Langkah UMNO menarik balik saman fitnah terhadap Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tian Chua dan Setiausaha Agung Pas Datuk Mustafa Ali bukanlah bermakna UMNO tidak serius terhadap pandangan rakyat atau isu fitnah yang dibuat oleh pihak lawan.
Penasihat undang-undang UMNO, Datuk Mohd Hafarizam Harun menjelaskan tindakan terbabit dibuat sebagai bukti keterbukaan UMNO yang tidak berdendam dan menerima pihak lawan dalam keadaan mereka mengakui kesalahan dan sanggup berubah.
“Tidak bermakna UMNO takut kerana kalau pihak lawan tidak mahu berubah maka kita tidak akan beralah tetapi dalam kes terbabit pihak lawan meminta untuk ia diselesaikan di luar mahkamah dengan beberapa terma dan akui kesilapan,” katanya kepada UMNO-Online.
Ujar beliau, UMNO bukan parti yang hanya mahu ke mahkamah tanpa sebab atau tanpa asas, bukan menyaman mana-mana pihak untuk mendapat ganjaran wang atau sebagainya tetapi UMNO berpaksi kepada prinsip bahawa, jika UMNO telah difitnah dan dimalukan maka ia tidak akan berkompromi.
Tapi sebaliknya tegas beliau jika mereka sanggup menyatakan pendirian sama ada meminta maaf atau menyatakan kekesalan atas apa yang telah dilakukan maka UMNO selaku parti siasah sentiasa berjiwa besar kerana imej UMNO bukan sewenang-wenangnya mendapat duit dari pihak yang disaman.
Mac lalu, tindakan undang-undang telah diambil terhadap Tian Chua yang juga Ahli Parlimen Batu berkaitan kenyataannya yang bertajuk ‘Insiden tembakan di Lahad Datu konspirasi terancang UMNO – Tian’ yang seterusnya diterbitkan dalam KeadilanDaily.com. pada 1 Mac 2013.
Jelas Hafarizam, Tian Chua dan peguamnya meminta untuk menyelesaikannya di luar mahkamah dan sanggup untuk menarik balik kenyataan yang merujuk kepada UMNO iaitu:
1. Insiden terancang di Lahad Datu bukan konspirasi UMNO, ini bukan sandiwara UMNO untuk tarik perhatian UMNO tentang isu RCI, atau apa-apa jua yang ada kena mengena dengan UMNO;
2. Menyatakan kekesalan kenyataan itu telah mengaitkan UMNO;
3. Memohon untuk memastikan dia akan minta KeadilanDaily keluarkan keseluruhan artikel itu serta-merta;
4. Tanpa apa-apa perintah kos iaitu kos yang UMNO perlu bayar atau sebaliknya dengan kos ditanggung sendiri.
2. Menyatakan kekesalan kenyataan itu telah mengaitkan UMNO;
3. Memohon untuk memastikan dia akan minta KeadilanDaily keluarkan keseluruhan artikel itu serta-merta;
4. Tanpa apa-apa perintah kos iaitu kos yang UMNO perlu bayar atau sebaliknya dengan kos ditanggung sendiri.
“Selepas terma-terma tersebut diperhalusi dan dipersetujui maka YB Tian Chua menarik balik segala tuduhan yang mengaitkan UMNO, yang bermakna beliau mengaku salah sebut UMNO sebagai perancang kepada insiden Lahad Datu, menarik balik kenyataan bahawasanya UMNO cuba mengalih perhatian daripada isu RCI kepada isu tembakan di Lahad Datu.
“Beliau juga menyatakan kekesalan, yang mana kesannya sama dengan memohon maaf, iaitu dia mengaku bahawa dia tidak sepatutnya berkata begitu. Di sini hanya penggunaan kesal dan mohon maaf yang berbeza tetapi kesannya adalah sama iaitu UMNO tidak terlibat dalam insiden tembakan di Lahad Datu dan ini bukan sandiwara UMNO untuk mengalih perhatian rakyat daripada RCI,” tegasnya.
