Sunday, July 12, 2009

Pilhanraya Kecil Manek Urai - sedikit penjelasan tentang kenyataan YAB Timbalan Perdana Menteri berkenaan Kota Agropolitan (termasuklah jambatan baru)

Salam sejahtera dan Selamat pagi,

Saya ingin mengulas sedikit berkenaan kenyataan YAB Timbalan Perdana Menteri seperti yang dilaporkan di dalam akhbar-akhbar utama (main stream newspaper) terutamanya akhbar Utusan Malaysia hari ini. Di dalam akhbar Utusan Malaysia, di mukasurat hadapan, dilaporkan bahawa YAB Timbalan Perdana Menteri telah menyatakan bahawa Manek Urai akan menjadi kota agropolitan (termasuklah mendapat jambatan baru Manek Urai Lama dan Baru).

Awal pagi tadi saya telah menerima panggilan talipon daripada beberapa pemimpin kanan UMNO bertanya berkenaan 'legality' kenyataan YAB Timbalan Perdana Menteri dan juga memaklumkan kepada saya bahawa Ketua Pembangkang, YB Dato' Seri Anwar Ibrahim, di dalam ceramahnya semalam telah mengatakan ianya salah dan berbaur rasuah serta mengesa pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya. Saya tidak mahu memberi komen berkenaan kenyataan politik yang dibawa oleh pakatan pembangkang tetapi akan hanya menjurus kepada isu 'legality' kenyataan YAB Timbalan Perdana Menteri sahaja.

Saya berpendapat bahawa kenyataan tersebut tidak menyalahi mana-mana Seksyen samada Seksyen 1o(a), 11 ataupun 32(c) di dalam Akta Kesalahan Pilhanraya, 1954 malah ianya bersesuaian dengan nas undang-undang terlapor di dalam kes Re Pengkalan Kota Bye-Election Teoh Teik Huat v. Lim Kean Siew & Anor [Penang -Election Petition No. 1 of 1981] dimana keputusannya telah diberikan oleh seorang Hakim Mahkamah Tinggi yang sangat disegani dan dihormati di kalangan Hakim-Hakim negara Komanwel iaitu Yang Arif Abdoolcader J. Kes tersebut telah menyandar kepada 2 otoriti undang-undang di negara India iaitu kes Mahkamah Agung India iaitu Gahsi Ram v Dal Singh AIR 1968 SC 1191 dan Om Prabha Jain v Abnash Chand AIR 1968 SC 1083.

Di dalam Re Pengkalan Kota Bye-Election, supra YBM Tengku Razaleigh Hamzah, sewaktu beliau menjawat jawatan Menteri Kewangan, di dalam siri ceramah kempennya telah berkata "if we (meaning the Barisan Nasional) win, we shall make allocation (in the Malay version using the words "plenty of money") to bring more development for the benefit of the people in the area". YA Abdoolcader telah memutuskan, dengan ringkasnya bahawa: "Did not perforce pose or constitute a promise or pre-engagement by him in his personal capacity with any corrupt intention of any designated sum of money or valuable consideration to or for any one or more particular elector or voter for corrupt inducement to exert his or her personal predilection at the polls in favour of the 1st respondent but were in effect and in intention no more than a broad political articulation in his office as Minister of Finance of the party in power's potential pull on the public purse-strings to pursue promises, propitiate pleas and propel and promote projects and programmes for amelioration and development in the constituency for the benefit and progress of that locality and all its commorants generally if the ruling party gained the seat in contest and that he was personally in a position within the pale of his portfolio as the Minister to sanction schemes and endorse expenses on behalf of the government to this end. To hold otherwise in the circumtances of this case would be to effectuate and sanction a spurious conversion of political proclamations and catchwords manifested as a promise of public action into an inflexible electoral offence with criminal connotations berefet of the essential prerequisities therefor".

Justeru itu, untuk faedah pembaca-pembaca blog saya yang tidak ada latarbelakang undang-undang, ianya bermaksud bahawa apajua janji pembangunan yang dibuat oleh Kerajaan yang berkuasa tidaklah bermaksud perbuatan rasuah seperti maksud Akta Kesalahan Pilihanraya 1954. Saya masih ingat lagi, sewaktu pilihanraya kecil Pengkalan Pasir lewat tahun 2004 (jika saya tidak silap), Kerajaan Pas Negeri Kelantan telah menaikkan suatu 'billboard' yang besar di sekitar bandar Pasir Mas (terutamanya di sekitar stesyen keretapi Pasir Mas) bahawa suatu jambatan bertingkat akan dibina jika kerusi Pengkalan Pasir kekal dengan PAS. Saya tidak bermaksud untuk berkata bahawa '2 wrongs make 1 right' tetapi prinsipnya adalah sama iaitu, jika Kerajaan yang berkuasa ingin membawa perubahan kepada rakyatnya ianya tidak menyalahi undang-undang. Begitulah juga sewaktu manifesto pakatan pembangkang di negeri Selangor di pilihanraya yang lalu, iaitu diskaun terhadap bil air dsb.

