Wednesday, December 1, 2010

ISA Boleh Dikenakan Kepada Wan Azizah

Penasihat Undang-undang UMNO, Datuk Mohd Hafarizam Harun menyokong penuh cadangan agar tindakan undang-undang diambil terhadap Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail berikutan menghina ketuanan Melayu.

Katanya, kenyataan Wan Azizah semasa Kongres Nasional PKR Sabtu lalu telah sekali lagi mencabar kedudukan serta hak istimewa orang Melayu yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Artikel 153 adalah sesuatu yang terpahat kemas dan tersimpul mati atau dalam bahasa undang-undangnya berbentuk ‘entrenched’ yang mana ianya adalah salah satu perkara yang bukan hanya tidak boleh dipinda tetapi juga adalah terlarang untuk diperkatakan,” tegasnya dalam wawancara dengan umno-online.com.

Jelasnya, apa yang dikatakan oleh Wan Azizah bahawa ketuanan Melayu harus ‘dibakulsampahkan’ merupakan satu bentuk cabaran secara khusus (direct challenge) kepada peruntukan undang-uandang iaitu Perlembagaan Persekutuan dan ia bukanlah satu hak kebebasan untuk bersuara.

“Apabila kenyataan ketuanan Melayu, hak keistimewaan orang Melayu, kedudukan Raja-raja Melayu dan apa jua yang berkaitan dengan Artikel 153 dan lain-lain perkara dikatakan dengan begitu terbuka, dalam satu kongres yang juga terdiri daripada orang-orang bukan Melayu ianya bukan lagi berbentuk cabaran tetapi lebih kepada memperlekehkan kedudukan, status hak orang-orang Melayu dan Majlis Raja-raja Melayu.

“Bagi saya kini sudah sampai masanya untuk pihak berkuasa mengambil tindakan dan orang-orang Melayu bangkit mempertahankan hak mereka sama ada orang perseorangan, badan bukan kerajaan atau orang Melayu dari mana-mana parti politik pun,” katanya.

Maklumnya lagi, terdapat empat perkara yang boleh dimasukkan dalam laporan polis berkaitan dengan kenyataan Wan Azizah berkaitan ketuanan Melayu.

“Perkara pertama ialah berbentuk hasutan selaras dengan Akta Hasutan 1948, Seksyen 3 yang menyatakan salah satu bentuk hasutan iaitu yang mempersoalkan tentang hak, status, kedudukan, keistimewaan seperti yang termaktub dalam bahagian 3 Perlembagaan Persekutaun iaitu Artikel 152, 153 atau 181.”

Maklumnya, Artikel 152 ialah berkenaan sebagai bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan manakala Artikel 153 khusus kepada hak keistimewaan orang Melayu iaitu kedudukannya dari segi permit, biasiswa dan sebagainya dan Perkara 181 pula berkaitan dengan kedudukan Raja-raja Melayu.

“Maka dengan ini satu laporan polis yang mengatakan bahawasanya satu kenyataan berbentuk hasutan telahpun dilakukan iaitu di bawah seksyen 3 (1) (f) dan boleh dihukum sekiranya disabitkan hukuman mengikut seksyen 4 pada Akta Hasutan 1948.

“Perkara kedua yang boleh didakwa ke atas Wan Azizah ialah mengandungi kenyataan bahawa ini bukanlah berbentuk kebebasan bersuara seperi mana termaktub dalam Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan kerana artikel ini ada kekangan atau sekatannya iaitu melainkan ada undang-undang lain yang mengecilkan skop Artikel 10 iaitu walaupun ada hak untuk bersuara tetapi termaktub dalam Akta Hasutan 1948.”

Maklum Hafarizam lagi, perkara ketiga yang perlu diketengahkan dalam laporan polis ini ialah dengan mengatakan bahawa PKR telah secara zahir bersekongkol bersama dengan merelakan perbuatan oleh orang yang tidak lain tetapi Presidennya.

“Untuk itu, perlu juga satu laporan dibuat bersekali atau dalam laporan yang sama kepada Pendaftar Pertubuhan bagi melihat kedudukan PKR kerana telah nyata bahawa mereka memupuk semangat kebencian, prasangka antara kaum dan perlu diambil tindakan yang mana salah satu tindakannya ialah dibatalkan pendaftaran PKR ini.

