Wednesday, February 10, 2010
Pilihan Nizar Sendiri
Akhirnya pergolakan politik di Perak yang berlarutan sejak setahun lalu ekoran perebutan jawatan Menteri Besar menuju penamat apabila Mahkamah Persekutuan semalam memuktamadkan ia milik Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.
Beliau sendiri yang memilih Sistem Kehakiman sebagai pengadilan dan penyelesaian kemelut politik di Perak. Dia yang membawa kes ke mahkamah setelah tidak berpuas hati dan “mohon derhaka” terhadap pelaksanaan bidang kuasa Sultan Perak.
Nizar juga yang menimbulkan polemik, bersidang bawah pokok dan berceramah selama ini untuk meraih simpati sebagai asas pengadilan daripada orang ramai.
Keputusan diputuskan panel lima hakim diketuai Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff itu menolak rayuan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin untuk membatalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengisytiharkan Zambry sebagai Menteri Besar yang sah.
Apa yang jelas keputusan 5-0 menunjukkan tiada apa lagi yang boleh diungkit atau dipertikaikan pembangkang mengenai kedudukan Zambry atau isu dua Menteri Besar, sejak Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pangkor itu mengangkat sumpah memegang jawatan berkenaan menggantikan Mohammad Nizar pada 6 Februari 2009.
Keputusan semalam juga memberi jawapan keadilan dicari-cari sejak setahun lalu melalui proses undang-undang sudah pun diadili dengan sewajar-wajarnya.
Bagi Dr Zambry keputusan semalam membolehkan beliau untuk terus memberi fokus kepada hala tuju pembangunan Perak dengan mengutamakan kepentingan rakyat.
Bagi Nizar pula, selaku pihak yang memilih sendiri mahu mencari keadilan menerusi institusi mahkamah, beliau tiada pilihan selain akur keputusan mahkamah tertinggi negara ini.
Ini kerana pada 13 Februari 2009, ketika memfailkan tuntutan supaya dirinya diisytiharkan Menteri Besar Perak yang sah, Nizar pasti mempunyai keyakinan terhadap kebebasan dan keadilan sistem kehakiman.
Apabila keputusan Mahkamah Tinggi menyebelahinya pada 11 Mei 2009, Nizar dan pembangkang menyifatkannya keputusan itu tepat. Sehari kemudian apabila Mahkamah Rayuan menangguhkan pelaksanaan keputusan awal itu, mereka kembali mencemuh sistem yang sama.
Malangnya apabila keadilan yang dicari menerusi perundangan hingga diputuskan Mahkamah Persekutuan semalam, Nizar seakan tidak dapat menerima keputusan tersebut.
Ini boleh dilihat melalui kenyataan Nizar yang menyifatkan semalam hari paling sedih kerana kononnya sistem kehakiman tidak bebas.
Beliau turut mendakwa kononnya sistem monarki negara menuju monarki mutlak.
Berikut kenyataan Penasihat Undang-undang UMNO Malaysia, Datuk Mohd Hafarizam Harun berkenaan keputusan Mahkamah Persekutuan dan reaksi Datuk Seri Mohamad Nizar Jalamuddin.
Saya melihat kenyataan Datuk Seri Nizar semalam sebagai satu komen yang berbentuk penghinaan kepada mahkamah.
Kenyataan Datuk Seri Nizar sengaja dibuat bagi mencetuskan satu polemik politik yang bertujuan mengelirukan rakyat secara berterusan dan langsung tidak berasaskan undang-undang.
Ini kerana menurut Perlembagaan Persekutuan 1957 jelas menyatakan bahawa negara ini menggunapakai sistem Raja Berpelembagaan.
Justeru Duli-duli Maha Mulia Sultan Melayu akan bertindak atas nasihat Perdana Menteri atau Menteri Besar kecuali terhadap 2 perkara yang sememangnya termaktub dalam Perlembagaan Malaysia amnya dan Perak khususnya iaitu :
1) melantik Menteri Besar
2) membubarkan Dewan Undangan Negeri
Justeru itu apabila Datuk Seri Nizar menghadap Sultan Perak pada 4 Februari 2009 memohon membubarkan Dewan Undangan Negeri ianya tidak mendapat perkenan Sultan Perak.
Malah Sultan Perak menitahkan Datuk Seri Nizar serta Anggota Majlis Mesyuarat Negeri meletakkan jawatan dan sekiranya enggan maka jawatan mereka akan dianggap kosong. Malangnya Datuk Seri Nizar ingkar malah sanggup membuat sembah derhaka.
Berdasarkan apa yang berlaku tahun lepas jelas menunjukkan bahawa Datuk Seri Nizar lah yang telah merosakkan institusi Raja Berperlembagaan dan bukannya seperti dakwaan beliau kononnya sistem monarki negara menuju monarki mutlak.
Institusi Kehakiman adalah institusi yang terletak di bawah Yang Di Pertuan Agong yang bersifat bebas dan berasingan dengan badan perundangan dan eksekutif. Sebagai badan yang bebas, hakim-hakim juga adalah bebas maka tidak timbul itu kononnya kerajaan berada di belakang hakim-hakim tersebut.
Apa yang dinyatakan Datuk Seri Nizar kononnya sistem kehakiman tidak bebas, ini jelas satu penghinaan kepada mahkamah dan satu lagi taktik untuk memburuk-burukkan segala institusi termasuk dalam Perlembagaan Malaysia dan Perak.
Jika mahkamah bukan tempat rakyat Malaysia mendapat keadilan termasuk Datuk Seri Nizar, kenapa beliau sendiri menfailkan kes ini ke Mahkamah Tinggi tahun lepas jika beliau tidak percaya kepada mahkamah.
