Sunday, March 28, 2010

Kes UMNO Bahagian Tanah (Mahkamah Tinggi Malaya di Kota Bahru Saman Pemula No 24-38-2010)

Salam Sejahtera & Salam 1Malaysia,

Telah hampir dua (2) bulan saya tidak menulis di dalam blog rasmi saya selaku Penasihat Undang-Undang UMNO Malaysia. Bukannya tidak ada isu yang hendak ditulis tetapi saya telah diminta untuk memberi penerangan berkenaan pelbagai i.e. royalti minyak Kelantan melalui wawancara saya dengan Tuan Sayed Munawwar secara 'live' di TV1 dalam rancangan Di Luar Lingkungan pada bulan Februari dan di Astro Awani dalam rancangan 'In Frame' berkenaan campurtangan luar di dalam sistem kehakiman Malaysia pada bulan awal Mac baru-baru ini. Apapun, saya berharap ianya telah memberi sedikit pengetahuan & latarbelakang sebenar berkenaan isu-isu diatas.

Semalam (28/3/2010), Mahkamah Tinggi Malaya di Kota Bahru telah membenarkan permohonan anakguam-anakguam saya iaitu YBhg Dato' Ikmal Hisham Abdul Aziz (Ketua Bahagian UMNO Tanah Merah) dan Ustaz Baharudin bin Yusuf (Timbalan Ketua UMNO Bahagian Tanah Merah) mengenepikan perintah injunksi yang diperolehi secara ex-parte (satu pihak, dalam bahasa mudah) oleh bekas ahli UMNO Tanah Merah, Encik Amran bin Rahman ("Plaintif") bertarikh 16/2/2010 yang bertujuan, inter-alia, untuk menghalang apajua transaksi berkenaan bangunan UMNO Tanah Merah dan akaun-akaun bank UMNO Tanah Merah disebabkan pembatalan pendaftaran dua (2) cawangan iaitu Banggol dan Pondok Lama di dalam UMNO Bahagian Tanah Merah. Mahkamah juga telah menolak Saman Pemula Plaintif (Kandungan 1) atas alasan-alasan yang sama sewaktu membenarkan pengenepian perintah injunksi ex-parte.

Alasan-alasan yang didasari oleh Mahkamah Tinggi sewaktu mengenepikan perintah injunksi tersebut adalah: (1) Plaintif tidak ada 'locus standi' oleh kerana beliau bukan lagi ahli UMNO berkuatkuasa 10/2/2010, iaitu tarikh beliau memfailkan tindakan di Mahkamah. Ini adalah kerana, mengikut Fasal 20.7 Perlembagaan UMNO, mana-aman ahli UMNO yang membawa perkara parti ke Mahkamah akan gugur dengan sendirinya keahlian. Tarikh 10/2/2010 adalah tarikh Plaintif memfailkan tindakannya di Mahkamh, justeru itu, dengan izin 'by operation of law', Plaintif gugur secara otomatik keahliannya; (2) Seksyen 18C Akta Pertubuhan, 1966 melarang Mahkamah untuk mendengar, meneliti, mengkaji dsb apajua keputusan atau perkara dalaman parti politik. Ini, di dalam bahasa undang-undang, adalah 'ouster clause' yang membuatkan Mahkamah tidak ada bidangkuasa untuk mendengar tuntutan atau tindakan itu. Di dalam kes ini, Plaintif mempertikaikan kesahihan jawatan Dato' Ikmal dan timbalannya kerana kononnya cawangan-cawanagan Banggol dan Pondok Lama telah dibatalkan pendaftarannya oleh Pendaftar Pertubuhan berkuatkuasa pada 10/11/2009. Tetapi, apa yang tidak dimaklumkan kepada Mahkamah oleh Plaintif ialah pada 17/2/2010, cawangan-cawangan tersebut telah ditarik-balik pembatalannya oleh YB Menteri Dalam Negeri, justeru itu ianya tidak pernah terbatal sejak mulanya. Apapun, ini adalah perkara dalaman parti dan Mahkamah tidak patut diheret di dalam permasalahan parti politik; dan (3) Plaintif telah tidak mendedahkan fakta-fakta sepenuhnya sewaktu membuat permohonan injunksi pada 16/2/2010 lalu & laporan polis yang dibuatnya sahaja adalah tidak memadai.

