Saturday, June 13, 2009

Dalam Mahkamah Tinggi Malaya di Ipoh Guaman Sivil No. (M3) 22-118-2009 antara YB Sivakumar a/l Varatharaju Naidu dan YB Ganesan a/l Retanam

Salam Sejahtera,

Saya ingin memohon maaf kerana telah beberapa minggu tidak menulis di dalam blog saya disebabkan kemelut politik Perak telah senyap seketika dan juga kesibukan tugasan harian saya di Ibu Pejabat UMNO Malaysia dsb.

Untuk pengetahuan pembaca blog saya, pada 11hb Jun 2009 yang lalu, Tetuan Chan & Associates, selaku Peguamcara YB Sivakumar a/l Varatharaju Naidu (ADUN Tronoh) telah menyerahkan dua dokumen Mahkamah iaitu; (1) Writ Saman Dan Pernyataan Tuntutan bertarikh 15hb Mei 2009 (Mahkamah Tinggi Ipoh (3) No. 22-118-2009); dan (2) Saman Dalam Kamar (inter-partes) di dalam tindakan yang sama rujukannya diatas bertarikh 21hb Mei 2009 dan Afidavit Sokongan Sivakumar yang dikrarkan pada 20hb Mei 2009 kepada sahabat peguam saya, Haji Badrul Hishah Abdl Wahap, daripada Tetuan Ong-Hanim & Badrul selaku Peguamcara YB Ganesan a/l Retanam, Speaker Dewan Negeri Perak. Untuk No (2) diatas, ianya telah ditetapkan untuk pendengaran pada 17hb Mei 2009 jam 9.00pagi di Mahkamah Tinggi Ipoh (No. 3).
Sebaik sahaja diserahkan dokumen-dokumen Mahkamah tersebut, saya difahamkan sahabat peguam saya telah menghubungi pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Perak untuk kepastian samada Pejabat itu telah diserahkan dokumen yang sama. Setakat masa saya menulis blog ini, jawapannya masih negatif!
1. Apakah yang ingin dibuktikan lagi oleh YB Sivakumar dengan tindakan diatas?
Setelah meneliti dokumen No. (1) diatas, iaitu Writ Saman dan Pernyataan Tuntutan terhadap YB Ganesan oleh YB Sivakumar, saya telah mendapati beberapa perkara berikut:
a. YB Sivakumar, di dalam perenggan 1 Pernyataan Tuntutannya masih lagi tidak mahu mengaku bahawa beliau bukan lagi Speaker Dewan Negeri Perak selepas 7hb Mei 2009;
b. YB Sivakumar, di dalam perenggan 2 Pernyataan Tuntutannya tidak mahu mengiktiraf YB Ganesan sebagai Speaker Dewan Negeri Perak yang baru selepas 7hb Mei 2009 dan menyatakan bahawa kehadiran beliau di dalam Sidang Dewan Negeri Perak 7hb Mei 2009 sebagai 'contempt of the Assembly";
c. YB Sivakumar, di dalam tuntutan perenggan 8(c) Pernyataan Tuntutannya, telah memohon suatu perintah injunksi melarang YB Ganesan atau agen-agennya daripada menghalang YB Sivakumar memegang jawatan atau menjalankan tugasnya sebagai 'Speaker Dewan Negeri Perak'.
Kesimpulan saya:
i. YB Sivakumar sekali lagi menunjukkan sikap bongkaknya bahawa beliau masih 'Speaker' Dewan Negeri Perak walaupun telah dilucutkan dengan majoriti 31-28 sewaktu undian dibuat di sidang Dewan Negri yang lalu;
ii. YB Sivakumar melalui peguamcaranya telah bertentangan pegangan/pendapat ('conflict of position') iaitu sewaktu YB Sivakumar disaman oleh ketiga-tiga ADUN dan YAB Mentri Besar serta 6 EXCOnya oleh kami, mereka menyatakan bahawa apajua keputusan dibuat di dalam Dewan adalah terlindung oleh kerana Artikel 72 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan berikut tetapi didalam tindakan yang dibawanya sekarang, ianya boleh dicabar di Mahkamah. Jelaslah penulisan saya selama ini bahawa apa yang sesuai untuk mereka adalah undang-undang tetapi yang tidak menyebelahi mereka, bukanlah undang-undang!
iii. YB Sivakumar telah sekali lagi mengheret institusi Mahkamah ke kancah politik untuk tujuan peribadi atau populariti;
iv. YB Sivakumar bolehlah dianggap sebagai 'sour grapes' kerana tidak mahu menerima kenyataan semasa.
2. Tindakan terbaru YB Sivakumar tidak serius, bersifat 'populist' menyimpang dan mengelirukan rakyat Perak agar sentiasa mengharapkan perubahan kepada senario politik semasa Perak!
Kesimpulan saya diatas disokong oleh fakta-fakta berikut:
a. Prayer (a) di dalam Saman Dalam Kamar (dokumen No. 2 diatas) yang memohon agar YB Ganesan dihalang daripada menghindari YB Sivakumar memasuki Dewan Negeri atau memegang jawatan atau menjalankan tugasan beliau sebagai Speaker Dewan Negeri Perak adalah suatu 'encroachment' kepada prinsip pengasingan kuasa (separation of powers) & melanggar peruntukkan khusus Artikel 72 Perlembagaan Persekutuan;
b. Prayer (b) di dalam Saman Dalam Kamar diatas juga memohon suatu injunksi melakukan sebarang tindakan menderita, menyerang dan/atau menyerang sentuh Plaintif oleh YB Ganesan adalah sangat jauh tersasar kerana ianya seperti meminta Mahkamah supaya memberi suatu 'restraning order' walhal tiada 'imminent danger' yang sedang dihadapinya. Ini sekali lagi menunjukkan betapa YB Sivakumar mengaibkan imej institusi Mahkamah dengan tindakan yang remeh, mengaibkan dan membuang masa serta kos!
Apapun, saya tidak mengulas lebih lanjut keramna perkara ini sedang dibicarakan di Mahkamah tetapi cukup sekadar saya membawa kesedaran pembaca blog saya kepada taktik pihak pembangkang yang senantiasa melancarkan serangan tindakan Mahkamah demi kepuasan peribadi. Saya teringat kes Lee Kuan Yew melawan pembangkang yang lantang di Singapura, YB Jeyakumar dalan tahun 1980an sehinggalah beliau diisytihar muflis kerana diserang bertubi-tubi dengan tindakan Mahkamah!
Sekian, terima kasih.