Sebelum itu, Tian Chua telah diberi peluang untuk menyatakan pembelaannya terhadap kes saman malu yang dibawa oleh UMNO namun UMNO mempersoalkan kenapa perlu kaitkan parti terbabit dalam insiden tembak menembak di Lahad Datu jika ianya tidak pasti sama ada UMNO terlibat atau tidak, sementara isu RCI dan sebagainya tidak ada kena mengena dengan insiden Lahad Datu.
“Walaupun kes saman malu ini telah selesai, namun Tian Chua sedang hadapi satu lagi pertuduhan jenayah berbentuk hasutan kerana kenyataan yang sama dibuat dan beliau terpaksa menjawabnya di mahkamah nanti.
“Tidak semestinya dengan UMNO bersetuju menarik balik saman fitnah dan saman malu, maka pertuduhan jenayah yang dihadapinya akan terlepas kerana ia tidak ada kaitan iaitu kes terbabit adalah pertuduhan yang sedang dihadapinya di mahkamah jenayah yang dikatakan berbentuk hasutan.
“Laporan polis yang dibuat oleh rakyat berkaitan Tian Chua dalam insiden Lahad Datu tersebut terangkum dalam laporan jenayah berbentuk fitnah yang sedang dihadapi oleh Tian Chua,” maklumnya.
Tambah beliau, sebagai sebuah parti yang memegang tampuk kuasa dan memperoleh pertambahan kerusi selepas PRU lalu, maka tentunya fokus UMNO bukanlah kepada kes sedemikian sebaliknya ada agenda yang lebih besar misalnya transformasi UMNO, transformasi kerajaan dan politik UMNO.
“Sekiranya kita hanya melihat Tian Chua kepada kes yang sangat besar dan penting, maka kita akan dilihat oleh rakyat terlalu pendendam walhal Tian Chua telah bersetuju untuk menarik balik dan menyatakan kekesalan atas apa yang telah dilakukan.”
Merujuk kepada kes Mustafa Ali pula yang telah disaman ekoran menuduh UMNO terlibat dalam penyebaran video seksnya yang dianggap sebagai kebiasaan untuk UMNO sebarkan fitnah, pihak terbabit turut memberikan tawaran.
“Beliau yang hadir bersama dua defendan lain iaitu peguamnya dan Editor Harakahdaily, telah ditawarkan kepada UMNO iaitu menarik balik apa jua kenyataan yang merujuk kepada UMNO dan melahirkan kekesalan dan akan keluarkan artikel itu dari Harakahdaily dengan kes tersebut tiada perintah berkaitan kos.
“Maka UMNO ambil sikap terbuka, sifat besar hati iaitu akan menarik balik demi menjaga nama dan maruah UMNO, maka kita setuju menyelesaikannya di luar mahkamah.” - MediaUMNO
ULASAN DARI: yuktesvijay.blogspot.com
Langkah Datuk Hafarizam, Penasihat undang-undang UMNO, menggugurkan Kes Saman Malu terhadap Tian Chua telah dikritik hebat oleh penyokong-penyokong UMNO sendiri. Penulis sendiri telah melahirkan rasa kecewanya dalam laman social FB melalui profil peribadinya.
Malah penulis telah mula berbincang dengan beberapa rakan-rakannya daripada UMNO untuk memulakan Kes Saman Malu yang baru terhadap Tian Chua.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai alasan yang mendorong Hafarizam untuk menggugurkan Kes Saman Malu tersebut, penulis telah memanggil Penasihat Undang-undang UMNO petang semalam.
Panggilan yang dibuat itu hanya untuk meminta Hafarizam menghantar dokumen berkaitan melalui e-mel tetapi telah berlangsung untuk hampir 1 jam di mana penulis dan Hafarizam telah bertikam lidah, bertukar pendapat dan mencari justifikasi untuk mempertahankan pendirian masing-masing.
