Thursday, October 15, 2009

Pindaan Perlembagaan UMNO - sinopsis

Salam Sejahtera,

Izinkan saya, bagi maksud makluman pembaca-pembaca blog saya, untuk menggariskan tujuh (7) premis pindaan Perlembagaan UMNO yang telah diluluskan sebulat suara oleh Perhimpunan Agung Khas UMNO semalam.

Premis pertama ialah meluaskan jumlah perwakilan dan sekaligus memindahkan kuasa memilih Ahli-ahli Majlis Tertinggi (MT) termasuk Pengerusi Tetap dan Timbalan Pengerusi Tetap UMNO Malaysia ke peringkat Mesyuarat Perwakilan Bahagian. Fasal-fasal yang terlibat ialah 8.3.3, 8.3.4, 9.3, 9.4, 9.9, 9.10, 14.5.1, 14.5.2, 14.5.4, 17.5.7 & 17.5.8 serta memasukkan fasal baru 14.4.7 Perlembagaan UMNO Malaysia. Efeknya, secara ringkas, ialah seramai 146,500 perwakilan Bahagian-Bahagian (sebanyak 191 Bahagian) akan memilih Ahli-ahli Majlis Tertinggi UMNO (iaitu Presiden, Timbalan Presiden, Naib-Naib Presiden & 25 Ahli Majlis Tertinggi) disamping memilih ahli jawatankuasa Bahagian. Selaras dengan pindaan ini juga, Ketua-Ketua Sayap Cawangan (iaitu Wanita, Pemuda & Puteri) akan secara otomatik menjadi perwakilan ke Mesyuarat Perwakilan Bahagian (sebagai contoh, untuk cawangan yang ahlinya adalah 250 orang, seramai 9 wakil Cawangan iaitu 1 Ketua, 5 wakil Cawangan & 3 Ketua sayap). Ini merupakan perubahan besar kepada UMNO dan tentunya akan didukung oleh semua ahli UMNO dan dihormati oleh rakyat.
Premis kedua ialah penghapusan kuota. Secara ringkas, ianya bermaksud ahli-ahli UMNO yang ingin menawarkan diri untuk bertanding hanya perlu memenuhi kelayakan minima iaitu untuk ahli-ahli Majlis Tertinggi hendaklah sekurang-kurangnya telah menjadi Ahli MT (MT) atau Ahli Jawatankuasa Bahagian (AJK) selama satu (1) penggal. Manakala untuk bertanding AJK Bahagian pula adalah menjadi ahli UMNO sekurang-kurangnya tiga (3) tahun. Fasal-fasal yang terlibat adalah 9.5 dan 15.5 Perlembagaan UMNO. Untuk makluman, Perlembagaan Malaysia juga ada menetapkan kelayakan minima jika seseorang itu mahu bertanding untuk kerusi Parlimen atau Dewan Undangan Negeri.
Premis ketiga ialah pertambahan wakil wanita selaku ahli lantikan di semua peringkat iaitu Majlis Tertinggi, Bahagian & Cawangan. Selari dengan itu juga, jumlah ahli lantikan yang dibolehkan untuk Presiden, Ketua Bahagian & Ketua Cawangan ditambah satu (1) di semua peringkat iaitu untuk MT tiga-belas (13) orang, Bahagian lapan (8) orang & Cawangan (6) orang. Fasal-fasal yang terlibat ialah 9.2.8, 15.1.8, 15.2 & 18.1.8 Perlembagaan UMNO.
