR – UMNO meneruskan tindakan undang-undang terhadap Naib Presiden PKR, Chua Tian Chiang (Tian Chua) selepas tempoh yang diberikan terhadap beliau untuk memohon maaf dan menarik balik kata-kata fitnah yang dilapor dan diterbitkan oleh KeadilanDaily.com tamat. Tindakan undang-undang telah diambil melalui Penasihat Undang-undang UMNO, Hafarizam Wan & Aisha Mubarak terhadap Tian Chua yang juga Ahli Parlimen Batu berkaitan kenyataannya yang seterusnya diterbitkan dalam KeadilanDaily.com. pada 1 Mac 2013.

Pengurusan kes tersebut telah ditetapkan pada 11 April 2013, jam 9.00 pagi di Kompleks Mahkamah Jalan Duta dengan Tian Chua dinamakan sebagai defenden pertama sementara Editor KeadilanDaily.com, Fazallah Pit adalah defenden kedua serta Aisha Geoffrey iaitu wartawan dan penulis di laman tersebut adalah defendan ketiga.

Read more!