Perbincangan panjang tersebut telah melahirkan satu tanda soal dalam pemikiran penulis.
Tanda soal yang boleh ditafsirkan sebagai “mungkin itu keputusan terbaik dalam keadaan yang sedia ada”
Analisa terperinci tentang Kes Lahad Datu – Tian Chua dibuat. Inilah hasil pencarian dan inferens yang dibuat berdasarkan undang-undang berkaitan dan penghakiman yang telah dibuat dalam Kes-kes yang mempunyai fakta yang lebih kurang sama dengan Kes ini.
Sinopsis
Pada 1 Mac 2013 laman Keadilan Daily pula mengeluarkan kenyataan dari Tian Chua, yang mengatakan bahawa insiden tembak-menembak di Lahad Datu adalah konspirasi UMNO
Notis Tuntutan bertarikh 4 Mac 2013 membuat permohonan maaf secara bertulis dan menarik balik kenyataan berunsur fitnah itu
UMNO mendakwa Tian Chua mengeluarkan kata-kata fitnah di dalam artikel “Insiden tembakan di Lahad Datu konspirasi terancang Umno” yang telah dilaporkan dan diterbitkan oleh KeadilanDaily pada 1 Mac yang lepas
Mengikut dakwaan UMNO perkataan-perkataan fitnah itu membawa maksud bahawa
- - Umno merupakan dalang di dalam konspirasi jahat untuk Barisan Nasional menang dalam pilihan raya akan datang di negeri Sabah
- - sengaja mahu menakut-nakutkan rakyat dengan insiden di Lahad Datu
- - mendakwa Umno adalah pembelot negara yang kononnya membawa masuk pejuang Kesultanan Sulu di Lahad Datu, Sabah.
Dalam Notis Tuntutan bertarikh 4 Mac UMNO meminta agar Tian Chua membuat permohonan maaf secara bertulis dan menarik balik kenyataan berunsur fitnah itu
Seperti yang diagak Tian Chua tidak meminta maaf. Maka satu Kes Sivil telah difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di mana dalam pernyataan tuntutan yang difailkan, Ab Rauf selaku wakil UMNO mendakwa Tian Chua mengeluarkan kata-kata fitnah di dalam artikel "Insiden tembakan di Lahad Datu konspirasi terancang Umno" yang telah dilaporkan dan diterbitkan oleh KeadilanDaily pada 1 Mac
Selain Tian Chua, individu lain yang turut disertakan di dalam Tuntutan yang sana adalah Editor KeadilanDaily.comFazallah Pit dan penulis artikel itu Aisha Geoffrey sebagai defendan
Dalam pernyataan pembelaannya, Tian Chua antaranya menyatakan, kenyataannya adalah komen yang wajar dan dibuat di bawah perlindungan bersyarat demi kepentingan awam berkenaan isu keselamatan negara dan ketelusan media.
Malah dia juga berkata kenyataannya itu adalah komen yang wajar dan terlindung di bawah 'keistimewaan bersyarat' sebagai ahli Parlimen dan demi kepentingan awam.
Dengan tidak menyentuh lebih lanjut memandangkan 2-3 perjumpaan di antara Hakim dan Peguambela kedua-dua Pihak berkaitan tidak bersangkut paut dengan isu yang timbul, kita akan terus ke keputusan kontrovesi yang dibuat Datuk Hafarizam ini
Peguam Tian Chua telah mengesyorkan kepada Hafarizam agar Kes ini digugurkan dengan syarat syarat berikut
- Mengakui insiden terancang di Lahad Datu bukan konspirasi UMNO, ini bukan sandiwara UMNO untuk mengalih perhatian orang ramai tentang isu RCI (Suruhanjaya Siasatan Di Raja berkaitan dakwaan pemberian kad pengenalan kepada pendatang asing). Apa jua yang ada kena mengena dengan UMNO;
- Menyatakan kekesalan kenyataan itu telah mengaitkan UMNO;
- Memohon untuk memastikan dia (Tian Chua) akan minta KeadilanDaily keluarkan keseluruhan artikel itu serta-merta;
- Tanpa apa-apa perintah kos iaitu kos yang UMNO perlu bayar atau sebaliknya dengan kos ditanggung sendiri.
