Tuesday, May 13, 2014

Situasi Terengganu Berbeza Krisis Perak 2009

KUALA LUMPUR, 13 Mei - Kemelut pemerintahan yang berlaku di Terengganu tidak boleh disamakan dengan situasi peralihan kuasa di Perak pada tahun 2009 yang menyaksikan Barisan Nasional (BN) mengambil alih tampuk pemerintahan daripada Pakatan Rakyat (PR).

Pengamal undang-undang yang dihubungi Bernama hari ini, berpendapat BN kekal memerintah di Terengganu walaupun tiga wakil rakyatnya dari Umno mengisytiharkan diri mereka sebagai calon Bebas, kerana tidak menyatakan pendirian untuk menyokong pembangkang.

Peguam Datuk Mohd Hafarizam Harun berkata keadaan ini berbeza daripada krisis Perak 2009 apabila tiga wakil rakyat PR menjadi ahli Bebas menyatakan sokongan kepada BN, tatkala BN dan PR kekika itu mempunyai jumlah kerusi yang sama iaitu 28 dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) yang berjumlah 59 kerusi.

Read more!