Mana-mana
warganegara Malaysia yang bermastautin di Persekutuan Malaysia layak menjadi
calon pilihan raya sekiranya:
a. Dia berumur
lebih daripada 21 tahun; (Artikel 47 Perlembagaan Persekutuan)
b. Sempurna
akalnya; (Artikel 48 (1) (a) Perlembagaan Persekutuan)
c. Bukan
seorang muflis; (Artikel 48(1)(b) Perlembagaan Persekutuan dan Seksyen 33 Akta
Kebankrapan 1967. Seseorang itu adalah ‘Muflis’ apabila beliau telah melakukan
salah satu kelakuan-kelakuan kebankrapan, perintah penghukuman dan perintah
penerimaan (AO/RO) telah diberikan ke atasnya dan tiada apa-apa jua perintah
yang melepaskan dan/atau membatalkan perintah penghukuman dan perintah
penerimaan tersebut. Sila rujuk kepada nasihat peguam untuk maklumat lanjut)
d. Tidak memegang jawatan yang berkeuntungan; (Artikel 48(1)(c) Perlembagaan Persekutuan. Rujuk kes Dato’ Seri Tiong King Sing lwn Datuk Justine Jinggut [2003]6MLJ 433, yang mengatakan bahawa jawatan berkeuntungan mempunyai maksud jawatan yang padanya dibayar gaji atau apa jua bayaran yang lain.)
e. Tidak
pernah didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman kerana membuat perbuatan yang
meyalahi undang-undang di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Bahagian IV
Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954. Sila rujuk kepada nasihat peguam untuk
maklumat lanjut berkenaan kesalahan-kesalahan yang menyalahi undang-undang di
bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954) dalam masa lima (5) tahun sebelum
pilihan raya; (Seksyen 27 (1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954)
f. Tidak
pernah disabitkan dan dijatuhkan hukuman lebih satu (1) tahun penjara atau
hukuman lebih satu (1) tahun penjara atau denda lebih RM2,000 bagi apa-apa jua
kesalahan; (Artikel 48(1) (e) Perlembagaan Persekutuan)
g. Tidak
pernah didapati bersalah keraa membuat kesalahan pilihan raya di bawah Akta
Kesalahan Pilihan Raya 1954 dan jika telah dijatuhkan hukuman, telah luput
tempoh lima (5) tahun dari tarikh hukumannya; (Seksyen 3(1) Akta Kesalahan
Pilihan Raya 1954. Sila rujuk kepada nasihat peguam untuk maklumat lanjut
berkenaan kesalahan-kesalahan pilihan raya di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya
1954)
h. Tidak
menjadi warganegara asing dan berikrar taat setia kepada negara asing itu;
(Artikel 48(1)(f) Perlembagaan Persekutuan)
i. Telah
dinamakan di dalam Kertas Penamaan; (Peraturan 4(3) Peraturan-Peraturan Pilihan
Raya (Perjalanan Pilihan Raya) 1981)
j. Bersetuju
untuk dicalonkan; (Artikel 50(4) Perlembagaan Persekutuan)
k.
Tidak
didapati bersalah atas kesalahan hasutan.(Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948. Rujuk
kes Fan Yew Teng lwn Setiausaha, Dewan Rakyat & Ors [1957] 2 MLJ 40. Sila
rujuk kepada nasihat peguam untuk maklumat lanjut berkenaan kesalahan di bawah
Akta Hasutan 1948)
Salaam Datuk,
ReplyDeleteBoleh ker kalau ambil cuti tanpa gaji dan menjadi calon? Kalau menang, automatic dia resign dari company asal. Kalau kalah, balik opis dan sambung keje macam biasa.
Boleh ke majikan kompromi macam ni dengan staff masuk untuk bertanding?
Salam,
ReplyDeleteUntuk menjadi calon, salah satu hilang kelayakan ialah sekiranya dia memegang jawatan berpendapatan (office of profits) iaitu jawatan sepenuh masa di dalam perkhidmatan awam. Justeru itu, jika calon itu termasuk dalam definasi diatas, dia akan hilang kelayakan. Jika calon itu tidak termasuk dalam kategori diatas, maka tidak perlu meletak jawatan agar tidak hilang kelayakannya.