Friday, April 12, 2013

Kelayakan Menjadi Calon Pilihan Raya



Mana-mana warganegara Malaysia yang bermastautin di Persekutuan Malaysia layak menjadi calon pilihan raya sekiranya:

a. Dia berumur lebih daripada 21 tahun; (Artikel 47 Perlembagaan Persekutuan)

b. Sempurna akalnya; (Artikel 48 (1) (a) Perlembagaan Persekutuan)

c. Bukan seorang muflis; (Artikel 48(1)(b) Perlembagaan Persekutuan dan Seksyen 33 Akta Kebankrapan 1967. Seseorang itu adalah ‘Muflis’ apabila beliau telah melakukan salah satu kelakuan-kelakuan kebankrapan, perintah penghukuman dan perintah penerimaan (AO/RO) telah diberikan ke atasnya dan tiada apa-apa jua perintah yang melepaskan dan/atau membatalkan perintah penghukuman dan perintah penerimaan tersebut. Sila rujuk kepada nasihat peguam untuk maklumat lanjut)

d. Tidak memegang jawatan yang berkeuntungan; (Artikel 48(1)(c) Perlembagaan Persekutuan. Rujuk kes Dato’ Seri Tiong King Sing lwn Datuk Justine Jinggut [2003]6MLJ 433, yang mengatakan bahawa jawatan berkeuntungan mempunyai maksud jawatan yang padanya dibayar gaji atau apa jua bayaran yang lain.)

e. Tidak pernah didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman kerana membuat perbuatan yang meyalahi undang-undang di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Bahagian IV Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954. Sila rujuk kepada nasihat peguam untuk maklumat lanjut berkenaan kesalahan-kesalahan yang menyalahi undang-undang di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954) dalam masa lima (5) tahun sebelum pilihan raya; (Seksyen 27 (1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954)

f. Tidak pernah disabitkan dan dijatuhkan hukuman lebih satu (1) tahun penjara atau hukuman lebih satu (1) tahun penjara atau denda lebih RM2,000 bagi apa-apa jua kesalahan; (Artikel 48(1) (e) Perlembagaan Persekutuan)

g. Tidak pernah didapati bersalah keraa membuat kesalahan pilihan raya di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 dan jika telah dijatuhkan hukuman, telah luput tempoh lima (5) tahun dari tarikh hukumannya; (Seksyen 3(1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954. Sila rujuk kepada nasihat peguam untuk maklumat lanjut berkenaan kesalahan-kesalahan pilihan raya di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954)

h. Tidak menjadi warganegara asing dan berikrar taat setia kepada negara asing itu; (Artikel 48(1)(f) Perlembagaan Persekutuan)

i. Telah dinamakan di dalam Kertas Penamaan; (Peraturan 4(3) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Perjalanan Pilihan Raya) 1981)

j. Bersetuju untuk dicalonkan; (Artikel 50(4) Perlembagaan Persekutuan)

k.       Tidak didapati bersalah atas kesalahan hasutan.(Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948. Rujuk kes Fan Yew Teng lwn Setiausaha, Dewan Rakyat & Ors [1957] 2 MLJ 40. Sila rujuk kepada nasihat peguam untuk maklumat lanjut berkenaan kesalahan di bawah Akta Hasutan 1948)

2 comments:

  1. Salaam Datuk,
    Boleh ker kalau ambil cuti tanpa gaji dan menjadi calon? Kalau menang, automatic dia resign dari company asal. Kalau kalah, balik opis dan sambung keje macam biasa.
    Boleh ke majikan kompromi macam ni dengan staff masuk untuk bertanding?

    ReplyDelete
  2. Salam,

    Untuk menjadi calon, salah satu hilang kelayakan ialah sekiranya dia memegang jawatan berpendapatan (office of profits) iaitu jawatan sepenuh masa di dalam perkhidmatan awam. Justeru itu, jika calon itu termasuk dalam definasi diatas, dia akan hilang kelayakan. Jika calon itu tidak termasuk dalam kategori diatas, maka tidak perlu meletak jawatan agar tidak hilang kelayakannya.

    ReplyDelete