“Saya juga menggesa Pendaftar pertubuhan selaku pihak yang dipertanggungjawabkan mengawalselia pertubuhan politik dan bukan bukan politik melihat dengan teliti kuasa yang ada padanya agar PKR ini diambil tindakan malahan UMNO sendiri pernah dibatalkan pendaftarannya pada tahun 1987 dan mengapa PKR perlu mendapat keistimewaan seolah-olah mereka kebal?”

Katanya lagi, oleh kerana Perdana Menteri telah menyatakan bahawa jangan dipersoalkan hak keistimewaan Melayu dan disambut oleh pemimpin-pemimpin daripada badan politik, NGO’s dan juga pakar-pakar perundangan maka beliau menyarankan agar Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) digunapakai.

“ISA perlu dilakukan terhadap pemain-pemain utama dalam PKR, DAP ataupun Pas yang masih lagi terus mempersoalkan kedudukan dan hak istimewa orang Melayu kerana terbukti mereka cuba mewujudkan kebencian terhadap orang Melayu disebabkan hak-hak istimewa ini,” tegasnya lagi. - sumber MediaUMNO
Read more!

Tuesday, October 19, 2010

Sedikit ulasan berkenaan ucapan perasmian YAB Timbalan Presiden UMNO sewaktu merasmikan serentak Persidangan Perwakilan Wanita,Pemuda & Puteri semalam

Salam Sejahtera,

Saya tertarik untuk mengulas berkenaan beberapa poin-poin yang dibangkitkan di dalam ucapan perasmian YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Presiden UMNO sewaktu merasmikan persidangan serentak sayap-sayap UMNO semalam.
Antaranya ialah YAB Timbalan Presiden telah mengingatkan perwakilan di dalam Dewan Merdeka khususnya & orang Melayu amnya bahawa jangan kita bersikap apologetik pabila memperjuangkan hak, kepentingan Melayu & Bumiputera. Gesaan YAB Timbalan Perdana Menteri ini datang pada waktu yang paling sesuai sekali tatkala orang-orang Melayu teruk diasak oleh pakatan-pakatan parti pembangkang. Saya sendiri di dalam penulisan sebelum ini telah juga memberi pendapat bahawa hak, kepentingan Melayu & Bumiputera jangan dipolitikkan kerana ianya 'entreched' di dalam Perlembagaan Persekutuan melalui 'kontrak sosial' atau 'Perjanjian Keamanan' seperti yang telah diperkatakan oleh Allahyarham Prof Tan Sri Ahmad Ibrahim.
Walaupun YAB Timbalan Presiden telah memberi peringatan agar orang Melayu dan ahli-ahli UMNO jangan bersifat apologetik, beliau tidak lupa malahan telah juga mengukuhkan lagi persefahaman yang telah dicapai seawal penubuhan UMNO 61 tahun yang lalu bahawa hak-hak kaum lain akan turut dibela dengan seadilnya. Ini bagi saya bersesuaian dengan laungan YAB Presiden bahawa lanskap politik baru dunia amnya dan Malaysia khususnya ialah 'moderate politics' atau 'centre politics'.
Saya berpendapat saranan ini sungguh sesuai di dalam waktu 2 pilihanraya kecil akan berlangsung tidak lama lagi (DUN Galas & Parlimen Batu Sapi) agar parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) yang akan turun padang bertungkus-lumus memastikan kemenangan calon-calon BN tidak akan terpedaya dengan dakyah mengelirukan parti-parti pembangkang.
Syabas saya ucapkan kepada YAB Timbalan Presiden UMNO kerana berani menyatakan yang hak!
Selamat Bersidang.
Sekian, terima kasih.

Read more!

Friday, July 30, 2010

Hak Istimewa Melayu Tidak Boleh Dipolitikkan


KUALA LUMPUR 30 Julai – Penasihat Undang-undang UMNO, Datuk Hafarizam Harun membidas pihak pembangkang khususnya DAP yang seringkali menimbulkan hal-hal berkaitan hak keistimewaan orang Melayu.

Katanya, seharusnya perkara tersebut tidak berlaku kerana ia termaktub dalam Artikel 153, Perlembagaan Persekutuan.