Akhir kata, saya ingin menegaskan bahawa tiada apa yang salah disebabkan oleh kenyataan YAB Timbalan Perdana Menteri termasuklah janji beliau, selaku pemimpin No 2 Negara, jika BN menang di Manek Urai, jambatan baru menghubungkan Manek Urai Lama dan Baru akan direalisasikan serta-merta. YAB Timbalan Perdana Menetri adalah seorang yang luas pengalamannya di dalam politik, malah sewaktu beliau menjawat jawatan Naib Presiden UMNO beliau merupakan Pengerusi Jawatankuasa Kecil Pindaan Perlembagaan dan Peraturan Parti (dimana saya adalah jurudraf), tentulah beliau sangat mementingkan kepatuhan undang-undang. Oleh itu, saranan saya adalah jangan terpedaya dengan taktik pakatan pembangkang yang hanya ingin memutar-belit fakta.

Sekian, terima kasih.

16 comments:

  1. nasihat untuk keselamatan blog dato dari di delete secara otomatik. ambil tindakan segera. lawat blog saya di http://arifomar.blogspot.com/2009/07/selamatkan-blog-anda-ambil-tindakan.html

    ReplyDelete
  2. Saudara Arifomar,

    Terima Kasih. Saya akan maklumkan kepada staf UMNO Ibu Pejabat untuk berbuat demikian.

    Sekian.

    ReplyDelete
  3. Jambatan itu orang MU tak kisah pun. Ia sibuk dan nampak sibuk kerana pilihanraya kecil sahaja. habis p'raya ni semua pendatang akan balik ke lubuk masing-masing. Tinggallah orang manik urai dengan kenangan tersendiri. laluan dijambatan itu pun akan jadi biasa.Nothing great about that Jambatan. Don't worry, orang PAS pun tak gila nak repot SPRM macam orang UMNO.

    ReplyDelete
  4. Saudara Nik Amir,

    Mungkin ada benarnya komen Saudara tentang jambatan itu akan kembali normal selepas pilihanraya kecil tetapi apa yang saya nak cuba sampaikan adalah prinsipnya, iaitu janji pembangunan bukanlah suatu yang berunsur rasuah.

    Saya mempunyai ramai kawan di dalam PAS, untuk pengetahuan Saudara, Naib Ketua Dewan Pemuda PAS pusat Saudara Sabki adalah rakan se-Universiti saya dahulu, begitu juga Saudara Hanipa Maidin. Saya tidak pertikaikan tindakan PAS akan report kepada SPRM. Kita telah matang dan tidak sewenang-wenangnya akan bertindak begitu.

    Sekian, terima kasih.

    ReplyDelete
  5. Saya pun ramai kawan-kawan dalam PAS. Nothing doing dengan kisah Jambatan maut itu.
    Orang PAS tidak akan matikan parti kerana kawan. Berbeza dengan orang UMNO. sanggup langgar peraturan dan perlembagaan parti kerana pertahankan seorang kawan.TQ

    ReplyDelete
  6. he he Rasuah Ali Rustam dan KJ macam mana pulak ye

    ReplyDelete
  7. Saudara Amri Mat Saaid,

    Berkenaan kedua-dua penama itu, saya rasa mungkin tidak bersesuaian untuk saya komen disini kerana topiknya berbeza.

    Nantilah, jika ada kesampaian, saya akan beri pandangan saya berkenaan isu tersebut.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  8. Sdr Amri,
    Undang-undang UMNO kata Khairi tikam sekali.Ali Rustam tikam banyak kali(berkali-kali).
    Sementara Undang-undang Rimba kata siapa kuat dia dapat!!
    Apa kata Tuan Penasihat.

    ReplyDelete
  9. Saudara Nik Amir,

    Saya rasa biarlah isu itu tidak digembar-gemburkan lagi kerana ianya telahpun selesai.

    Apa yang pasti, janganlah kita (orang melayu) diperlekehkan sewenang-wenangnya, percayalah, Saudar say atelah melaluinya di dalam pengalaman saya mengamal undang-undang. Pernah saya dikatakan, 'as a Malay, you are good lawyer'!

    Sekian, terima kasih.

    ReplyDelete
  10. Alamak! lari tajuk. Masuk bakul angkat sendiri.
    Selesai tetapi akan jadi rujukan.

    Ramai lagi 'good Malay' yang tidak angkuh.

    ReplyDelete
  11. Saudara Nik Amir,

    Setuju ramai lagi 'good Malay' tidak angkuh tetapi bagaimana yang tidak berapa 'good Malay', di mana mereka akan menghala?

    Saya tidak lari tajuk. cuma saya rasa biarlah benda yang dah selesai, remain 'status quo'.

