Friday, August 14, 2009

Pilihanraya Kecil N. 11 DUN Permatang Pasir

Salam Sejahtera,

Hari Isnin depan bersamaan dengan 17hb Ogos 2009, penamaan calon untuk Pilihanraya Kecil N. 11 DUN Permatang Pasir, Pulau Pinang (PRK N. 11 DUN Permatang Pasir) akan berlangsung. Untuk itu, saya ingin mengulas sedikit berkenaan undang-undang sewaktu Hari Penamaan Calon bagi maksud dan rujukan petugas-petugas BN/UMNO supaya BN/UMNO akan dilihat mematuhi undang-undang walau apapun keputusan PRK N. 11 DUN Permatang Pasir nanti.

Seksyen 24A Akta Kesalahan Pilihanraya, 1954 menyenaraikan batasan diayah politik pada hari penamaan seperti berikut:

Seksyen 24A(1):
(1) memberi atau membekal kepada mana-mana orang apa-apa alat muzik atau pembesar suara dengan tujuan alatan tersebut digunakan dengan apa cara atau digunakan di dalam vesel, binatang, motokar, trak atau kenderaan lain;

(2) menggunakan sendiri atau menggunakan di dalam vesel, binatang, motokar, trak atau kenderaan lain alatan muzik atau pembesar suara itu.

Seksyen 24A(2):
(3) menunggu atau berdiri-diri dalam jarak lima puluh meter dari sempadan mana-mana tempat penamaan calon.

Berikut adalah batasan-batasan yang ditetapkan untuk Hari Penamaan Calon, justeru itu memakai lambang parti di dalam kawasan Dewan Penamaan Calon adalah tidak dilarang dan begitulah juga membawa bendera-bendera parti dsb.

Saya juga ingin mengambil kesempatan disini untuk mengingatkan jentera BN/UMNO bagi PRK N. 11 DUN Permatang Pasir sekiranya selepas diumumkan adanya pertandingan Isnin nanti, jika kelihatan bendera-bendera (ataupun markas-markas/bilik-bilik gerakan) selain parti PAS, hendaklah dibuat aduan serta-merta kepada Ketua PP-KPR (iaitu pasukan petugas kempen pilihanraya yang terdiri daripada polis, SPR, wakil calon-calon yang bertanding & PBT) agar bendera selain PAS tidak dibenarkan untuk dikibarkan ataupun markas/bilik gerakan didirikan. Ini selaras dengan Peraturan 11(2)(b) & (c) Peraturan-Peraturan Pilihanraya (Perjalanan Pilihanraya) 1981 yang jelas maksudnya dan telahpun dikuatkuasakan sewaktu PRK Manek Urai baru-baru ini.

Sekian, terima kasih.

4 comments:

  1. salam

    Thanx dato for your great reminder. By the way boleh tak dato uraikan masalah tuduhan ke atas saudara rohaizat berkenaan kenyataan bar council tu ..

    ReplyDelete
  2. Peraturan 11(2) tersebut berbunyi:-

    2) (a) The returning officer shall by lot determine the order in which the names of the candidates shall appear on the ballot papers.

    (b) Subject to this paragraph there shall be assigned to each candidate by lot conducted by the returning officer a symbol approved by the Election Commission, provided that it shall not be necessary to draw lots if there is only one candidate to whom a party symbol has not been assigned.

    (c) For the purpose of this paragraph a political party may submit to the Election Commission for its approval and for registration, if so approved, a symbol, which in this paragraph is referred to as a "party symbol", for the use of its candidates at any election.

    In this paragraph "political party" means any society, registered under the Societies Act 1966, which the Election Commission is satisfied is organised for political purposes.

    (d) In lieu of a symbol assigned in accordance with subparagraph (b), a returning officer shall on the request of any candidate, assign to him a party symbol:

    Provided that no party symbol shall be so assigned except on production by the candidate of a written authority signed by a responsible official of the party authorising the candidate to use such party symbol for the purposes of the election.

    Yang jelasnya Peraturan tersebut bermaksud returning officer boleh memberikan satu simbol kepada calon secara undian jika ada lebih dari satu calon yg tidak mempunyai simbol parti: Peraturan 11(2)(b)

    Returning Officer boleh membenarkan calon menggunakan simbol parti sekiranya ada permintaaan drpd calon dan ada surat watikah drpd parti: Peraturan 11(2)(d).

    Untuk penetapan simbol parti, sesebuah parti politik boleh menghantar simbol parti kpd SPR utk digunakan dlm mana-mana pilihanraya: Peraturan 11(2)(c).

    Datuk, di mana yg kata bendera parti tak bertanding tak boleh naik?

    ReplyDelete
  3. Saudara Abdullah AR,

    Peraturan 11(2)(c) Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Perjalanan Pilihan Raya) 1981 adalah menjadi asas kepada keputusan SPR untuk membuat ketetapan bahawa hanya parti-parti yang bertanding sahaj yang boleh menaikkan bendera, mendirikan markas/bilik gerakan mereka. Ini adalah selaras dengan Seksyen 5 (1) (d) Akta Pilihan Raya 1958 yang berbunyi :

    "...
    (d) menjalankan dan melaksanakan segala kuasa dan tugas lain yang diberikan kepadanya atau yang dipertanggungkan ke atasnya oleh Akta ini dan oleh mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya."

    Saya rasa isu disini bukanlah sangat Peraturan diatas i.e. Peraturan 11 (2), tetapi lebih kepada 'locus standi' pakatan pembangkang yang dikenali sebagai 'pakatan rakyat' berbanding Barisan Nasional. Untuk makluman, Barisan Nasional (BN) adalah sebuah parti politik yang berdaftar (no pendaftarannya adalah 1415 [Selangor]) yang ditubuhkan di bawah Seksyen 7 Akta Pertubuhan 1966. Oleh itu, lambang dacing adalah dibolehkan untuk digunakan tetapi tidak untuk pakatan pembangkang.
    Kesimpulannya senang sahaja, daftarkan pakatan pembangkang ini, masalah ini akan dapat diatasi.

    Sekian, terima kasih.

    ReplyDelete
  4. Satu laman untuk anda ahli umno memperkatakan apa sahaja pendapat untuk kebaikan UMNO
    http://debatkini.blogsport.com

    ReplyDelete