Sunday, April 3, 2011

DUN Selangor Akan dihadapkan ke Mahkamah – Hafarizam

EKSKLUSIF DI YOUTUBE
KUALA LUMPUR 1 April – Usul Menteri Besar Selangor,Tan Sri Khalid Ibrahim ketika sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor bakal mengheret DUN, Speaker dan Khalid ke mahkamah.

Peguambela dan pegumacara, Datuk Mohd Hafarizam Harun berkata tindakan itu terpaksa diambil berikutan DUN Selangor meluluskan satu usul untuk merujuk beliau dan Adun Pelabuhan Kelang, Badrul Hisham Abdullah ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan.

“Saya difahamkan bahawa Menteri Besar akan membawa satu usul ke dalam sidang untuk merujuk saya ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan atas tuduhan menghina DUN melalui satu surat kepada Speaker Dewan.

“Dalam usul berkenaan mengatakan saya berbahasa tidak senonoh, biadab dan mengugut sedangkan surat yang dihantar kepada Tetuan Thommy Thomas selaku peguamcara kepada Datuk Teng Chang Kim, Speaker DUN meminta bayaran kos yang diperintah oleh mahkamah,” katanya di sidang media berhubung usul berkenaan.

Menurutnya, surat yang dihantar itu adalah amalan biasa firma guaman untuk menuntut bayaran kos perbicaraan mahkamah anak guamnya, Adun Pelabuhan Kelang yang sudah diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 18 Disember lalu.

Read more!