Saturday, July 25, 2009

"Saman" untuk hadir "Mesyuarat Jawatankuasa Hak dan Kebebasan' terhadap YB Dato' Ganesan a/l Retanam - Bilakah semua ini akan berakhir

Salam sejahtera,

Saya memohon maaf kerana tidak berupaya untuk menulis di dalam blog saya beberapa hari yang lepas oleh kerana kesibukan kerja guaman saya dan lain-lain hal yang berkaitan dengannya. Apapun, saya berterima kasih kerana pembaca blog saya masih tetap melayari blog saya jikalau ada 'posting' terbaru.

Berikut adalah sedikit ulasan saya berkenaan "Saman" untuk hadir pada 27hb Julai 2009 jam 10.00 pagi di "Kamar Yang Di-Pertua Dewan Undangan atau lain tempat yang dipastikan oleh Yang Di-Pertua" kononnya bagi maksud "Mesyuarat Jawatankuasa Hak dan Kebebasan" berkenaan aduan yang dibuat oleh YB See Seu Kai, ADUN Pokok Assam terhadap YB Dato Ganesan a/l Retanam, Yang DiPertua (YDP) Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan bertajuk "Unlawful and disgraceful conduct by suspended members electing Ganesan a/l Retanam as "Speaker" contrary to Standing Orders and the Perak Constitution" bertarikh 13hb Julai 2009. "Saman" ini telah dikeluarkan diatas kepala surat (letterhead) YDP Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan oleh mantan YDP, Dewan Negeri Perak dan bertarikh 21hb Julai 2009.

Ianya telah diserahkan kepada pejabat YB Dato' Ganesan a/l Retanam, YDP Dewan Negeri Perak pada 22hb Julai 2009 melalui faks daripada pejabat peguam Tetuan Leong & Tan dan juga secara kediri (personal service) oleh YB Simpang Pulai (jika saya tidak silap) pada hari yang sama (berikut adalah lampiran sesalinan "Saman" untuk hadir kononnya "Mesyuarat Jawatankuasa Hak dan Kebebasan" yang dikeluarkan oleh YB Sivakumar a/l Varatharaju kononnya atas kapasiti YDP, Dewan Negeri Perak). "Saman" untuk hadir kononnya "Mesyuarat Jawatankuasa Hak dan Kebebasan" bertarikh 22hb Julai 2009 ini adalah salah di sisi undang-undang, merupakan suatu penghinaan terhadap Dewan Negeri Perak yang Mulia itu dan bersifat 'mainan politik murahan' pakatan pembangkang untuk terus mengelirukan rakyat. Berikut saya nyatakan kenapa saya berpendapat sebegitu:

1. YB Sivakumar selepas sidang Dewan Negeri Perak pada 7hb Mei 2009 bersidang semula di waktu petang, telah secara sahnya disingkirkan (removed) daripada jawatannya sebagai YDP, Dewan Negeri Perak disebabkan usul oleh YAB Dato' Seri Dr Zambry Kadir, Menteri Besar Perak dibawah Perintah Tetap 27 (3) Perintah-Perintah Tetap Dewan Perhimpunan Undangan Negeri Perak Darul Ridzuan yang berbunyi, inter-alia, "...apa-apa usul hendaklah dikeluarkan notis tidak kurang daripada empat belas hari terlebih dahulu melainkan jika usul itu dengan nama Menteri Besar atau seseorang ahli yang ditugaskan bagi pihak Menteri Besar maka memadailah dengan dikeluarkan notis tujuh hari sahaja terlebih dahulu..." dibaca bersama dengan Perintah Tetap 13 Perintah-Perintah Tetap Dewan Perhimpunan Undangan Negeri Perak Darul Ridzuan iaitu aturan urusan mesyuarat Dewan. Oleh itu, penggunaan kepala surat (letterhead) YDP, Dewan Negeri Perak adalah suatu penyamaran jenayah yang boleh dibuat laporan polis terhadapnya dan diambil tindakan jenayah, jika terbukti;

