Friday, April 26, 2013

Thursday, April 25, 2013

Tuesday, April 23, 2013

Video Lucah: UMNO Fail Saman Fitnah Terhadap Mustafa Ali Dan Dua Lagi

UMNO telah memfailkan saman fitnah terhadap Setiausaha Agung Pas Datuk Mustafa Ali dan dua lagi berhubung penerbitan lima artikel yang mengaitkan pertubuhan itu dengan penyebaran video lucah di laman sesawang baru-baru ini.

Writ tuntutan itu difailkan Setiausaha Kerja UMNO Datuk Ab Rauf Yusoh bagi pihak UMNO semalam di pejabat pendaftaran Mahkamah Tinggi Sivil melalui Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak.
Pihak media memperoleh salinan writ itu hari ini. Mahkamah menetapkan 10 Mei ini untuk pengurusan kes saman itu.

Peguam Datuk Mohd Hafarizam Harun yang mewakili UMNO hari ini memberitahu bahawa UMNO memfailkan saman itu atas alasan artikel berkenaan adalah satu pembohongan nyata dan berniat untuk membawa organisasi itu ke dalam skandal awam dan dibenci.

“UMNO mahu menjelaskan yang mereka tiada kaitan dengan politik kotor ini dan  tidak terlibat langsung,” katanya dan menurutnya UMNO juga mahu mendapatkan keadilan.

Read more!

Monday, April 22, 2013

Thursday, April 18, 2013

Friday, April 12, 2013

Kelayakan Menjadi Calon Pilihan Raya



Mana-mana warganegara Malaysia yang bermastautin di Persekutuan Malaysia layak menjadi calon pilihan raya sekiranya:

a. Dia berumur lebih daripada 21 tahun; (Artikel 47 Perlembagaan Persekutuan)

b. Sempurna akalnya; (Artikel 48 (1) (a) Perlembagaan Persekutuan)

c. Bukan seorang muflis; (Artikel 48(1)(b) Perlembagaan Persekutuan dan Seksyen 33 Akta Kebankrapan 1967. Seseorang itu adalah ‘Muflis’ apabila beliau telah melakukan salah satu kelakuan-kelakuan kebankrapan, perintah penghukuman dan perintah penerimaan (AO/RO) telah diberikan ke atasnya dan tiada apa-apa jua perintah yang melepaskan dan/atau membatalkan perintah penghukuman dan perintah penerimaan tersebut. Sila rujuk kepada nasihat peguam untuk maklumat lanjut)

Read more!

Friday, April 5, 2013

PERJALANAN PILIHAN RAYA


Suruhan Jaya Pilihan Raya adalah badan yang bertanggungjawab untuk menetapkan tarikh pilihan raya dan mengeluarkan sesuatu Writ pilihan raya kepada Pegawai Pengurus (PP), bagi pilihan raya diadakan di bahagian berkenaan.

Kemudian, satu notis untuk mengadakan Pilihan Raya Umum Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri akan dikeluarkan oleh pihak Suruhanjaya Pilihan Raya dan notis tersebut dikenal sebagai Notis Pilihan Raya.

Notis-notis Pilihan Raya ini hendaklah dibaca dengan teliti oleh calon-calon yang ingin bertanding kerana antara isi kandungnya terdapat tarikh, masa dan tempat untuk menyerahkan kertas penamaan.

Read more!