Monday, August 24, 2009

Hari Pengundian (Polling Day) N. 11 Permatang Pasir

Salam Sejahtera,

Pertama sekali, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat mengerjakan ibadah puasa di dalam bulan Ramadhan Al-Kareem ini. Semoga segala ibadah kita akan dilipat-gandakan pahala olehNya, insya-Allah.

Esok akan bermulalah pengundian untuk pilihanraya kecil DUN N. 11 Permatang Pasir. Waktu mengundi, mengikut Peraturan 11 (5) Peraturan-peraturan pilihan raya (perjalanan pilihan raya) 1981, adalah antara jam lapan (8) pagi sehingga lima (5) petang.

Saya ingin mengambil kesempatan untuk memberi sedikit pesanan kepada petugas-petugas piihanraya BN terutamanya ejen-ejen mengira undi (counting agent) dan tempat mengundi (polling agent). Saya mengambil iktibar ini daripada pengalaman sewaktu PRK Manek Urai, Kelantan yang lalu dan juga pengalaman saya sebelum ini.

Bagi makluman ejen tempat mengundi (polling agent), sila tandakan buku daftar pemilih secara terang, konsisten & gariskan di atas nama pengundi daftar yang hadir untuk mengundi. Ini diperlukan sekiranya pihak kami perlu membuat permohonan di Mahkamah pilihanraya untuk suatu tahafus (scrutiny). Juga, sediakanlah beberapa kertas kosong sekiranya perlu dibuat kiraan berapa ramai pengundi telah hadir mengikut waktu bertugas. Untuk ejen tempat mengundi yang bertugas di awal pagi iaitu jam 8 pagi, silalah menandatangani Borang 13 (Penyata Kertas Undi) yang diberikan oleh Ketua Tempat Mengundi (KTM) saluran masing-masing dan pohon kepada KTM agar diberikan sesalinan (untuk rekod) di waktu petang apabila waktu mengundi diumumkan telah tamat.

Khusus untuk ejen mengira undi (counting agent), sebelum diberi Borang 14 (Penyata Pengundi Selepas Pengiraan Undi) oleh Ketua Tempat Mengundi (KTM) saluran masing-masing untuk ditandatangani, pastikan jika perbezaan undi diantara calon PAS dengan BN adalah empat (4) peratus atau kurang daripada jumlah bilangan undi yang dibuang, minta diadakan semula pengiraan kertas undi yang telah diterima (recount of accepted votes) di saluran masing-masing. Ini kerana Peraturan 25 (13) Peraturan-peraturan (perjalanan pilihanraya) 1981 telah dipinda pada 13/02/2004 dimana tidak lagi dibenarkan pengiraan semula (recount) di Dewan Penjumlahan Rasmi Undi (Totalling centre) seperti kebiasaan. Ini penting dibuat jika perbezaan antara kedua-dua calon adalah kurang daripada 4% daripada jumlah undi yang telah dibuang, sebagai contoh di PRK Manek Urai yang lalu. Setelah dibuat pengiraan semula, barulah disarankan menandatangani Borang 14 yang tersebut diatas.

Selamat bertugas dan salam perjuangan daripada saya.

Sekian, terima kasih

5 comments:

  1. MUHAHHAHAHAHAHAHAHAHAHA DAN HE HE HE SAYA UCAPKAN KEPADA DATO KERANA TERSEBAR LUAS BAHAWA DATO LAH YANG BAKAL DIKAMBING HITAMKAN OLEH PIHAK PENCACAI UNITED MALAYS NATIONAL ORGANIZATION
    RAHSIA NI SAYA SUDI KONGSI KERANA CHAIRMAN KAGA ADALAH PENGEMAR MU YANG KAGUM DENGAN PERWATAKAN DATO SEBAGAI CONTOH KEPADA PENCACAI GEROMBOLAN LAIN SUPAYA LEBIH BERETIKA, BERPRINSIP, KURANG MENCARUT DAN MENGIKUTI UNDANG UNDANG PENGANGKAP.

    ReplyDelete
  2. Chairman KAGA,

    Blog saya berbentuk ilmiah & adalah daripada perspektif saya selaku PUU UMNO. Saya pohon Saudara menghormati tujuan ianya diwujudkan.

    Sekain, terima kasih.

    ReplyDelete
  3. Salam Datuk,
    Tak payahlah layan orang orang macam chairman Kaga tu. Memalukan betul

    ReplyDelete
  4. Maaf Datuk, pertanyaan saya ini mungkin agak terkeluar dari topik yang datuk bincangkan disini.

    Namun saya berharap agar datuk dapat mengulas sedikit sebanyak kes dan isu pembinaan kuil di seksyen23 s.alam, berdasarkan undang-undang dan perlembagaan Malaysia.

    1.Mungkin juga Datuk dapat menjawap tuduhan konon kuil yang dibina telah mendapat izin dari bekas pemerintah yang lalu.

    2.Tuduhan yang konon kuil-kuil hindu terpaksa dibina secara haram kerana kesukaran mendapatkan hak secara sah.

    3.Tuduhan yang konon tanah yang dipugar (untuk membina kuil) dan kemudian dibolehkan "claim" sebagai hak sendiri, sepertimana yang diguna pakai oleh kebanyakkan penduduk melayu membuka kawan tanah (pugar) bagi membesarkan kawasan kampung, yang dikatakan termaktub dalam perlembagaan.

    4.Tuduhan yang konon kerajaan pusat menentukan halatuju dan kedudukan rumah ibadat (selain masjid).

    Kita sedar pembangkang seringkali menunding jari kepada kerajaan pusat dan bekas kerajaan negeri setiapkali kesilapan yang dilakukan oleh mereka sendiri, jadi tidak menjadi kehairanan juga isu kuil di seksyen23 s.alam akan diguna pakai pembangkang membuat tuduhan terhadap kerajaan pusat.

    ReplyDelete
  5. ASKUM DATO. TAK PAYAH LAYAN SI BODOH TU. BUKAN ADA HUJAH PUN. PENDIDIKAN PUN TAK TINGGI MANA. PAKAI KENG SAHAJA. TAPI KOMEN BEGINI DATO PERLU SIARKAN JUGA BAGI KITA MENILAI MEREKA INI. POHON DATO TULISKAN MENGENAI KES SIVA HARI INI DI MANA MAHKAMAH MENOLAK PERMOHONANNYA DENGAN ALASAN MAHKAMAH TIDAK BOLEH CAMPURTANGAN DALAM KEPUTUSAN DUN. BERBANDING DENGAN KES SEBELUM INI. KAMI DILUAR MASIH BELUM DAPAT KEPUTUSAN PENGHAKIMAN PENUH. DALAM AKHBAR TAK BERAPA JELAS DAN NAMPAK BERCANGGAH DENGAN KEPUTUSAN MAHKAMAH SEBELUM INI. POHON PANDANGAN DATO. TQ

    ReplyDelete