2. YB Sivakumar, di dalam "Saman" untuk hadir kononnya "Mesyuarat Jawatankuasa Hak dan Kebebasan" telah sekali lagi tidak mengiktiraf keputusan Mahkamah Persekutuan pada bulan April yang memutuskan bahawa penggantungan YAB Dato' Seri Dr Zambry & 6 EXCOnya adalah salah, ultra-vires dan tidak boleh dipakai. Ini jelas apabila beliau telah di dalam perenggan (ii) "Saman" tersebut berkata bahawa "...kesahihan penggantungan tersebut oleh Dewan Undangan Negeri belum diketepikan oleh mana-mana prosiding Mahkamah atau dibatalkan oleh prosiding Dewan Undangan Negeri selanjutnya." Untuk rujukan lanjut berkenaan perintah Mahkamah Persekutuan tersebut, sila lihat penulisan saya di bulan April yang lalu;

3. Menurut Perintah Tetap 72 (1) Perintah-Perintah Tetap Dewan Perhimpunan Undangan Negeri Perak Darul Ridzuan, ianya mengkehendaki sebuah Jawatankuasa Hak dan Kebebasan yang mengandungi YDP, Dewan Negeri dan enam orang ahli yang dilantik oleh Dewan dengan seberapa segera yang boleh selepas dimulakan tiap-tiap penggal. Saya menyatakan bahawa Jawatankuasa Hak dan Kebebasan yang sah bukanlah lagi Jawatankuasa Hak dan Kebebasan yang dipengerusikan oleh YB Sivakumar, mantan YDP, Dewan Negeri Perak kerana pada 7hb Mei 2009 selepas sahaja usul menyingkirkan beliau diterima secara majoriti 31-28 terdapat lantikan dibuat oleh pihak kerajaan BN (usul yang dibawa oleh YB Dato' Hamidah, EXCO Kanan Perak) di dalam Dewan yang mulia itu untuk melantik enam ahli baru Jawatankuasa Hak dan Kebebasan yang dipengerusikan oleh YB Dato' Ganesan a/l Retanam, selaku YDP, Dewan Negeri Perak yang baru. Ini boleh dilihat daripada rakaman video dan audio sewaktu Dewan bersidang pada 7hb Mei 2009 dan juga hansard Dewan bersidang pada 7hb Mei 2009; dan

4. "Perintah penggantungan" mungkin 18 bulan yang akan dibuat oleh YB Sivakumar, mantan YDP, Dewan Negeri Perak (saya hanya menjangkakan berdasarkan kepada corak tindakan lalu YB Sivakumar) adalah sia-sia, menjengkelkan akal dan tidak perlu dihiraukan oleh YB Ganesan a/l Retanam walau seinci pun!

Sebagai kesimpulan, "Saman" untuk hadir "Mesyuarat Hak dan Kebebasan" yang kononnya akan diadakan pada 27hb Julai 2009 (Isnin) jam 10.00 pagi di "Kamar Yang Di-Pertua Dewan Undangan Negeri atau lain tempat yang dipastikan oleh Yang Di-Pertua" ini hanyalah, jika saya boleh samakan, seperti "Mesyuarat dibawah Pokok" pada 3hb Mac 2009 yang tiada nilai perundangannya mahupun boleh diiktiraf sebagai persidangan Dewan tetapi hanyalah satu lagi igauan pakatan pembangkang untuk terus memberi harapan palsu dan juga bersifat 'politiking' yang keterlaluan. Nasihat saya kepada rakan-rakan peguam saya daripada Tetuan Leong & Tan ataupun Chan & Associates, sudah-sudahlah atau patut-patutlah ber'politik' kerana apapun, kita semua adalah pegawai Mahkamah dan janganlah biarkan emosi mengawal pertimbangan perundangan kita sehingga kita lupa untuk menasihati klien atau anak-guam kita apa yang boleh dibuat dan apa yang tidak boleh dibuat!

Sekian, terima kasih.

Read more!