“Saya melihat situasi ini seolah-olah mencabar apa yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan yang mana kalau kita kaji sejarah penubuhan Persekutuan Tanah Melayu dan juga Perlembagaan Persekutuan 1957, Artikel 153 adalah salah satu artikel berbentuk ‘entrenched’,” katanya kepada umno-online.com.

Jelasnya lagi, Artikel 153 tersebut adalah tunjang kepada Perlembagaan Persekutuan iatu hak orang Melayu sama ada berkenaan dengan permit dan juga perkhidmatan; termasuk di dalamnya biasiswa dan sebagainya, adalah hak yang telah dilindungi termaktub.

“Oleh itu ia tidak boleh dicabar atau dibincangkan sekalipun, malah tidak boleh dicela atau dicaci oleh mana-mana pihak,” tegasnya merujuk berkenaan i DAP dan juga beberapa kumpulan-kumpulan pendesak yang kebanyakannya bukan Melayu mempersoalkan hak keistimewaan Melayu dalam beberapa perkara.

Menurut beliau, apabila DAP membangkitkan hal sedemikian, dapat dilihat bahawa perjuangannya tersasar daripada sebuah parti sosialis menjadi rasis.

“Pihak sedemikian cuba untuk menimbulkan perasaan benci, rasa tidak sama rata dan perasaan bahawa sesuatu kaum itu lebih superior dari kaum yang lain. Ini adalah permainan politik yang bahaya kerana boleh menimbulkan masalah dan dikaitkan dengan hasutan.

“Menerusi Akta Hasutan 1948, secara ringkas menerangkan bahawa, ia adalah satu perbuatan menghasut apabila mempertikaikan apa jua perkara, hak, posisi, keistimewaan dan sebagainya yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.”

Justeru, katanya jika ianya dibiarkan berterusan maka akan mewujudkan satu perkara yang boleh menimbulkan satu-satu kaum dalam masyarakat bersikap prejudis dan jika dilihat dari aspek perundangan maka tindakan boleh dilakukan di bawah Akta Hasutan.

“Saya sendiri perlu berhati-hati apabila memperkatakan tentang Artikel 153 ini kerana tidak mahu melanggar undang-undang dengan dikaitkan di bawah Akta Hasutan atau dicap serbagai ultra Melayu dengan kenyataan saya disalahguna,” tegasnya.

Menurut beliau, ultra Melayu ini sendiri mula diperkatakan sejak penerbitan buku ‘Malay Dilemma’ oleh mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad sehingga hari ini dan ia telah diberi satu konotasi yang berbentuk negatif.

“Kita tidak boleh nafikan di dalam diri kita masing-masing ada ultranya tetapi apa yang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bawa dalam konsep 1Malaysia adalah satu prinsip toleransi yang berbentuk penerimaan iaitu setiap bangsa perlulah menerima hak kewujudan, keistimewaan, kelebihan kaum-kaum lain agar semua dapat hidup dalam masyarakat yang harmoni.”

Hafarizam turut menyatakan kekesalannya berkaitan perkara terbabit dan berharap agar pihak pembangkang menggunakan isu-isu lain dalam hal politik.

“Carilah perkara lain untuk dipolitikkan dan lakukanlah secara matang agar tidak menyebabkan timbulnya persaaan marah terhadap orang bukan Melayu atau UMNO sendiri.

“Kalau DAP betul-betul parti yang memperjuangkan sosialis, iaitu berteraskan kerajaan mengatasi segalanya maka tentu mereka tidak bersifat rasis. Dalam keadaan ini double standard atau tidak konsisten diamalkan kerana posisi mempertikaikan hak keistimewaan orang Melayu.”

Apa yang jelas, tegasnya lagi jika dihayati Artikel 153 itu sendiri menyatakan bahawa hak-hak orang Melayu adalah dilindungi tetapi dalam masa yang sama tidak pernah mendiskriminasi hak-hak kaum-kaum lain.

“Sebagai contoh kita lihat Artikel 152 yang mana mengatakan bahasa Kebangsaan adalah bahasa Melayu tetapi tidak menghalang selain daripada tujuan rasmi untuk penggunaan atau pun pengajaran atau pembelajaran bahasa-bahasa lain. Daripada artikel 152 inilah maka sekolah vernikular, sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil diwujudkan,” katanya.

