Sewaktu saya menulis blog ini, saya sedang menanti panggilan untuk memasuki pesawat Egypt Air untuk ke Kaherah, Mesir. Rombongan ini adalah rombongan lawatan kerja bagi urusan penyerahan projek bangunan asrama Perak di Kaherah, Mesir & majlis bertemu pelajar Perak di sana. Saya telah diminta untuk mewakili Ibu Pejabat UMNO selain atas kapasiti saya selaku Ketua Pasukan Undang-Undang UMNO/BN Perak sewaktu membuat kes-kes melibatkan YAB Menteri Besar & 6 EXCOnya dan juga ketiga-tiga ADUN Bebas.
Saya sangat berbesar hati kerana telah dijemput untuk menyertai rombongan ini selain diberi peluang oleh Ibu Pejabat UMNO untuk berjumpa dengan pelajar-pelajar Perak khususnya dan Malaysia amnya.
Antara itenari/urusan yang telah diatur adalah majlis bertemu dengan pelajar-pelajar di Kaherah, Iskandariah, Amman (Jordan) dan Damsyik (Syria). Saya diminta untuk memberi penerangan sebenar tentang apa yang berlaku berkenaan krisis politik yang dicetuskan oleh pakatan pembangkang di Perak bermula daripada pengumuman bahawa ketiga-tiga kerusi DUN Jelapang, Behrang & Changkat Jering telah kosong sehinggalah kebenaran untuk merayu diberikan oleh Mahkamah Persekutuan baru-baru ini (untuk kes YB Dato' Seri Nizar lwn YAB Dato Seri Dr Zambry).
Saya menjangkakan beberapa isu-isu hangat sbg. cth. pembubaran Dewan Negeri, moraliti 'melompat parti', hak keistimewaan YDP Dewan Negeri Perak dsb akan dibangkitkan oleh pelajar-pelajar di sana dimana saya cukup bersedia untuk memberikan penerangan sebaik mungkin dengan data-data, bukti-bukti dan keterangan-keterangan yangs sediaada dan dibawa bersama. Saya berharap, di dalam kita mencari kebenaran, penerangan saya akan disambut dengan penuh beradab, berhemah & bersesuaian dengan tatasusila ketimuran. Saya tidak menyatakan ianya adalah sebegitu atau akan berlaku tetapi mengakui ada sedikit debaran di hati jikalau ianya tidak disambut dengan hati terbuka oleh pelajar-pelajar disana nanti.
Apa-apa pun, saya telah ditugaskan untuk menjalankan amanah yang berat ini dan saya akan menunaikannya. Saya tidak berniat untuk mencari publisiti tetapi hanya ingin menerangkan perkara sebenar daripada perspektif UMNO/BN.
Sekian, terima kasih.
Baguslah kalau nak menerangkan perkara yang sebenar yang tidak benar budak sekolah pun tahu siapa umno dan pengikutnya penipu dan perompak yang berlesen
ReplyDeleteassalamualaikum,
ReplyDeletekeberanian perlu ada di pihak kita,
sedar atau tidak kerjaya dato` sebagai peguam sebagai satu fadhu kifayah seorang muslim untuk mempertahankan yang haq...tahniah dan teruskan perjuangan dato`.lembaran baru telah bermula dengan kita tidak boleh lagi berdiam diri dan pasif. puak mereka datang dengan fitnah, cercaan dan makian, kita datang dengan fakta dan kebenaran.
Allahuakbar
selamat jalan dato. semuga berjaya dalam menyedarkan anak bangsa dan selamat kembali
ReplyDeleteSalam Datuk,
ReplyDeleteTerangkan kepada pelajar pelajar ni yang selama ni mereka belajar di atas tajaan kerajaan. Bersyukurlah, kalau nak harap pakatan pembakang jangan harap dapat peluang..Lihat sekarang DAP sudah berani bersuara, belum berkuasa lagi..Im sure there will be no more opportunities to study in the middle east. They hate muslims...
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteThank U datok...
ReplyDeletesaya dah jumpa datok kat Dewan Malaysia Abbasiah Kaherah..
:)
terima kasih atas penerangan Datok..