Tuesday, October 19, 2010

Sedikit ulasan berkenaan ucapan perasmian YAB Timbalan Presiden UMNO sewaktu merasmikan serentak Persidangan Perwakilan Wanita,Pemuda & Puteri semalam

Salam Sejahtera,

Saya tertarik untuk mengulas berkenaan beberapa poin-poin yang dibangkitkan di dalam ucapan perasmian YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Presiden UMNO sewaktu merasmikan persidangan serentak sayap-sayap UMNO semalam.
Antaranya ialah YAB Timbalan Presiden telah mengingatkan perwakilan di dalam Dewan Merdeka khususnya & orang Melayu amnya bahawa jangan kita bersikap apologetik pabila memperjuangkan hak, kepentingan Melayu & Bumiputera. Gesaan YAB Timbalan Perdana Menteri ini datang pada waktu yang paling sesuai sekali tatkala orang-orang Melayu teruk diasak oleh pakatan-pakatan parti pembangkang. Saya sendiri di dalam penulisan sebelum ini telah juga memberi pendapat bahawa hak, kepentingan Melayu & Bumiputera jangan dipolitikkan kerana ianya 'entreched' di dalam Perlembagaan Persekutuan melalui 'kontrak sosial' atau 'Perjanjian Keamanan' seperti yang telah diperkatakan oleh Allahyarham Prof Tan Sri Ahmad Ibrahim.
Walaupun YAB Timbalan Presiden telah memberi peringatan agar orang Melayu dan ahli-ahli UMNO jangan bersifat apologetik, beliau tidak lupa malahan telah juga mengukuhkan lagi persefahaman yang telah dicapai seawal penubuhan UMNO 61 tahun yang lalu bahawa hak-hak kaum lain akan turut dibela dengan seadilnya. Ini bagi saya bersesuaian dengan laungan YAB Presiden bahawa lanskap politik baru dunia amnya dan Malaysia khususnya ialah 'moderate politics' atau 'centre politics'.
Saya berpendapat saranan ini sungguh sesuai di dalam waktu 2 pilihanraya kecil akan berlangsung tidak lama lagi (DUN Galas & Parlimen Batu Sapi) agar parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) yang akan turun padang bertungkus-lumus memastikan kemenangan calon-calon BN tidak akan terpedaya dengan dakyah mengelirukan parti-parti pembangkang.
Syabas saya ucapkan kepada YAB Timbalan Presiden UMNO kerana berani menyatakan yang hak!
Selamat Bersidang.
Sekian, terima kasih.

Read more!