Sumber:umno-online.com
Read more!

Friday, May 14, 2010

Adakah janji-janji pembangunan, peruntukkan tambahan dsb merupakan kesalahan di bawah Akta Kesalahan Pilihanraya, 1954?

Salam Sejahtera & Salam 1Malaysia,

Terlebih dahulu saya memohon maaf kepada pembaca-pembaca blog saya sekiranya saya telah lama tidak menulis dalam blog rasmi saya. Salah satu sebab adalah saya menulis di dalam blog untuk isu semasa yang melibatkan perundangan, oleh kerana tahun ini tidak seperti tahun lepas, kuranglah penulisan saya.
Berkenaan kenapa saya memilih tajuk seperti diatas, ianya bertujuan untuk berkongsi pendapat terhadap apa yang telah diperkatakan beberapa minggu lepas (terutamanya selepas sahaja PRK Parlimen Hulu Selangor) di akhbar-akhbar utama iaitu BN akan diheret ke Mahkamah (ataupun YB Kamalanathan) oleh calon PKR yang kalah kerana kononnya telah melakukan perbuatan rasuah (corrupt practice) pabila telah berjanji memberi peruntukkan tambahan samada kepada pengundi-pengundi di Hulu Selangor, sekolah-sekolah cina, pembinaan persimpangan bertingkat lebuhraya dsb. Sekarang, di Sibu juga slogan yang sama sedang dilaungkan oleh BN untuk PRK Parlimen Sibu. Ini mungkin akan menimbulkan keraguan samada ianya adalah perbuatan rasuah di dalam definasi Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 ataupun tidak?
Saya berpendapat berdasarkan kepada nas undang-undang, ianya tidaklah merupakan satu perbuatan rasuah di dalam definasi Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 seperti yang dikatakan oleh calon-calon PKR (Hulu Selangor) atau DAP (Sibu). Malah, ianya adalah selaras dengan tugas Kerajaan pada hari itu (Government of the day) untuk membawa pembangunan, memberi peruntukkan tambahan dsb kepada setiap rakyat tidak kira waktunya.
Nas undang-undang yang dimaksudkan adalah kes Re Pengkalan Kota Bye-Election Teoh Teik Huat v Lim Kean Siew & Anor [1981] 1 MLJ 265, kes yang diputuskan oleh YA Hakim Eusoffe Abdoolcader di Mahkamah Pilihanraya. Secara ringkasnya, YA Hakim itu telah menyatakan seperti berikut:
"On a careful and considered examination and evaluation..., I can only conclude, in a penumbra of phrases knitted in alliteration that the words allegedly uttered by Tengku Razaleigh to the effect that if Barisan Nasional wins, he would personally give more money for the improvement of Pengkalan kota, perceived in passionless and in the proper context of an election campaign often conducted with a fervour calculated to utdo even the Befrienders and invariably pregnant with partisan promises and in which some forensic flexing of political muscle is not an uncommon or unknown phenomenon. did not perforce pose or constitute a promise or pre-engagement by him in his personal capacity with any corrupt intention of any designated sum of money or valuable consideration to ot for any one or more particular elector or voter for corrupt inducement to exert his or her personal predilection at the polls in favour of the 1st respondent but were in effect and in intention no more than a broad political articulation in his office as Minister of Finance of the party in power's potential pull on the public purse-strings to pursue promises, propitiate pleas and propel and promote projects and programes for amelioration and development in the constituency for the benefit and progress of that locality and all its commorants generally if the ruling party gained the seat in contest and that he was personally in a position within the pale of his portfolio as the Minister to sanction schemes and endorse expenses on behalf of the governemtn to this end. To hold otherwise in the circumstances of thi scase would be to effectuate and sanction a spurious conversation of political proclamations and catchwords manifested as a promise of public action into an inflexible electoral offence with criminal connotations bereft of the essential prerequisites therefor"
Secara ringkasnya, apa yang hendak disampaikan disini adalah janji-janji pembangunan, peruntukkan tambahan, projek pembangunan (atau dikenali secara lazimnya 'politik pembangunan') dsb tidaklah merupakan perbuatan rasuah. Itu adalah tugas kerajaan BN sebagai kerajaan persekutuan dan tidak melanggar mana-mana peruntukkan undang-undang pilihanraya.
Justeru itu, adalah diharapkan dengan penjelasan yang tidak seberapa ini, segala polemik yang cuba dibangkitkan oleh pembangkang adalah hanya polemik yang tidak tepat dan menyimpang dan berbentuk memperlekehkan kebijaksanaan pengundi-pengundi terutamanya Hulu Selangor, Sibu dan pembaca-pembaca blog saya amnya.
Akhir kata, saya berharap BN akan menang besar di PRK Sibu, insya-Allah.
Sekian terima kasih.