Sunday, July 12, 2009

Pilhanraya Kecil Manek Urai - sedikit penjelasan tentang kenyataan YAB Timbalan Perdana Menteri berkenaan Kota Agropolitan (termasuklah jambatan baru)

Salam sejahtera dan Selamat pagi,

Saya ingin mengulas sedikit berkenaan kenyataan YAB Timbalan Perdana Menteri seperti yang dilaporkan di dalam akhbar-akhbar utama (main stream newspaper) terutamanya akhbar Utusan Malaysia hari ini. Di dalam akhbar Utusan Malaysia, di mukasurat hadapan, dilaporkan bahawa YAB Timbalan Perdana Menteri telah menyatakan bahawa Manek Urai akan menjadi kota agropolitan (termasuklah mendapat jambatan baru Manek Urai Lama dan Baru).

Awal pagi tadi saya telah menerima panggilan talipon daripada beberapa pemimpin kanan UMNO bertanya berkenaan 'legality' kenyataan YAB Timbalan Perdana Menteri dan juga memaklumkan kepada saya bahawa Ketua Pembangkang, YB Dato' Seri Anwar Ibrahim, di dalam ceramahnya semalam telah mengatakan ianya salah dan berbaur rasuah serta mengesa pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya. Saya tidak mahu memberi komen berkenaan kenyataan politik yang dibawa oleh pakatan pembangkang tetapi akan hanya menjurus kepada isu 'legality' kenyataan YAB Timbalan Perdana Menteri sahaja.

Saya berpendapat bahawa kenyataan tersebut tidak menyalahi mana-mana Seksyen samada Seksyen 1o(a), 11 ataupun 32(c) di dalam Akta Kesalahan Pilhanraya, 1954 malah ianya bersesuaian dengan nas undang-undang terlapor di dalam kes Re Pengkalan Kota Bye-Election Teoh Teik Huat v. Lim Kean Siew & Anor [Penang -Election Petition No. 1 of 1981] dimana keputusannya telah diberikan oleh seorang Hakim Mahkamah Tinggi yang sangat disegani dan dihormati di kalangan Hakim-Hakim negara Komanwel iaitu Yang Arif Abdoolcader J. Kes tersebut telah menyandar kepada 2 otoriti undang-undang di negara India iaitu kes Mahkamah Agung India iaitu Gahsi Ram v Dal Singh AIR 1968 SC 1191 dan Om Prabha Jain v Abnash Chand AIR 1968 SC 1083.

Di dalam Re Pengkalan Kota Bye-Election, supra YBM Tengku Razaleigh Hamzah, sewaktu beliau menjawat jawatan Menteri Kewangan, di dalam siri ceramah kempennya telah berkata "if we (meaning the Barisan Nasional) win, we shall make allocation (in the Malay version using the words "plenty of money") to bring more development for the benefit of the people in the area". YA Abdoolcader telah memutuskan, dengan ringkasnya bahawa: "Did not perforce pose or constitute a promise or pre-engagement by him in his personal capacity with any corrupt intention of any designated sum of money or valuable consideration to or for any one or more particular elector or voter for corrupt inducement to exert his or her personal predilection at the polls in favour of the 1st respondent but were in effect and in intention no more than a broad political articulation in his office as Minister of Finance of the party in power's potential pull on the public purse-strings to pursue promises, propitiate pleas and propel and promote projects and programmes for amelioration and development in the constituency for the benefit and progress of that locality and all its commorants generally if the ruling party gained the seat in contest and that he was personally in a position within the pale of his portfolio as the Minister to sanction schemes and endorse expenses on behalf of the government to this end. To hold otherwise in the circumtances of this case would be to effectuate and sanction a spurious conversion of political proclamations and catchwords manifested as a promise of public action into an inflexible electoral offence with criminal connotations berefet of the essential prerequisities therefor".

