KUALA LUMPUR, 1 Okt – Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini telah membenarkan permohonan penangguhan segala prosiding berhubung tuntutan yang difailkan oleh Anina Saadudin terhadap Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Setiausaha Kerja UMNO Malaysia, Datuk Ab Rauf Yusoh.
Menurut peguam Datuk Hafarizam Harun yang mewakili Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datuk Ab Rauf Yusoh, alasan penangguhan prosiding ialah kerana terdapatnya keadaan istimewa di mana sekiranya tidak ditangguhkan prosiding itu boleh memberikan kesan kepada permohonan Datuk Seri Najib dan Datuk Ab Rauf Jusoh untuk mengenepikan kes yang difailkan oleh wanita tersebut.
Read more!