Read more!

Sunday, March 28, 2010

Kes UMNO Bahagian Tanah (Mahkamah Tinggi Malaya di Kota Bahru Saman Pemula No 24-38-2010)

Salam Sejahtera & Salam 1Malaysia,

Telah hampir dua (2) bulan saya tidak menulis di dalam blog rasmi saya selaku Penasihat Undang-Undang UMNO Malaysia. Bukannya tidak ada isu yang hendak ditulis tetapi saya telah diminta untuk memberi penerangan berkenaan pelbagai i.e. royalti minyak Kelantan melalui wawancara saya dengan Tuan Sayed Munawwar secara 'live' di TV1 dalam rancangan Di Luar Lingkungan pada bulan Februari dan di Astro Awani dalam rancangan 'In Frame' berkenaan campurtangan luar di dalam sistem kehakiman Malaysia pada bulan awal Mac baru-baru ini. Apapun, saya berharap ianya telah memberi sedikit pengetahuan & latarbelakang sebenar berkenaan isu-isu diatas.

Semalam (28/3/2010), Mahkamah Tinggi Malaya di Kota Bahru telah membenarkan permohonan anakguam-anakguam saya iaitu YBhg Dato' Ikmal Hisham Abdul Aziz (Ketua Bahagian UMNO Tanah Merah) dan Ustaz Baharudin bin Yusuf (Timbalan Ketua UMNO Bahagian Tanah Merah) mengenepikan perintah injunksi yang diperolehi secara ex-parte (satu pihak, dalam bahasa mudah) oleh bekas ahli UMNO Tanah Merah, Encik Amran bin Rahman ("Plaintif") bertarikh 16/2/2010 yang bertujuan, inter-alia, untuk menghalang apajua transaksi berkenaan bangunan UMNO Tanah Merah dan akaun-akaun bank UMNO Tanah Merah disebabkan pembatalan pendaftaran dua (2) cawangan iaitu Banggol dan Pondok Lama di dalam UMNO Bahagian Tanah Merah. Mahkamah juga telah menolak Saman Pemula Plaintif (Kandungan 1) atas alasan-alasan yang sama sewaktu membenarkan pengenepian perintah injunksi ex-parte.

Alasan-alasan yang didasari oleh Mahkamah Tinggi sewaktu mengenepikan perintah injunksi tersebut adalah: (1) Plaintif tidak ada 'locus standi' oleh kerana beliau bukan lagi ahli UMNO berkuatkuasa 10/2/2010, iaitu tarikh beliau memfailkan tindakan di Mahkamah. Ini adalah kerana, mengikut Fasal 20.7 Perlembagaan UMNO, mana-aman ahli UMNO yang membawa perkara parti ke Mahkamah akan gugur dengan sendirinya keahlian. Tarikh 10/2/2010 adalah tarikh Plaintif memfailkan tindakannya di Mahkamh, justeru itu, dengan izin 'by operation of law', Plaintif gugur secara otomatik keahliannya; (2) Seksyen 18C Akta Pertubuhan, 1966 melarang Mahkamah untuk mendengar, meneliti, mengkaji dsb apajua keputusan atau perkara dalaman parti politik. Ini, di dalam bahasa undang-undang, adalah 'ouster clause' yang membuatkan Mahkamah tidak ada bidangkuasa untuk mendengar tuntutan atau tindakan itu. Di dalam kes ini, Plaintif mempertikaikan kesahihan jawatan Dato' Ikmal dan timbalannya kerana kononnya cawangan-cawanagan Banggol dan Pondok Lama telah dibatalkan pendaftarannya oleh Pendaftar Pertubuhan berkuatkuasa pada 10/11/2009. Tetapi, apa yang tidak dimaklumkan kepada Mahkamah oleh Plaintif ialah pada 17/2/2010, cawangan-cawangan tersebut telah ditarik-balik pembatalannya oleh YB Menteri Dalam Negeri, justeru itu ianya tidak pernah terbatal sejak mulanya. Apapun, ini adalah perkara dalaman parti dan Mahkamah tidak patut diheret di dalam permasalahan parti politik; dan (3) Plaintif telah tidak mendedahkan fakta-fakta sepenuhnya sewaktu membuat permohonan injunksi pada 16/2/2010 lalu & laporan polis yang dibuatnya sahaja adalah tidak memadai.