Justeru itu, untuk faedah pembaca-pembaca blog saya yang tidak ada latarbelakang undang-undang, ianya bermaksud bahawa apajua janji pembangunan yang dibuat oleh Kerajaan yang berkuasa tidaklah bermaksud perbuatan rasuah seperti maksud Akta Kesalahan Pilihanraya 1954. Saya masih ingat lagi, sewaktu pilihanraya kecil Pengkalan Pasir lewat tahun 2004 (jika saya tidak silap), Kerajaan Pas Negeri Kelantan telah menaikkan suatu 'billboard' yang besar di sekitar bandar Pasir Mas (terutamanya di sekitar stesyen keretapi Pasir Mas) bahawa suatu jambatan bertingkat akan dibina jika kerusi Pengkalan Pasir kekal dengan PAS. Saya tidak bermaksud untuk berkata bahawa '2 wrongs make 1 right' tetapi prinsipnya adalah sama iaitu, jika Kerajaan yang berkuasa ingin membawa perubahan kepada rakyatnya ianya tidak menyalahi undang-undang. Begitulah juga sewaktu manifesto pakatan pembangkang di negeri Selangor di pilihanraya yang lalu, iaitu diskaun terhadap bil air dsb.

Akhir kata, saya ingin menegaskan bahawa tiada apa yang salah disebabkan oleh kenyataan YAB Timbalan Perdana Menteri termasuklah janji beliau, selaku pemimpin No 2 Negara, jika BN menang di Manek Urai, jambatan baru menghubungkan Manek Urai Lama dan Baru akan direalisasikan serta-merta. YAB Timbalan Perdana Menetri adalah seorang yang luas pengalamannya di dalam politik, malah sewaktu beliau menjawat jawatan Naib Presiden UMNO beliau merupakan Pengerusi Jawatankuasa Kecil Pindaan Perlembagaan dan Peraturan Parti (dimana saya adalah jurudraf), tentulah beliau sangat mementingkan kepatuhan undang-undang. Oleh itu, saranan saya adalah jangan terpedaya dengan taktik pakatan pembangkang yang hanya ingin memutar-belit fakta.

Sekian, terima kasih.

Read more!

Wednesday, July 8, 2009

Kebenaran untuk merayu ke Mahkamah Persekutuan Nizar v Zambry [Permohonan Sivil No: 08-145-09(W)]

Salam Sejahtera,

Hari ini, Mahkamah Persekutuan telah membenarkan permohonan diatas. Saya ingin mengulas sedikit berkenaan permohonan tersebut.

Untuk makluman, saya ingin mengatakan bahawa permohonan YB Dato' Seri Ir Nizar mempunyai 2 permohonan utama, iaitu (1) Kebenaran untuk merayu ke Mahkamah Persekutuan; dan (2) Penggantungan keputusan Mahkamah Rayuan sementara menunggu pelupusan (disposal) rayuan di Mahkamah Persekutuan.

Untuk permohonan (1) diatas, sebagai rekod agar tidak diputar-belit oleh pakatan pembangkang dan agen-agennya, YAB Dato' Seri Dr Zambry telah bersetuju (by consent) agar kebenaran diberikan untuk merayu ke Mahkamah Persekutuan agar penyelesaian muktamad dapat dicapai. Sebab itulah, ianya telah diberikan sebulat suara. Saya tertanya-tanya samada pihak pakatan pembangkang akan berbuat sedemikian? Jawapannya jelas TIDAK kerana sepanjang kami mengendalikan kes-kes berkaitan tindakan YB Sivakumar, kami telah diserang bertubi-tubi dengan segala bentuk serangan teknikal (preliminary objection) dan merit samada di peringkat Mahkamah Tinggi, Rayuan ataupun Persekutuan. Disini, nampaknya kematangan YAB Dato' Seri Dr Zambry dalam menghadapi kes Mahkamah yang melibatkan beliau secara langsung. Inilah yang diharapkan dan sesungguhnya telah terbukti akan keperibadian YAB Dato' Seri Dr Zambry berbanding dengan pemimpin pakatan pembangkang!