    ReplyDelete
  12. Ini dia 'The Malay phenomenom of escapism'
    (good Malays)

    ReplyDelete
  13. Nik Amir,
    What's your problem brother ? I think you have totally missed out the point. What I think the lawyer here is trying to say that some people from other races had commented a racist remark on him. Meaning that this person has always thought that malay lawyers are not as efficient as other races but he was surprised to meet a malay, in this the case the owner of the blog, proves otherwise. Mu paham tak ? Bukan angkat bakul sendirilah bro.....ini dia orang yang tak faham tapi buat buat faham...

    ReplyDelete
  14. Salam Tuan..

    Bagaimana dengan pendapat Tuan tentang JANJI anwar semasa Pru 12 di Kampung Buah Pala dan banyak lagi JANJI pembangkang? Sila ke www.belantan.blogspot.com

    Salam perjuangan

    ReplyDelete
  15. Uniting all Malays and Muslims. We are one, if not 'the one.' Squabble we may have, but not to insult. Debate we may have but not to riducule. That way we remaind respectful. Only with etiquette we will emerge strong. In one bond.

    ReplyDelete
  16. Catatan http://www.buanasuara.blogspot.com

    Khas untuk Mahsuri.

    i. Sekali peristiwa menurut riwayat Wahab bin Munbih, Allah memerintahkan kepada iblis supaya menemui Nabi Muhamad S.A.W. dan menjawab semua pertanyaannya. Ia pun mengunjungi baginda dengan menyamar sebagai seorang tua Bangka memegang sebatang tongkat.

    Nabi bertanya: “Siapa anda?"
    “Aku Iblis”,jawabnya.
    “Apakah maksud mu kemari?” tanya Rasulullah.
    “Tuhan memerintahku supaya menemui mu dan menjawab semua pertanyaan mu”, jawab Iblis.
    Selanjutnya Rasulullah S.A.W. bertanya, “Berapa banyak kawan-kawan mu dari umatku?”

    Jawapan dari Iblis ialah:

    1. Hakim yang tidak adil
    2. Orang kaya yang sombong
    3. Penghasut pada orang lain

    ii. Ada 10 jenis manusia semuanya. Sengaja saya fokuskan kepada 3 katagori di atas. 3 jenis manusia dalam satu. 3 in 1 ini kata orang putih ‘Over crowded’ dalam komuniti kita lebih-lebih lagi dalam parti-parti politik 1Malaysia.

    iii.Hakim yang dimaksudkan disini tidak semestinya Hakim berbagai Mahkamah yang ada di 1Malaysia. Ia juga meliputi seseorang atau kumpulan manusia yang telah diberi tanggungjawab dan kepercayaan menyelesaikan sesuatu pertikaian yang wujud antara dua pihak atau lebih. Kalau dalam organisasi UMNO ialah Majlis Tertinggi UMNO. Secara yang lebih spesifik ialah Setiausaha Agung UMNO. Dalam Pemilihan UMNO dahulu Tg Adnaan Mansor banyak mempengaruhi keputusan MKT dengan lapuran yang ‘sengit sebelah’ .Banyak memihak kepada rakan taulan beliau. Menimbulkan berbagai-bagai masalah kepada UMNO seluruh Negara;tidak selesai-selesai hingga kini. Contoh jelas ialah di UMNO Bahagian Tanah Merah, Larut, Tenom dan lagi dan lagi 1Malaysia.

    iv. Kalau dalam PAS TGNA. KeAdilan Nuar Braim. Lain-lainnya termasuklah Penasihat Undang-undang UMNO yang diberi jolokan ‘Jalok’ oleh ahli-ahli UMNO Bahagian Tanah Merah . Seorang lagi ialah Setiausaha Kerja UMNO pusat yang telah ‘ditendan’ keluar. Dan Ketua-ketua Perhubungan yang ‘melepas tangan’ dalam krisis anak buah serta Ketua-ketua Bahagian merata 1Malaysia.

    v. Lembaga Disiplin UMNO tidak terkecuali.

    Konkusifnya; setiap kaum yang berhasrat untuk hidup dan terus mengecap kemajuan haruslah menghayati dan mengamalkan nilai-nilai dalam penghidupan harian.Nilai-nilai murni yang bersifat universal seperti kepercayaan kepada Tuhan, keikhlasan,amanah, keyakinan pada diri sendiri, ketelusan, kebertanggungjawaban dan keunggulan dijadikan pedoman. Nilai-nilai murni sahajalah yang mampu memandu pemimpin dan organiasi ke arah kesyumulan dan kecemerlangan.
    Orang-orang yang munafik:

    a)Jikalau bercakap,suka cakap dusta
    b)Jikalau berjanji, tidak menapati janji
    c)Jikalau dipercayai, suka mengkhianati
    d)jikalau diberi amanah, tidak memegang amanah.

    Mereka sentiasa membaurkan yang hak dengan yang batil. Jauhilah pegawai-pegawai begini. Perbetulkan segera organisasi dengan baik.

    ReplyDelete