Premis keempat ialah penubuhan Jawatankuasa Pemilihan UMNO (JPU) sebagai satu badan khusus untuk mengendalikan pemilihan di peringkat MT dan Bahagian. Juga telah dicadangkan, untuk tahun pemilihan (bagi UMNO ialah 3 tahun sekali) pemilihan di peringkat Bahagian dibuat serentak. Dengan ini, kempen akan lebih teratur & mengurangkan 'politiking' (termasuk anasir salahlaku). Fasal terlibat ialah 10.5 Perlembagaan UMNO manakala untuk pemilihan serentak, ianya telah ada di Fasal 10.4. Apa yang perlu ialah arahan MT untuk dibuat serentak pemilihan Bahagian di dalam tahun pemilihan.
Premis kelima ialah yuran tahunan (RM1 setahun) dihapuskan dan RM2 yang dibayar sewaktu pendaftaran akan diterima sebagai yuran seumur hidup. Fasal-fasal yangterlibat ialah 8.4.3, 10.2, 10.9, 14.4.3, 14.4.4, 15.13.4, 15.13.8, 17.4.3 & 18.12.3 Perlembagaan UMNO. Ini akan tentunya mengurangkan masalah pembatalan mesyuarat Cawangan dan meminimakan salahguna kuasa ketua cawangan yang dengan sengaja tidak membayar yuran tahunan (atau tidak mahu menerima yuran tahunan).
Premis keenam ialah sistem pendaftaran keahlian diperluaskan dengan memberi kuasa kepada ketua-ketua sayap iaitu Ketua Wanita Cawangan, Ketua Pemuda Cwangan & Ketua Puteri Cawangan (selain Ketua Cawangan yang sememangnya mempunyai kuasa tersebut). Dengan pindaan ini juga, kuasa melulus dan menerima akan dipecahkan kepada empat (4) peringkat iaitu Cawangan (oleh Ketua Cawangan), Wanita (oleh Ketua Wanita Cawangan), Pemuda (oleh Ketua Pemuda Cawangan) & Puteri (oleh Ketua Puteri Cawangan). Fasa-fasal yang terlibat ialah 5.2, 18.12.4 & 18.12.11 Perlembagaan UMNO.
Premis ketujuh ialah menjadikan Setiausaha Bahagian perwakilan otomatik ke Perhimpunan Agung Tahunan. Ini adalah mengenang jasa dan memberi pengiktirafan kepada Setiausaha Bahagian yang sememangnya berkerja kuat untuk memastikan pentabdiran Bahagian lancar. Fasal terlibat ialah 8.4.4 Perlembagaan UMNO.
Pengamatan saya daripada pindaan-pindaan diatas ialah UMNO peka kepada permintaan perubahan, sentiasa 'versatile' dengan tuntutan peredaran zaman & Perlembagaan UMNO adalah contoh 'living piece of document' dan mestilah ditafsirkan secara liberal & bukannya, di dalam meminjam kata-kata DYMM Sultan Azlan Shaha (ketika itu Raja Azlan Shah, LP), 'read in a pedantic way' (dibaca secara sempit).
Saya berharap ahli-ahli UMNO akan mendukung pindaan ini dan untuk rakyat Malaysia, akan melihat ini sebagai suatu langkah serius UMNO untuk kembali rapat kepada rakyat & menjadi juara untuk semua tanpa mengira bangsa & agama.
Sekian, terima kasih.