Untuk permohonan (2) diatas pula, sebagai rekod dan maksud yang sama diatas, Mahkamah Persekutuan telah menolak sebulat-suara (unanimous) permohonan YB Dato' Seri Ir Nizar untuk menggantung keputusan Mahkamah Rayuan sementara rayuan ke Mahkamah Persekutuan dilupuskan (disposed). Oleh itu, apa yang dikatakan sebagai "kemenangan" adalah, pada hemat saya, satu delusi yang amat besar (grandeur delusion). Malangnya, ini telah tidak diketengahkan oleh pakatan pembangkang atau agen-agennya. Bagi saya, jelas taktik mereka disini, iaitu apa yang tidak memihak kepada mereka tidak adil dan sebaliknya adalah "kemenangan rakyat". Saya tidak terperanjat jika selepas ini adalah lagi kedengaran suara-suara sumbang bahawa ianya tidak mengikat, tidak konsisten dsb kerana sewaktu pasukan undang-undang kami menang di dalan kes melibatkan 3 ADUN Perak (YB Jamaluddin, YB Kapten Osman dan YB Hee), pakatan pembangkang menyatakan ianya hanyalah perintah deklarasi yang tidak mengikat YB Sivakumar!

Akhir sekali, saya juga ingin menyatakan bahawa isu-isu polisi YB Dato Seri Ir Nizar sewaktu beliau menjawat jawatan MB Perak iaitu Tabung Kifalah (RM1,000) kepada simati berumur lebih 65 tahun; Tabung Khas kebajikan rakyat; kenaikan kadar pemberian bantuan bulanan kebajikan; Tabung Pinjaman perniagaan kecil; pemberhentian pemberian hak milik tanah kampung-kampung tersusun; menukar perkhidmatan ahli Majlis/Pihak berkuasa tempatan; menangguhkan Ipoh sentral; meluluskan tanah sebanyak 1400 hektar kepada Rahman Hydraulik; dan melelong Camry seperti yang telah dinyatakan di dalam afidavit beliau dan diserahkan kepada peguam YAB Dato' Seri Dr Zambry awal pagi ini, bagi saya hanyalah suatu tindakan lemah/sia-sia (feeble attempt) untuk meraih populariti murahan. Bagi saya lagi, ianya tiada kaitan dengan dengan isu pada pendengaran pagi tadi iaitu samada kebenaran rayuan patut diberikan dan penggantungan keputusan Mahkamah Rayuan! Jelaslah, ini percubaan terakhir untuk mengalih perhatian Mahkamah Persekutuan malangnya tidak diendahkan.

Sekian, terima kasih.

Read more!

Sunday, July 5, 2009

Pilihanraya Kecil N. 41 Manek Urai - sedikit analisis

Salam Sejahtera,

Penulisan saya ini mungkin agak tersasar daripada tujuan utama saya menulis di dalam blog saya selama ini iaitu krisis perlembagaan/perundangan Negeri Perak, tetapi memandangkan saya juga turut berada di Pusat Operasi Barisan Nasional Manek Urai, tidak dapat tidak saya terpanggil untuk memberi sedikit buah fikiran dan pengamatan saya.