Apabila dilihat secara kasar, memang wajar perasaan marah di kalangan penyokong BN dan ahli ahli UMNO.
Perasaan marah yang dicetuskan oleh persoalan seperti
MENGAPA TIDAK TERUSKAN KES TERHADAP TIAN CHUA
KENAPA TIADA KOS UNTUK TIAN CHUA
MENGAPA TIAN CHUA TIDAK MEMINTA MAAF DAN SEKADAR MELAHIRKAN RASA KESAL
SEMEMANGNYA RUMIT UNTUK DITERANGKAN . APLIKASI ASPEK UNDANG-UNDANG YANG TEKNIKAL.
AKAN CUBA MEMPERMUDAHKANNYA.
FAKTOR YANG HARUS DIBUKTIKAN DAN APA YANG TERTAKHLUK DI DALAM UNDANG-UNDANG BERKAITAN KES SAMAN MALU HARUS DIKETAHUI
APA ITU SAMAN FITNAH/SAMAN MALU
Pembaca harus memahami apa itu ‘Defamation iaitu Istilah Bahasa Inggeris untuk Saman Fitnah/Saman Malu.
Sebenarnya istilah "saman malu" yang popular di Malaysia adalah tidak tepat. Ini kerana Saman tersebut tidak difailkan kerana seseorang itu dimalukan tetapi HANYA BOLEH DIFAILKAN APABILA ADA KENYATAAN BERUNSURKAN FITNAH
Maka Istilah "saman fitnah" adalah lebih tepat.
Akta Fitnah 1957 (Defamation Act 1957) menyelia tuntutan fitnah di bawah undang-undang sivil.
Manakala bagi fitnah dalam undang-undang jenayah, Seksyen 499 hingga Seksyen 502. Kanun Keseksaan menjadi rujukan
Ada 3 ciri penting yang dipenuhi untuk tuntutan fitnah boleh dibuat atau tidak. Tiga persoalan itu adalah:
- Adakah Terdapatnya Kenyataan Fitnah?
Kenyataan fitnah boleh dikenal pasti dengan menyelidik jika
ia boleh merendahkan reputasi individu yang difitnah di mata masyarakat?
Ia menyebabkan orang yang difitnah terdedah kepada kebencian, dimalukan atau kehinaaan?
(seperti yang dipetik daripada Kes Kian Lup Construction v Hong Kong Malaysia Bhd)
DALAM KES LAHAD DATU-TIAN CHUA,TERUS TERANG NAMA UMNO DISEBUT DAN MEMANDANGKAN INSIDEN TERSEBUT TELAH MERAGUT BANYAK NYAWA TENTERA, IA AKAN MELAHIRKAN KETIGA-TIGA PERASAAN NEGATIF YANG DISEBUT DI ATAS.
MAKA CIRI 1 TELAH DIPENUHI
- Adakah Kenyataan Itu Merujuk Kepada Orang Yang Menuntut (Claimant)?
Kenyataan Fitnah itu HARUS ditujukan kepada Claimant. Jika kenyataan fitnah itu tidak merujuk kepada mana-mana orang atau organisasi yang membuat tuntutan, maka tuntutan ini tidak akan berjaya.
UMNO mempunyai locus standi untuk memulakan tindakan di bawah Seksyen 9 (c) Akta Pertubuhan 1966 menggunakan nama pegawai awam parti tersebut.
Pegawai Awam dalam Kes ini adalah Muhamad Rauf. Erti kata lain, hanya sekadar wakil. Segala keputusan berkenaan kes tidak boleh dibuat olehnya. Hanya Tengku Adnan selaku Setiausaha Agung dan PM Najib selaku Presiden boleh membuat apa-apa keputusan mengenai Kes ini. Tertakhluk di dalam Perlembagaan UMNO.