8 comments:

  1. Salam Bro. --adakah dengan pindaan ini, ianya dapat mengurangkan gejala rasuah politik dalam UMNO? Kalau Ya, bagaimana?

    ReplyDelete
  2. I feel that the effect on money politics and wrong doing would be further aggravated at the Division level with the new amendments.

    1. During a division election, the demand made by each brach head would be greater due to the 150% increase in votes each branch can bring. It is not difficult for the branch head to control the Wanita, Pemuda and Puteri branch heads.
    2. Due to the removal of the yearly fees, persons wanting to sabotage a particular branch may easily make payments for ALL registered members of that branch, thus increasing the quorum of that branch. Since the power to allow a meeting of a branch to proceed notwitstanding quorum not met is with the Division Heads, the division heads would be able to ensure voting from that branch delegates aligned with his otherwise he can easily annul the relevan branch meetings and therefore such division heads can make better demand upon any potential candidates.

    I hope necessary measures would be taken to prevent the above from happening.

    ReplyDelete
  3. Bro Anis,

    Terima kasih atas soalan Saudara. Sebagai permulaan, saya ingin katakan bahawa pindaan Perlembagaan ini mestilah dibaca sekali dengan perubahan 'minda' ahli-ahli UMNO iaitu mereka mesti melihat ini sebagai satu anjakan perubahan untuk membaikpulih parti dan bukannya untuk mencara 'loopholes' daripada sistem yang baru ini.
    Kedua, dengan pertambahan perwakilan-perwakilan di peringkat Bahagian, maka calon-calon yang ingin bertanding akan terpaksa berbelanja lebih banyak & tentunya dengan jumlah yang banyak, maka akan lebih ramai orang akan bercakap dan ini akan menjadikan kerja Lembaga Disiplin lebih mudah untuk mendapat saksi-saksi bagi penyiasatan & seterusnya pendakwaan. Apa-apa pun sistem, samada dahulu, sekarang atau 1 UMNO member 1 Vote, jika tiada kesedaran, akan gagal usaha pucuk pimpinan.
    Itulah sahaja komen yang tidak seberapa saya.
    Terima kasih.

    ReplyDelete
  4. YM Tunku Alizan,

    Thank you for your views and probable problems that may occur.
    Permit me if I may to start by saying that this amendment is not only legal/politicasl but also be read in conjunction with psychological change. what i meant is that in the minds of every UMNo members (be it supporters, aspiring leaders etc), its the party's interest that is paramount. Thus, what YB Dato' Seri Hishamudin said at hsi opening speech is very relevant i.e. it is also the cultural behavior and attitude that needs to in tandem with this amendment.
    Going into specifics, I entirely agree that the demand for branch head is higher/stronger but if the 3 wings leaders reject, then the branch head is in the minority.
    As to sabatogae, it does arise anymore since all UMNO members are life-time members and the need to pay/make payments does not arise anymore. Also, I cant see why the Division heads can annul a properly convened branch meeting unless it is prodedurally wrong i.e. corum not met (although our peraturan does allow for the branch meeting to proceed, after 30 minutes, with 18 cawangan members).
    Thank you again for your deep thoughts YM Tunku.

    ReplyDelete
  5. masih ada lagi yang tak faham bagaimana pindahan perlembagaan ini boleh mengubah UMNO....hairan dan ajaib...

    ReplyDelete
  6. tak faham atau tak mahu faham...

    tindakan mendedahkan amalan politik wang dan menghukum mereka yang terlibat adalah lebih baik dari tindakan sesetengah parti yang sekadar mendiamkan malah menghalalkan rasuah malah salah laku moral yang berlaku dalam parti mereka..

    apa pun pindaan minda perlu wujud dikalangan ahli UMNO supaya apa pun matlamat pindaan perlembagaan dapat di realisasikan... InsyaAllah..

    ReplyDelete
  7. Pindaan tersebut amat baik.Soalnya pelaksanaan.Adakah soal kronisma akan dapat dihapuskan dengan pantas dan baik?Adakah soal politik wang akan terhapus 100 persen?Rakyat akan terpanggilkah untuk menyertai UMNO dan selesakah rakyat dalam suasana UMNO yang baru ini?Terutama kalangan profesional dan belia.Walau bangaimana pun saya tetap berharap pindaan tersebut membawa kebaikan yang besar kepada UMNO.Mudah-mudahan akan ada arus perubahan yang baik kepada UMNO terutama dari sudut minda ahli-ahlinya.Dan rakyat seluruhnya.

    ReplyDelete
  8. Saya setuju dengan pandangan bahawa kejayaan hanya akan menjadi kenyataan jika ada perubahan sikap dan minda. Tapi ianya MESTI KESELURUHAN IAITU DARI PUCUK KEPIMPINAN TERATAS HINGGA KE AKAR UMBI (tiada pengecualian).Bukan hanya dibawah perlu berubah, tetapi diatas juga buang sikap nak menjawat jawatan kerana habuan. Insaf lah dan kembali lah ke era Tunku, Tun Abd Razak dan Tun Hussein Onn dimana pemimpin hidup sederhana tapi lebih mendekati rakyat dan berkorban demi rakyat.

    ReplyDelete