7 comments:

  1. As far as I am concerned, YB Sivakumar could have rejected any tabled motion to remove him from his position just like the Speaker in Melaka Assembly Hall did, unless he (YB Sivakumar) was out of his mind at that time.

    Besides, there is another doubt whereby Hee Yit Foong chaired the assembly in existence of YB Sivakumar. The question here is, how could Hee chair the assembly when YB Sivakumar was still a rightful speaker?

    ReplyDelete
  2. selamat kembali menulis datuk. lama juga menanti ni utk mendapat info terbaru dari sudut undang2.

    org mcm sivakumar ini dimana dia berada disitu ada masalah. contoh ,di fiji, canada dan terbaru di australia

    ReplyDelete
  3. Doktrin Pengasingan Kuasa Montesque (Perancis) jelas mengasingkan bidang kuasa Mahkamah, Legislatif dan Eksekutif. Sebarang perkara di dalam Dewan Negei yang mulia sepatutnya tidak di bawa ke mahkamah untuk diputuskan. Kejadian ini berlaku kerana pihak pakatan rakyat (pemimpin je yang berakat, rakayat tidakpun) tidak boleh menerima bahawa mereka telah kehilangan majoriti di Dewan Negeri Perak. Peristiwa Sivakumar memecat exco dan 3 adun betentangan dengan prinsip demokrasi. Speaker hanya berkuasa di dalam Dewan bukannya di luar dewan. Apa dia ingat dia raja? Raja pun tidak mengatasi perlembagaan dalam amalan Demokrasi Berperlembagaan yang kita ikuti.

    Saya percaya mahkamah akan menolak dengan kos saman sivakumar tersebut kerana mahkamah tidak mempunyai bidang kuasa dalam hal yang demikian. Insyaalah dengan izin Allah.

    ReplyDelete
  4. Dear Icon2008,

    Thank you for your comment on YB Sivakumar's not rejecting the motion which he could have done but didnt. For the records, the motion to remove YB Sivakumar was given 14 days notice by YAB Datuk Dr Zambry through Abdullah Antong, Secretary of Dewan Negeri Perak, and it was seconded by YB Dato' Hamidah, Senior EXCO Perak. It was circulated to all the ADUNs well in advance before 7th May 2009. YB Sivakumar's act in rejecting the motion in limine was something that shocked all of us. He should have put it before the Assembly to decide which he did not.

    As for YB Hee Yit Foong's temporarily chairing the Dewan Negeri, that was legally right as provided in Perak Constitution (if I'm not mistaken Article 36(2)D). YB Hee's role at that material time was just to preside over the Dewan until a new Speaker is elected, which in this case, was the appointment of YB Ganesan as the new Speaker. Thereafter, YB Ganesan presided over the proceedings and made various orders (including directing the sargeant-at-arms to remove YB Sivakumar from the Speaker's Chair).

    Thank you.

    ReplyDelete
  5. TQ DATO ATAS TULISAN DALAM BM. AMAT BAIK TULISAN DATO DALAM BAHASA MELAYU. JADI DENGAN TULISAN DALA BM MAKA RAMAI LAGI RAKYAT BAWAHAN AKAN LEBIH FAHAM PERKARA INI DARI DIPUTAR BELIT OLEH PR. ITULAH LEBIHNYA PR , MEREKA GUNA BAHASA YANG RAKYAT TERBANYAK FAHAM. SEBAB ITU MUNGKIN RAMAI YANG MEMPERCAYAI CAKAP MEREKA WALAUPUN SEBENARNYA MEREKA SALAH. APA PUN , TAHNIAH DATO.

    ReplyDelete
  6. depa punya lawyer pun bongok juga..da tau depa salah seboleh2 depa nak menang..bile da kalah,mula tuduh mcm2 kat kerajaan,apa nk jadik nie...

    anakmelayu30.blogspot.com plz support dato

    ReplyDelete
  7. saya cadangkan agar tuan membuang fleg yang ada di atas blog header tu supaya blog tuan tidak di fleg oleh mereka-mereka yang bengang dengan blog tuan ini.

    ReplyDelete