CIRI NOMBOR 2 PUN OK
- Adakah Kenyataan Itu Telah Diterbitkan Atau Sampai Ke Pengetahuan Pihak Ketiga?
FITNAH tersebut harush DICETAK dan sampai ke PENGETAHUAN PARTI YANG LAIN
Dicetak di dalam Suara Keadilan, portal online dan melalui SHARE boleh dibuktikan ianya telah sampai ke pengetahuan pihak ketiga
CIRI NOMBOR 3 JUGA SUDAH DIPENUHI
SEMEMANGNYA KETIGA-TIGA CIRI YANG PENTING TELAH DIPENUHI.
NAMUN JANGAN LUPA TIAN CHUA SELAKU DEFENDAN JUGA MEMPUNYAI HAK UNTUK MEMBELA DIRI
Tian Chua telah ini menyatakan yang dia akan menggunakan pembelaan kepentingan bersyarat dan komen berpatutan seperti yang dicatat di atas
Ingat kembali Kes Saman Anwar Ibrahim (DSAI) terhadap Tun Dr Mahathir atas alasan bahawa Mahathir telah menfitnahnya seorang peliwat
Mahkamah berpihak kepada Tun Mahathir dengan sebab kenyataan Tun Mahathir itu berkepentingan awam maka DSAI gagal dalam kesnya bukan seperti yang dibohonginya iaitu Hakim dibeli oleh BN
Ingat kembali Kes Saman Anwar Ibrahim (DSAI) terhadap Tun Dr Mahathir atas alasan bahawa Mahathir telah menfitnahnya seorang peliwat
Mahkamah berpihak kepada Tun Mahathir dengan sebab kenyataan Tun Mahathir itu berkepentingan awam maka DSAI gagal dalam kesnya bukan seperti yang dibohonginya iaitu Hakim dibeli oleh BN
Analisa Kes Secara Mendalam
KITA TAHU KATA KATA YANG DIDAKWA MENJEJASKAN REPUTASI UMNO IALAH
‘insiden tembak-menembak di Lahad Datu adalah konspirasi UMNO’
KATA KATA TERSEBUT HARUS DIBUKTIKAN TELAH MENJEJASKAN reputasi Umno kerana kes pencerobohan di Lahad Datu melibatkan kedaulatan Negara dan turut melibat pengorbanan askar askar Negara.
ERTI KATA KATA YANG DIDAKWA MENJEJASKAN REPUTASI UMNO DALAM KONTEKS MENYELURUH
(KATA KATA YANG DIDAKWA MENJEJASKAN REPUTASI UMNO dipetik daripada konteks petikan ini)
Ahli Parlimen Batu itu berkata, insiden berkenaan menimbulkan banyak persoalan dan keraguan di sebalik wayang mainan kerajaan Umno.
“Kita rasa pelik kenapa media Malaysia tidak melaporkan kejadian itu? Semua sumber laporan oleh media asing.
“Dari mana mereka dapat info sedangkan tidak ada wakil media yang dibenarkan membuat liputan? Malah berita yang dilapor itu setakat ini belum diketahui kesahihannya,” kata Tian kepada Keadilan Daily.
Menurut laporan media Filipina hari ini, berlaku kejadian tembak menembak antara penceroboh dari Kesultanan Sulu dengan pasukan keselamatan Malaysia di Lahad Datu sehingga menyebabkan kematian.
Seorang jurucakap kesultanan Sulu mendakwa seperti dilapor ABS-CBNnews, 10 orang terbunuh dan empat yang lain cedera dalam pertempuran antara pasukan keselamatan Malaysia dan penceroboh kesultanan Sulu di Lahad Datu pagi ini.
Menurut akhbar The Philippine Star, pihak berkuasa Malaysia yang memulakan serangan ke atas kubu penceroboh pagi ini.