Diatas adalah ringkasan keputusan Mahkamah tetapi apa yang saya mahu tekankan disini adalah, ahli-ahli UMNO dirayu agar tidak membawa perkara parti ke Mahkamah. Selesaikanlah di peringkat itu sendiri. Ibu Pejabat UMNO senantiasa bersedia untuk menelitinya. Samada keputusan memihak kepada pengadu atau tidak, itu perkara kedua. Janganlah digembar-gembur urusan dalaman parti UMNO kepada orang luar, biarlah UMNO dilihat utuh dan kuat di kacamata rakyat. Setiap partio, organisasi, persatuan dsb sudah tentunya ada masalah & boleh diselesaikan jika pihak-pihak mengikut saluran yang telah ditentukan. Kedua, undang-undang atau Perlembagaan UMNO adalah ketat dan tidak mengenal siapa, justeru itu fikirkanlah masak-masak sebelum membawa hal-ehwal parti ke Mahkamah. Jadikanlah kes UMNO Bahagian Tanah Merah ini sebagai pengajaran dan sempadan didalam kita berjuang untuk bangsa, agama & negara.

Sekian, terima kasih.

8 comments:

  1. tahniah dato atas kejayaan ini. ini pengajaran kepada negeri yang sentiasa brcakaran. sejak dulu lagi umno kelantan begitu. tangan mereka sentiasa bau dan penuh dengan tahi. naik menyampah kita dibuatnya.

    ReplyDelete
  2. salam datuk
    saya mengikuti perkembangan penulisan datuk di dalam blog ini. Sebagai pelajar ijazah undang-undang saya menjadikan blog datuk sebagai rujukan dan bahan bacaan tambahan untuk saya. Terima kasih datuk.
    Berkenaan dengan kes ini apakah ia bermaksud bahawa mahkamah tidak mempunyai kuasa untuk mendengar apa-apa perkara yang berkaitan dengan masalah dalaman sesebuah parti politik? Atau adakah ianya tertakluk kepada parti UMNO sahaja? Kalau begitu bagaimana pula dengan isu pada tahun 1988 di mana ahli UMNO sendiri membawa kes parti ke mahkamah dan mahkamah membuat keputusan untuk mengharamkan parti UMNO?
    Segala penjelasan daripada Datuk saya dahului dengan ucapan terima kasih

    ZHARIF BIN BADRUL
    UNDANG-UNDANG UiTM SHAH ALAM

    ReplyDelete
  3. Saudara Zharif,

    Selepas pindaan kepada Akta Pertubuhan 1966 pada tahun 1988 (selepas pengharaman UMNO), Mahkamah tiada lagi mempunyai bidangkuasa untuk mendengar kes-kes melibatkan parti politik. Ini dipanggil 'ouster clause' di dalam istilah Undang-Undang.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  4. salam datuk
    terima kasih atas penjelasan yang diberikan. Saya menunggu post blog datuk yang seterusnya. Terima kasih.

    Zharif

    ReplyDelete
  5. UMNO Tanah Merah tidak pernah sunyi daripada pergolakan. Sejak daripada Kepimpinan Allahyarham Datuk Hj. Hashim bin Safin sampai ke hari ini masih berlarutan. Ini lah sikap ahli/kepimpinan UMNO bahagian tanah merah. kalau sama sendiri p[un tidak boleh berpakat apatah lagi untuk menghadapi PRU. Ini kerana sekiranya seseorang calon itu tidak di kumpulan mereka akan berlakulah 'cas keting '

    ReplyDelete
  6. Salam Datuk,

    Bagaimana nak laporkan salahlaku UMNO Cawangan, sepanjang 2 tahun tidak mengadakan mesyuarat jawatankuasa. Ataupun ada kemungkinan AJK yang dilantik tidak dijemput hadir ke mesyuarat. Boleh ke begitu?

    Fahmidin, Terengganu

    ReplyDelete
  7. UMNO always the BEST! Umno perlu bekerja keras lagi bagi memastikan Anak Cucu tidak ketinggalan tentang SEJARAH Umno serta pelbagai pengorbanan dari Orang2 terdahulu!

    ReplyDelete
  8. Thanks God , I'm not a member of Tanah Merah UMNO!!!!

    ReplyDelete