Friday, August 14, 2009

Sedikit analisis berkenaan lawatan/majlis ramah mesra bersama pelajar-pelajar Malaysia di negara-negara Timur Tengah

Salam Sejahtera,

Kami telah selamat pulang ke tanahair hari Rabu lepas bersamaan 12hb Ogos 2009. Saya berpendapat bahawa lawatan/majlis ramah-mesra bersama pelajar-pelajar Malaysia di negara-negara Timur Tengah adalah suatu program yang berjaya dan menepati tujuannya.
Saya telah berbincang degan ramai pelajar-pelajar disana dan kesimpulan yang saya dapati ialah mereka inginkan penerangan yang sebenar dan perlulah disokong dengan bukti konkrit, justeru itu, segala dokumen-dokumen berkenaan krisis Perak yang saya bawa telah habis diedarkan sehingga saya terpaksa membuat salinannya di sana. Saya amat kagum dengan keprihatinan pelajar-pelajar Malaysia disana kerana mereka telah menunjukkan sikap berhemah apabila menyoal kecuali seorang dua pelajar (yang bukannya anak Perak).
Saya tidak menyalahi mereka kerana bertanyakan soalan-soalan yang berbentuk provokasi tetapi sedih di dalam satu majlis di Kaherah (sewaktu penyerahan kunci asrama pelajar-pelajar anak Perak) telah berlaku satu insiden tepian (sideline) yang agak memeranjatkan saya, apatah lagi beliau adalah pelajar Universiti Al-Azhar. Ianya berkenaan soalan saya apakah hukumnya di dalam Islam berkenaan perilaku YB Dato' Seri Ir. Nizar mengangkat lilin (seperti yang dilaporkan di dalam akhbar Utusan Malaysia baru-baru ini) memperingati kematian seorang yang bukan Muslim, beliau telah mengatakan bahawa ianya tidak haram! Menjawap soalan tambahan/hypotesis saya berkenaan saya mengangkat gelas wain/arak di dalam satu majlis, beliau juga telah menyatakan bahawa arak hanyalah HARAM sekiranya ianya memabukkan justeru itu tidaklah Haram bagi seorang Muslim untuk mengangkatkannya di dalam majlis itu (ataupun meminumnya asalkan tidak mabuk)!
Saya boleh terima hujahan diatas jika ianya datang daripada pelajar jurusan lain di universiti lain tetapi daripada Al-Azhar yang sudah tersohor kehebatannya di dalam ilmu Fiqh, Usuludin dsb, ianya sangat memeranjatkan saya yang hanya berjurusan undang-undang daripada Universiti Islam Antarabangsa, Malaysia.
Saya mohon menasihatkan saudara tersebut, berhati-hatilah apabila berhujah kerana Saudara akan menjadi pendakwah, pengajar dan penggerak Islam suatu hari nanti dan jika inilah hujahan Saudara, saya khuatir Saudara akan tidak berlaku adil kepada mereka yang ingin belajar atau meperolehi ilmu dengan Saudara.

Sekian terima kasih.

3 comments:

  1. salam dato,

    semoga Allah memberi rahmat ke atas dato dalam usaha dato menerangkan kebenaran. Untuk budak U tu, apa dia x pernah baca hadith 10 orang dilaknat kerana arak? hairan sungguh saya.

    ReplyDelete
  2. dato,

    Mohon maaf.Rasanya tak logik budak Al azhar tuh bercakap mcm tuh.Arak haram diminum kerana memabukkan.Ia tak haram di angkat sbb itu bukan perbuatan yg haram.As simple as that."(ataupun meminumnya asalkan tidak mabuk)" Ini adakah percakapan student atau rumusan dato?

    Ini kekeliruan yg typical bagi melayu sbb tak biasa bezakan haram n najis.

    Cth: anjing adalah najis tapi tak haram di pegang.Kalau anjing tu basah masa di pegang kita cuma perlu samak.Samak bukanlah satu perbuatan yg keji n dipandang serong.Sbb tu arab lek2 je belai anjing

    But normal malay sgt takut pd anjing.Itu lebih pada budaya bukan hukum islam

    ReplyDelete
  3. BIASA LA TU DATUK..

    MINUM ARAK HARAM..

    RASUAH TAK HARAM..

    BETTING GOLF TAK HARAM

    KAMI RAKYAT MALAYSIA AMAT MEMAHAMINYA...

    ReplyDelete