Apa yang berlaku di sini ialah akhbar The Philippine Star telah melaporakan berlaku kejadian tembak menembak antara penceroboh dari Kesultanan Sulu dengan pasukan keselamatan Malaysia di Lahad Datu sehingga menyebabkan kematian.
Malah akhbar tersebut telah mengungkap beberapa sumber media yang lain dan melapor kematian dan kecedaraan dalam pertempuran itu
Namun berita ini tidak diterbitkan pada masa yang sama di Malaysia.Ini kerana ianya tertakhluk sebagai maklumat sulit dan dibuat dengan niat untuk tidak menjana atau menimbulkan keadaan panik dan takut di kalangan rakyat Malaysia. Memang protokol yang diluluskan oleh YDP Agong selaku Ketua Angkatan Tentera Malaysia dan mendapat restu PM
Suara Keadilan yang dapat artikel berita ini telah berhubung Tian Chua untuk mendapatkan pandangan peribadinya mengenai laporan kejadian itu dalam media Filipina dan pendapatnya mengenai sebab berita tersebut tidak dilaporkan oleh media di Malaysia
Tian Chua telah beritahu Suara Keadilan
insiden berkenaan menimbulkan banyak persoalan dan keraguan di sebalik wayang mainan kerajaan Umno
pelik kenapa media Malaysia tidak melaporkan kejadian
kesahihan info disyaki kerana pada masa tersebut tiada media dibenarkan untuk membuat liputan
MAHKAMAH AKAN MELIHAT KONTEKS SEBENAR DAN IMPLIKASI KATA KATA YANG DIDAKWA MENJEJASKAN REPUTASI UMNO TERSEBUT DENGAN ATURAN YANG BERLAINAN. SUSUNAN PERENGGAN MENGIKUT KRONOLOGI.
YA. Tian Chua sememangnya kata ianya KONSPIRASI UMNO
Tetapi
Telah menyatakan ianya konspirasi kerana media Malaysia tidak melaporkan kejadian dan di Lahad Datu hanya Datuk Hishamudin selaku Menteri KDN dan askar-askar yang berada di tempat kejadian
Kehadiran Datuk Hisham boleh digunakan sebagai JUSTIFIKASI kenyataan Tian Chua. Kan Datuk Hisham ahli UMNO dan memandangkan tiada liputan media, bagaimana pula berita itu boleh diterbitkan di Filipina
Satu lagi Justifikasinya adalah tuduhan akhbar Filipina yang mengaitkan Anwar dan insiden Lahad Datu.
Seperti biasa ianya digelar satu konspirasi BN.
Namun ikut kaca mata undang-undang, Datuk Hisham selaku ahli UMNO di sana. Mula-mula Ketua Pembangkang dituduh terlibat. Kemudian berita telah ‘leak’ walaupun tiada liputan media. Menunjukkan keadaan adalah di bawah kawalan Tentera Malaysia
Yang penting, Mahkamah akan mengambil kira faktor PRU 13 yang bakal diadakan bila-bila masa ketika itu.
KEHADIRAN PEMBELAAN DARI SEGI JUSTIFIKASI TELAH MEMBERI KELEBIHAN KEPADA TIAN CHUA
DALAM KES SAMAN FITNAH, UMNO HARUS MEMBUKTIKAN REPUTASINYA TELAH TERJEJAS.
NAMUN BAGAIMANA NAK BUKTIKANNYA?
Umno kekal mendominasi di peringkat Parlimen kerana mampu untuk mendapat 3,416,310 undi dari 120 kerusi yang ditandingi dan mereka berjaya menang 88 daripadanya.
Tweet Tian Chua yang mengatakan dja tidak meminta maaf adalah satu taktik yang dipanggil ‘terminology spin’.
Dia kata dia hanya tarik balik kenyataan tetapi tidak meminta maaf. Tindakan dia tarik balik kenyataan adalah implikasi dia telah berbohong.