Diatas adalah ringkasan keputusan Mahkamah tetapi apa yang saya mahu tekankan disini adalah, ahli-ahli UMNO dirayu agar tidak membawa perkara parti ke Mahkamah. Selesaikanlah di peringkat itu sendiri. Ibu Pejabat UMNO senantiasa bersedia untuk menelitinya. Samada keputusan memihak kepada pengadu atau tidak, itu perkara kedua. Janganlah digembar-gembur urusan dalaman parti UMNO kepada orang luar, biarlah UMNO dilihat utuh dan kuat di kacamata rakyat. Setiap partio, organisasi, persatuan dsb sudah tentunya ada masalah & boleh diselesaikan jika pihak-pihak mengikut saluran yang telah ditentukan. Kedua, undang-undang atau Perlembagaan UMNO adalah ketat dan tidak mengenal siapa, justeru itu fikirkanlah masak-masak sebelum membawa hal-ehwal parti ke Mahkamah. Jadikanlah kes UMNO Bahagian Tanah Merah ini sebagai pengajaran dan sempadan didalam kita berjuang untuk bangsa, agama & negara.

Sekian, terima kasih.

Read more!

Wednesday, February 10, 2010

Pilihan Nizar Sendiri


Akhirnya pergolakan politik di Perak yang berlarutan sejak setahun lalu ekoran perebutan jawatan Menteri Besar menuju penamat apabila Mahkamah Persekutuan semalam memuktamadkan ia milik Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Beliau sendiri yang memilih Sistem Kehakiman sebagai pengadilan dan penyelesaian kemelut politik di Perak. Dia yang membawa kes ke mahkamah setelah tidak berpuas hati dan “mohon derhaka” terhadap pelaksanaan bidang kuasa Sultan Perak.

Nizar juga yang menimbulkan polemik, bersidang bawah pokok dan berceramah selama ini untuk meraih simpati sebagai asas pengadilan daripada orang ramai.

Keputusan diputuskan panel lima hakim diketuai Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff itu menolak rayuan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin untuk membatalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengisytiharkan Zambry sebagai Menteri Besar yang sah.

Apa yang jelas keputusan 5-0 menunjukkan tiada apa lagi yang boleh diungkit atau dipertikaikan pembangkang mengenai kedudukan Zambry atau isu dua Menteri Besar, sejak Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pangkor itu mengangkat sumpah memegang jawatan berkenaan menggantikan Mohammad Nizar pada 6 Februari 2009.

Keputusan semalam juga memberi jawapan keadilan dicari-cari sejak setahun lalu melalui proses undang-undang sudah pun diadili dengan sewajar-wajarnya.

Bagi Dr Zambry keputusan semalam membolehkan beliau untuk terus memberi fokus kepada hala tuju pembangunan Perak dengan mengutamakan kepentingan rakyat.

Bagi Nizar pula, selaku pihak yang memilih sendiri mahu mencari keadilan menerusi institusi mahkamah, beliau tiada pilihan selain akur keputusan mahkamah tertinggi negara ini.

Ini kerana pada 13 Februari 2009, ketika memfailkan tuntutan supaya dirinya diisytiharkan Menteri Besar Perak yang sah, Nizar pasti mempunyai keyakinan terhadap kebebasan dan keadilan sistem kehakiman.

