Friday, April 5, 2013

PERJALANAN PILIHAN RAYA


Suruhan Jaya Pilihan Raya adalah badan yang bertanggungjawab untuk menetapkan tarikh pilihan raya dan mengeluarkan sesuatu Writ pilihan raya kepada Pegawai Pengurus (PP), bagi pilihan raya diadakan di bahagian berkenaan.

Kemudian, satu notis untuk mengadakan Pilihan Raya Umum Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri akan dikeluarkan oleh pihak Suruhanjaya Pilihan Raya dan notis tersebut dikenal sebagai Notis Pilihan Raya.

Notis-notis Pilihan Raya ini hendaklah dibaca dengan teliti oleh calon-calon yang ingin bertanding kerana antara isi kandungnya terdapat tarikh, masa dan tempat untuk menyerahkan kertas penamaan.

Selepas Writ Pilihan Raya atau Notis Pilihan Raya dikeluarkan, Hari Penamaan Calon akan diumumkan tidak kurang dari empat (4) hari dari Writ atau Notis Pilihan Raya tersebut dikeluarkan.

Kemudiannya, setelah Hari Penamaan Calon diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya, Hari Mengundi Awal pula akan diumumkan bagi pengundi-pengundi yang layak, iaitu tidak kurang dari tujuh (7) hari selepas Hari Penamaan Calon dimaklumkan.

Hari Mengundi pula akan diadakan tidak kurang dari tiga (3) hari dari tarikh Hari Mengundi Awal.

Gambar rajah di bawah menunjukkan perjalanan pilihan raya mengikut undang-undang terkini:























a.  Kertas Penamaan

Bakal calon adalah diingatkan bahawa kertas penamaan adalah satu dokumen yang sangat penting. Butir-butir perlu diisi dengan teliti bagi mengelakkan sesuatu pencalonan itu ditolak.

Kertas-kertas penamaan hendaklah diisi secara berasingan dan berlainan sekiranya bakal calon hendak bertanding bagi kedua-dua Bahagian Pilihan Raya Parlimen dan Negeri.

Setiap calon hendaklah menyerahkan kertas penamaan calon dalam satu (1) salinan sahaja.

















b. Keahlian Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri

Ahli Dewan Rakyat adalah yang terpilih melalui pilihan raya. Lazimnya, ahli-ahli Dewan Rakyat adalah ahli-ahli Parlimen yang dipilih secara langsung daripada bahagian-bahagian pilihan raya dari seluruh Negara. 

No comments:

Post a Comment