Diharapkan rakan-rakan siber daripada BN akan mengeluarkan segala gambar edit tentang Datuk Hafarizam.
Datuk Hafarizam telah mendesak Tian Chua untuk mengeluarkan kenyataan yang diterbitkan di laman portal PKR
Melalui tindakan beliau itu kini semua rakan media siber BN boleh menyalar portal tersebut dan menyoal kredibilitinya serta segala tuduhan yang telah dan bakal dilemparkan ke arah ahli media siber BN boleh dicantas dan akan serta merta menjadi satu kenyataan yang palsu
Itulah implikasinya. Tian Chua Naib Presiden PKR suruh Portal Rasmi Partinya sendiri untuk mengeluarkan Kenyataannya.
Ini cukup untuk membuktikan Portal itu tidak ada kredibiliti.
Portal PKR ibarat bangkai bernyawa. Seperti Anwar. Seperi Parti itu sendiri
BERITA TERDAHULU: www.umno-online.my
Isu Lahad Datu : UMNO Ambil Tindakan Undang-undang Terhadap Fitnah Tian Chua
“Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak telah mengarahkan saya untuk mengambil tindakan undang-undang kepada pihak yang telah mengaitkan UMNO terhadap insiden di Lahad Datu, Sabah.
“Ini kerana, segala tuduhan yang dibuat adalah tidak berasas dan amat serius dengan niat jahat untuk memburukkan dan merosakkan reputasi dan imej UMNO. Ia juga turut bertujuan untuk menjatuhkan dan merendahkan maruah dan kredibiliti UMNO yang menjadi tulang belakang Kerajaan Barisan Nasional yang mentadbir Malaysia dan mempunyai imej awam yang baik,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Tindakan undang-undang telah diambil melalui Penasihat Undang-undang UMNO, Hafarizam Wan & Aisha Mubarak terhadap Tian Chua Chang yang juga Ahli Parlimen Batu berkaitan kenyataannya yang seterusnya diterbitkan dalam KeadilanDaily.com. pada 1 Mac 2013.
“Notis telah dihantar kepada Tian Chua dengan menuntut beliau dalam masa tujuh hari bermula hari ini, 4 Mac 2013 untuk berhenti daripada membuat kenyataan lanjut berunsur fitnah berkenaan isu di atas atau sebarang kenyataan yang serupa terhadap UMNO, membuat satu permohonan maaf tidak bersyarat dalam bentuk bertulis dan penarikan balik kenyataan berunsur fitnah tersebut atau kenyataan yang serupa dengannya terhadap UMNO.
Katanya, Tian Chua juga perlu menerbitkan penarikan balik kenyataan berunsur fitnah dan permohonan maaf tersebut dan menyediakan satu akujanji bertulis bahawa beliau tidak akan mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah tersebut atau kenyataan yang serupa serta membayar gantirugi untuk kerosakan reputasi yang teruk dan gantirugi terhadap kos dan perbelanjaan yang ditanggung oleh UMNO berhubung perkara ini.
“UMNO tidak memandang ringan terhadap perbuatan fitnah dan sekiranya sebarang maklumbalas tidak diterima berhubung tuntutan terbabit maka bermakna Tian Chua tidak menafikannya dan juga berniat untuk meneruskan penerbitan berunsur fitnah.
“Oleh itu, UMNO akan meneruskan prosiding mahkamah terhadap YB Chua Tian Chang tanpa sebarang rujukan kepada beliau termasuklah untuk memfailkan injuksi bagi menghalang penerbitan lanjut berkaitan isu ini.”
