Hari ini, Mahkamah Persekutuan telah membenarkan permohonan diatas. Saya ingin mengulas sedikit berkenaan permohonan tersebut.
Untuk makluman, saya ingin mengatakan bahawa permohonan YB Dato' Seri Ir Nizar mempunyai 2 permohonan utama, iaitu (1) Kebenaran untuk merayu ke Mahkamah Persekutuan; dan (2) Penggantungan keputusan Mahkamah Rayuan sementara menunggu pelupusan (disposal) rayuan di Mahkamah Persekutuan.
Untuk permohonan (1) diatas, sebagai rekod agar tidak diputar-belit oleh pakatan pembangkang dan agen-agennya, YAB Dato' Seri Dr Zambry telah bersetuju (by consent) agar kebenaran diberikan untuk merayu ke Mahkamah Persekutuan agar penyelesaian muktamad dapat dicapai. Sebab itulah, ianya telah diberikan sebulat suara. Saya tertanya-tanya samada pihak pakatan pembangkang akan berbuat sedemikian? Jawapannya jelas TIDAK kerana sepanjang kami mengendalikan kes-kes berkaitan tindakan YB Sivakumar, kami telah diserang bertubi-tubi dengan segala bentuk serangan teknikal (preliminary objection) dan merit samada di peringkat Mahkamah Tinggi, Rayuan ataupun Persekutuan. Disini, nampaknya kematangan YAB Dato' Seri Dr Zambry dalam menghadapi kes Mahkamah yang melibatkan beliau secara langsung. Inilah yang diharapkan dan sesungguhnya telah terbukti akan keperibadian YAB Dato' Seri Dr Zambry berbanding dengan pemimpin pakatan pembangkang!
Untuk permohonan (2) diatas pula, sebagai rekod dan maksud yang sama diatas, Mahkamah Persekutuan telah menolak sebulat-suara (unanimous) permohonan YB Dato' Seri Ir Nizar untuk menggantung keputusan Mahkamah Rayuan sementara rayuan ke Mahkamah Persekutuan dilupuskan (disposed). Oleh itu, apa yang dikatakan sebagai "kemenangan" adalah, pada hemat saya, satu delusi yang amat besar (grandeur delusion). Malangnya, ini telah tidak diketengahkan oleh pakatan pembangkang atau agen-agennya. Bagi saya, jelas taktik mereka disini, iaitu apa yang tidak memihak kepada mereka tidak adil dan sebaliknya adalah "kemenangan rakyat". Saya tidak terperanjat jika selepas ini adalah lagi kedengaran suara-suara sumbang bahawa ianya tidak mengikat, tidak konsisten dsb kerana sewaktu pasukan undang-undang kami menang di dalan kes melibatkan 3 ADUN Perak (YB Jamaluddin, YB Kapten Osman dan YB Hee), pakatan pembangkang menyatakan ianya hanyalah perintah deklarasi yang tidak mengikat YB Sivakumar!
Akhir sekali, saya juga ingin menyatakan bahawa isu-isu polisi YB Dato Seri Ir Nizar sewaktu beliau menjawat jawatan MB Perak iaitu Tabung Kifalah (RM1,000) kepada simati berumur lebih 65 tahun; Tabung Khas kebajikan rakyat; kenaikan kadar pemberian bantuan bulanan kebajikan; Tabung Pinjaman perniagaan kecil; pemberhentian pemberian hak milik tanah kampung-kampung tersusun; menukar perkhidmatan ahli Majlis/Pihak berkuasa tempatan; menangguhkan Ipoh sentral; meluluskan tanah sebanyak 1400 hektar kepada Rahman Hydraulik; dan melelong Camry seperti yang telah dinyatakan di dalam afidavit beliau dan diserahkan kepada peguam YAB Dato' Seri Dr Zambry awal pagi ini, bagi saya hanyalah suatu tindakan lemah/sia-sia (feeble attempt) untuk meraih populariti murahan. Bagi saya lagi, ianya tiada kaitan dengan dengan isu pada pendengaran pagi tadi iaitu samada kebenaran rayuan patut diberikan dan penggantungan keputusan Mahkamah Rayuan! Jelaslah, ini percubaan terakhir untuk mengalih perhatian Mahkamah Persekutuan malangnya tidak diendahkan.
Sekian, terima kasih.
askum dato. ulasan dan hujah yang baik dato. semuga berjaya. pohon pinjam tulisan ini untuk sebaran diblog saya.
ReplyDeleteSaudara arifomar,
ReplyDeleteSilakan.
Terima Kasih.
Apa yang Nizar ni nak sebenarnya...power ?? For whom, for rakyat ke for Him and that two cousins..kalau lepas ni dia kalah lagi..Mahkamah Persekutuan decides he loose ...then what is he going to do...saya pelik la orang macam ni...he is an engineer , eduacated, ada asas agama yang baik...takan dia tak boleh nampak what is happening in front of him...the way dia react now is much much more different than before he was elected...as a Dato Seri, tingkah laku buruk beliau di Parlimen is totally unacceptable, dah la macam tu ...tiap kali pergi berceramah...dia masih lagi nak letak status dia sebagai MB Perak...Dato, as a legal practitioner tak de ke clause dlm undang undang yang boleh menghadkan perbuatan Nizar ni...he still thought he is MB, and this will redirect people
ReplyDeleteDear Perakians,
ReplyDeleteThere is nothing much that we can do legally except we make an applicatio that he is a vexatious litigant but the important here is, it is still a battle amongst ours.
Janganlah kita dilihat diperbodohkan oleh yang lain.
sekian, terima kasih.
Saya anak Perak meluat tengok Nizar macam patong wayang kulit, yang pegang patong nya DAP. sedor le Nizar orang kampong boleh le tipu. Masa nak file saman kat mahkamah tinggi Saya ada kat sana, Nizar tekebil2 tunggu arahan dari DAP gambor video ada mike simpan.Orang DAP terutama yg bca ayat quran tapi makan @#@$. Tak ingat hari dpan ke nasib anak2 orang Melayu. Nizar ni bukan gile kuasa tapi macam orang mimpi kena ombok, cuba tengok muke dia betul2, mate nye.
ReplyDelete