Tuesday, May 31, 2011

Mahkamah Tinggi Ketepikan Saman Ke Atas Peguam UMNO



KUALA LUMPUR, 31 Mei – Mahkamah Tinggi telah memutuskan Penasihat Undang-undang UMNO Datuk Mohd Hafarizam Harun diketepikan daripada saman yang telah dikeluarkan oleh Dewan Undangan Negeri Selangor pada 12 April 2011 lalu.

Dalam hujahnya, Hakim Datuk Zaleha Yusof telah membenarkan tujuh daripada lapan permohonan dalam Saman Pemula yang dikemukakan oleh Hafarizam iaitu antara lain saman yang dikeluarkan oleh DUN Selangor adalah terbatal, tidak terpakai dan bersifat adalah ultra vires (melanggari batasan undang-undang) dan bercanggah dengan undang-undang.

“Saya berterima kasih dan melihat keputusan mahkamah ini akhirnya telah menegakkan keadilan dan juga telah menunjukkan bahawasanya selaku seorang peguambela dan peguamcara saya tidak boleh ditakuti atau diancam dengan tindakan sebegini rupa kerana saya bertindak atas arahan anak guam,” katanya kepada UMNO-Online.


Dengan itu, beliau tidak perlu hadir pada perbicaraan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan (JKHK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor untuk menjawab tuduhan menghina Dewan adalah terbatal kerana bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Jelasnya, DUN atau Jawatankuasa Hak tidak ada kuasa terhadap dirinya yang hanya menjalankan tugas sebagai peguambela malah tindakan menuntut kos oleh firma beliau tidak boleh dianggap sebagai satu penghinaan kepada Dewan untuk dihadapkan ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan oleh DUN Selangor.

Berkenaan apa yang berlaku di mahkamah, berkenaan kes saman pemula yang difailkan kepada tiga pihak iaitu Dewan Undangan Negeri Selangor.

Beliau juga mengesa Majlis Peguam membuat kenyataan berhubung perkara yang berlaku kerana tindakan diambil terhadapnya telah mengganggu profesion perguaman di negara ini, dan kes itu adalah yang pertama kali berlaku di negara ini apabila satu usul membabitkan profesion perguaman di bawa ke sidang DUN.

“Saya berharap kes ini akan menjadi rujukan kepada kes-kes lain kerana ia tidak pernah berlaku,” jelasnya.

LIHAT DOKUMEN BERKAITAN

No comments:

Post a Comment