KUALA LUMPUR, 13 Mei - Kemelut pemerintahan yang berlaku di Terengganu
tidak boleh disamakan dengan situasi peralihan kuasa di Perak pada tahun 2009
yang menyaksikan Barisan Nasional (BN) mengambil alih tampuk pemerintahan
daripada Pakatan Rakyat (PR).
Pengamal undang-undang yang dihubungi Bernama hari ini,
berpendapat BN kekal memerintah di Terengganu walaupun tiga wakil rakyatnya
dari Umno mengisytiharkan diri mereka sebagai calon Bebas, kerana tidak
menyatakan pendirian untuk menyokong pembangkang.
Peguam Datuk Mohd Hafarizam Harun berkata keadaan ini
berbeza daripada krisis Perak 2009 apabila tiga wakil rakyat PR menjadi ahli
Bebas menyatakan sokongan kepada BN, tatkala BN dan PR kekika itu mempunyai
jumlah kerusi yang sama iaitu 28 dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) yang
berjumlah 59 kerusi.
Read more!