Kenyataan Tian Chua yang bertajuk ‘Insiden tembakan di Lahad Datu konspirasi terancang UMNO – Tian’ dianggap mengandungi kata-kata fitnah yang jahat terhadap UMNO iaitu:
i. “Serangan tembak menembak di Lahad Datu dipercayai konspirasi terancang kerajaan UMNO untuk mengalih perhatian dan menakut-nakutkan rakyat”
ii. “…insiden berkenaan menimbulkan banyak persoalan dan keraguan di sebalik wayang mainan kerajaan UMNO”
iii. “Mengulas lanjut, Tian menyifatkan pencerobohan di Lahad Datu hanya sandiwara kerajaan untuk menakut-nakutkan rakyat seolah-olah wujud suasana tidak aman di Sabah.”
iv. “Ada konspirasi oleh Kerajaan UMNO untuk mengalih pandangan rakyat Sabah, terutama dalam isu pemberian kad pengenalan kepada warga asing.”
ii. “…insiden berkenaan menimbulkan banyak persoalan dan keraguan di sebalik wayang mainan kerajaan UMNO”
iii. “Mengulas lanjut, Tian menyifatkan pencerobohan di Lahad Datu hanya sandiwara kerajaan untuk menakut-nakutkan rakyat seolah-olah wujud suasana tidak aman di Sabah.”
iv. “Ada konspirasi oleh Kerajaan UMNO untuk mengalih pandangan rakyat Sabah, terutama dalam isu pemberian kad pengenalan kepada warga asing.”
Kenyataan yang dibuat oleh YB Chua Tian Chang adalah berunsur fitnah yang telah membawa maksud:
i. UMNO yang merancang insiden pencerobohan di Lahad Datu;
ii. UMNO berkonspirasi kononnya bersama pejuang Kesultanan Sulu di Lahad Datu;
iii. UMNO dengan sengaja mahu menakut-nakutkan rakyat dengan insiden di Lahad Datu ini;
iv. UMNO merupakan pembelot Negara yang kononnya membawa masuk pejuang Kesultanan Sulu di Lahad Datu;
v. UMNO adalah dicurigai ketelusannya dalam menjadi tulang belakang kerajaan Barisan Nasional yang memerintah Malaysia;
vi. UMNO adalah dalang dalam konspirasi jahat untuk memenangkan Barisan Nasional di Negeri Sabah dalam pilihan raya akan datang;
vii. UMNO tidak mempunyai kredibiliti;
viii. Setiap tindakan dan perlakuan UMNO adalah dicurigai akan ketelusannya;
ix. UMNO sanggup memprejudiskan keamanan Malaysia dengan berkonspirasi dengan pejuang Kesultanan Sulu di Lahad Datu;
x. UMNO sanggup menggadaikan tanah air sendiri untuk kepentingan politik; dan
xi. UMNO dengan sengaja mengaburi rakyat bagi menutup konspirasi-konspirasi jahat lain yang dibuat oleh UMNO.
ii. UMNO berkonspirasi kononnya bersama pejuang Kesultanan Sulu di Lahad Datu;
iii. UMNO dengan sengaja mahu menakut-nakutkan rakyat dengan insiden di Lahad Datu ini;
iv. UMNO merupakan pembelot Negara yang kononnya membawa masuk pejuang Kesultanan Sulu di Lahad Datu;
v. UMNO adalah dicurigai ketelusannya dalam menjadi tulang belakang kerajaan Barisan Nasional yang memerintah Malaysia;
vi. UMNO adalah dalang dalam konspirasi jahat untuk memenangkan Barisan Nasional di Negeri Sabah dalam pilihan raya akan datang;
vii. UMNO tidak mempunyai kredibiliti;
viii. Setiap tindakan dan perlakuan UMNO adalah dicurigai akan ketelusannya;
ix. UMNO sanggup memprejudiskan keamanan Malaysia dengan berkonspirasi dengan pejuang Kesultanan Sulu di Lahad Datu;
x. UMNO sanggup menggadaikan tanah air sendiri untuk kepentingan politik; dan
xi. UMNO dengan sengaja mengaburi rakyat bagi menutup konspirasi-konspirasi jahat lain yang dibuat oleh UMNO.
No comments:
Post a Comment