Apabila keputusan Mahkamah Tinggi menyebelahinya pada 11 Mei 2009, Nizar dan pembangkang menyifatkannya keputusan itu tepat. Sehari kemudian apabila Mahkamah Rayuan menangguhkan pelaksanaan keputusan awal itu, mereka kembali mencemuh sistem yang sama.

Malangnya apabila keadilan yang dicari menerusi perundangan hingga diputuskan Mahkamah Persekutuan semalam, Nizar seakan tidak dapat menerima keputusan tersebut.

Ini boleh dilihat melalui kenyataan Nizar yang menyifatkan semalam hari paling sedih kerana kononnya sistem kehakiman tidak bebas.

Beliau turut mendakwa kononnya sistem monarki negara menuju monarki mutlak.

Berikut kenyataan Penasihat Undang-undang UMNO Malaysia, Datuk Mohd Hafarizam Harun berkenaan keputusan Mahkamah Persekutuan dan reaksi Datuk Seri Mohamad Nizar Jalamuddin.

Saya melihat kenyataan Datuk Seri Nizar semalam sebagai satu komen yang berbentuk penghinaan kepada mahkamah.

Kenyataan Datuk Seri Nizar sengaja dibuat bagi mencetuskan satu polemik politik yang bertujuan mengelirukan rakyat secara berterusan dan langsung tidak berasaskan undang-undang.

Ini kerana menurut Perlembagaan Persekutuan 1957 jelas menyatakan bahawa negara ini menggunapakai sistem Raja Berpelembagaan.

Justeru Duli-duli Maha Mulia Sultan Melayu akan bertindak atas nasihat Perdana Menteri atau Menteri Besar kecuali terhadap 2 perkara yang sememangnya termaktub dalam Perlembagaan Malaysia amnya dan Perak khususnya iaitu :

1) melantik Menteri Besar
2) membubarkan Dewan Undangan Negeri

Justeru itu apabila Datuk Seri Nizar menghadap Sultan Perak pada 4 Februari 2009 memohon membubarkan Dewan Undangan Negeri ianya tidak mendapat perkenan Sultan Perak.

Malah Sultan Perak menitahkan Datuk Seri Nizar serta Anggota Majlis Mesyuarat Negeri meletakkan jawatan dan sekiranya enggan maka jawatan mereka akan dianggap kosong. Malangnya Datuk Seri Nizar ingkar malah sanggup membuat sembah derhaka.

Berdasarkan apa yang berlaku tahun lepas jelas menunjukkan bahawa Datuk Seri Nizar lah yang telah merosakkan institusi Raja Berperlembagaan dan bukannya seperti dakwaan beliau kononnya sistem monarki negara menuju monarki mutlak.

Institusi Kehakiman adalah institusi yang terletak di bawah Yang Di Pertuan Agong yang bersifat bebas dan berasingan dengan badan perundangan dan eksekutif. Sebagai badan yang bebas, hakim-hakim juga adalah bebas maka tidak timbul itu kononnya kerajaan berada di belakang hakim-hakim tersebut.

Apa yang dinyatakan Datuk Seri Nizar kononnya sistem kehakiman tidak bebas, ini jelas satu penghinaan kepada mahkamah dan satu lagi taktik untuk memburuk-burukkan segala institusi termasuk dalam Perlembagaan Malaysia dan Perak.

Jika mahkamah bukan tempat rakyat Malaysia mendapat keadilan termasuk Datuk Seri Nizar, kenapa beliau sendiri menfailkan kes ini ke Mahkamah Tinggi tahun lepas jika beliau tidak percaya kepada mahkamah.

Dalam kes Nizar lawan Zambry ini telah pun sampai ke peringkat penghakiman terakhir. Tidak ada lagi sebarang rayuan selepas in dan selaras dengan prinsip “finality of decisions”, keputusan Mahkamah Persekutuan mesti dihormati dan dipatuhi.

Seperti yang dinyatakan Mahkamah Persekutuan semalam sekiranya Datuk Seri Nizar yakin beliau masih mempunyai suara majority di Dewan Undangan Negeri, beliau bolehlah mengemukakan usul undi tidak percaya pada Sidang Dewan Undangan Negeri akan datang atau pun membuat representasi kepada Sultan Perak jika ada asasnya.

Read more!