Dalam kes Nizar lawan Zambry ini telah pun sampai ke peringkat penghakiman terakhir. Tidak ada lagi sebarang rayuan selepas in dan selaras dengan prinsip “finality of decisions”, keputusan Mahkamah Persekutuan mesti dihormati dan dipatuhi.
Seperti yang dinyatakan Mahkamah Persekutuan semalam sekiranya Datuk Seri Nizar yakin beliau masih mempunyai suara majority di Dewan Undangan Negeri, beliau bolehlah mengemukakan usul undi tidak percaya pada Sidang Dewan Undangan Negeri akan datang atau pun membuat representasi kepada Sultan Perak jika ada asasnya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Nizar 'pukul anak sindir menantu'. Sebenarnya dia marah pada Sultan Perak. Kenyataannya jelas menunjukkan Nizar dan disokong pemimpin lain dalam PAS mencemuh institusi beraja.
ReplyDeleteSaya hairan, bilakah lagi ISA patut digunakan?
Salam Y.Bhg Dato,
ReplyDeleteJob well done. Moga Allah sentiasa melindungi Dato'.
Saya ingin membawa perhatian Dato' bahawa selepas daripada Pilihanraya 2008, BN telah memenangi 28 kerusi dan selebihnya oleh Pembangkang. Pada ketika itu, tiada Pakatan Rakyat wujud. DAP, PAS dan PKR telah bersesama mengadap Paduka Duli Tuanku Raja Muda untuk membentuk kerajaan
Selepas deadlock selama lebih seminggu, akhirnya setelah di perkenan oleh DYMM Paduka Seri Sultan, Tuanku Raja Muda bersetuju untuk melantik YB Nizar sebagai Menteri Besar walaupun PAS merupakan minority dari segi jumlah kerusi dan dari segi perundangan sepatutnya Barisan masih boleh form a minority government sebab mereka adalah the single largest entity dengan 28 kerusi.
Kemudian, selepas 11 bulan YB Nizar telah "Mohon Derhaka" terhadap Tuanku Sultan yang telah melantik beliau sebagai Menteri Besar.
YB Nizar langsung tidak menghormati institusi Raja yang telah pada mulanya memperkenan terhadap perlantikan beliau sebagai MB bak kata pepatah melayu, "Kacang lupakan Kulit".
Dan setelah rujuk kepada Mahkamah dan kalah, beliau enggan menerima keputusan para Hakim dan seterusnya menghina pula institusi Kehakiman.
Beginikah laku seorang yang "terpelajar" dan bekas Menteri Besar?
bangsa Melayu bangsa berdaulat di tanah Melayu, tanah tumpah bangsanya sendiri! jangan biar bangsa Melayu ni tergadai... bangsa Melayu dah semakin diperlekehkan, dipergunakan... yg sedihnya..oleh bangsa Melayu kita ini sendiri! jadi, sama2 lah kita pertahankan!
ReplyDeletealahai pembodek UMNO.. kalau nak kira derhaka.. UMNO tak derhaka ke ... Oh ya.. silap saya.. UMNO baik.. UMNO pejuang bangsa. UMNO mendaulatkan Tuanku..UMNO memperjuangkan agama banyak lagi laa. bla..blaa..blaa.
ReplyDeleteOrang PAS yang gantung kain rentang 'KAMI NAK DERIS! NATANG" di Trangganu tu kan.. Orang PAS yang buang kekebalan raja-raja melayu .. kan.. kan..kan..
saya ingin membuat ulasan, sekarang kerajaan BN adalah kerajaan yang sah undang-undang malaysia juga adalah undang-undang yang sah, bukanlah satu kerajaan yang kongkalikong atau undang-undang hengki pengki dimana saja kita berada di dalam sebuah negara kita harus menuruti undang-undang negara itu, apa takut dengan mereka ini semua, termasuk ketua pembangkang di parlimen ADILI MEREKA jika mereka betul lepas kan, jika mereka salah rejam saja mereka dalam penjara, tak kiralah mereka kerajaan atau pembangkang asalkan mereka melanggar undang-undang ambil tindakan, kita ambil iktibar dari negara jiran kita yang kecil yang hanya di sambungkan dengan causeway, mereka kerajaan yang berani rakyat mereka akur dengan pemerintahan mereka, world street journal pun kena bayar diatas artikel yang mengecam mereka, apa peduli dengan australia, amerika yang mau mengganggu gugat undang-undang negara ini, kita punya acuan undang-undang sendiri. kita punya angkatan tentera yang banyak, polis, dan sub marine pun kita ada ... mengapa takut dengan rakyat sendiri, karena segelintir haluan kiri yang tidak mau menghormati undang-undang negara sendiri, jangan takut tekanan luar apalagi pembangkang dari dalam negara, kerajaan masih mempunyai mandat dan masih sah berkuasa, gunakan kuasa-kuasa tersebut ke atas petualang-petualang negara tersebut apa yang nak di takutkan, berani karena benar takut karena salah, apa ??? kerajaan kita takutkah dengan mereka-mereka ini , kalau takut bukan kerajaan namanya, atau kerajaan kita takut karena kerajaan kita banyak membuat salahke?? kalau tidak salah jalankan undang-undang, walau sekalipun undang-undang itu undang-undang kuku besi, yang masih tertakluk dalam undang-undang, ini tidak habis-habis hanya berbalah-balah saja, gunakan mandat yang telah di beri oleh rakyat kepada pemerintah yang ada pada hari ini, ini adalah lampu hijau dari pada "rakyat" itu sendiri. tahan saja mereka di bawah akta yang ada cuci cukup-cukup otak mereka 10-15 tahun jika mereka betul-betul telah melanggar undang-undang atau menghina mahkamah dan sebagainya, itu baru kerajaan ada JANTAN, tq
ReplyDelete