Pilihanraya kecil N. 41 Manek Urai ini bukanlah suatu lagi pilihanraya kecil yang sengaja direka-reka oleh pakatan pembangkang tetapi disebabkan oleh kematian ADUN PAS Manek Urai. Ini termasuk di dalam salah satu alasan 'casual vacancy' seperti temaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Petang tadi, jam lebih kurang 5.30 petang, saya telah mengikuti rombongan YB Dato' Mustapha Mohamad, selaku Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan & juga BN Negeri Kelantan, melihat suasana dan persiapan Pusat Penamaan Calon di SMK SYP1, Kuala Krai. Di dalam perjalanan pulang daripada Pusat Penamaan Calon menuju ke Pusat Operasi Barisan Nasional Manek Urai, saya melihat banyak markas-markas PAS telah mula didirikan (begitulah juga UMNO/BN). Namun begitu, apa yang memeranjatkan saya ialah Parti Keadilan Rakyat (PKR) juga telah mendirikan Markas Induknya di Peti Undi Peria, DUN Manek Urai! Begitu juga bendera PKR telah mula kelihatan di sisi jalan-jalan dan tiang-tiang elektrik!
Ini sangat memeranjatkan saya kerana setahu saya dan juga konsisten dengan hujahan saya terdahulu, pakatan pembangkang (DAP-PKR-PAS) belum lagi didaftarkan sebagai sebuah entiti yang sah di bawah Akta Pertubuhan 1966 dan belum lagi diberikan perakuan pendaftaran oleh Pendaftar Pertubuhan. Justeru itu, jika PAS akan bertanding esok, maka hanya markas ataupun bendera PAS sahaja yang patut kelihatan. Ini berbeza dengan Barisan Nasional yang merupakan sebuah pertubuhan politik yang berdaftar dan diperakukan pendaftarannya. Justeru tu, tidak salah jika kelihatan bendera/markas MCA, MIC, Gerakan dsb didirikan di sekitar DUN Manek Urai.
Pada hemat saya, tindakan PKR mendirikan markas induk mereka (ataupun bendera PKR dinaikkan) adalah suatu kesalahan di bawah Akta Kesalahan Pilihanraya, 1954 dan patut dibuat aduannya kepada Pegawai Pengurus Pilihanraya DUN Manek Urai, selaku Ketua PP-KPR (Pasukan Petugas Kempen Pilihanraya) serta-merta setelah tamat tempoh penamaan calon esok (6/7/2009) jam 11.00 pagi. Suatu tindakan tegas i.e. menurunkan atau memberhentikan sama sekali markas PKR induk perlulah diambil oleh SPR (ataupun PP-KPR) kerana ini merupakan suatu kesalahan undang-undang. Apajua alasan untuk melengah-lengahkan penguatkuasaan merupakan suatu tindakan toleransi kepada perkara yang salah disisi undang-undang.
Sekian, terima kasih.

Read more!

Monday, June 29, 2009

Wajarkah?

Salam Sejahtera,

Minggu lepas saya telah menerima emel daripada seseorang yang meminta agar indentiti beliau tidak dinyatakan. Di dalam emel beliau itu, beliau telah menyenaraikan beberapa peguam-peguam pakatan pembangkang yang telah mendapat faedah/manfaat daripada institusi perbankan (dimana Kerajaan Barisan Nasional mempunyai kepentingan, samada secara langsung atau tidak) dan juga syarikat milik Kerajaan (GLCs) dan sekarang memberi perkhidmatan undang-undang secara 'pro bono' (percuma) kepada pakatan pembangkang di dalam tindakan undang-undang di Perak.
Apakah ini suatu yang wajar? Kenapakah tidak berlaku sebaliknya iaitu firma saya ataupun mana-mana rakan di dalam pasukan saya mendapat kerja daripada PKNS, PKINK ataupun Penang Development Corporation? Siapakah yang bersalah di dalam situasi ini?
Dibawah ini, saya telah mengadaptasikan emel tersebut di dalam blog saya dan saya bersetuju 100%.

"THE MAKING OF BARISAN NASIONAL'S GOVERNMENT ASSASIN

These are the lawyers whom have benefited from the good deed of Barisan Nasional Government governing the country and made it conducive for them to earn a wealthy and luxurious life style.

We oxygenate them and let them censure us, live a life to fight us out and make continuous attempt to discredit and where possible kick the Government of the day out of power. They threw their absolute support to the opposition irrespective of right or wrong.

1. Ranjit Singh of Ranjit Ooi & Robert Loh and getting work/fees from Ambank

2. Edmund Bon of Chooi & Co. and getting work/fees from OCBC, ING Merchant

3. Chan Kok Keong of Chan & Associates and getting work/fees from Perwira Affin Bank &
CIMB

4. Tommy Thomas of Tommy Thomas and getting work/fees from CIMB, Bank Islam,Petronas, BP International Finance, Dana Harta, Kerajaan Negeri Terenganu

5. Philip Koh of Mah Kamariah & Philip Koh and getting work/fees from AmBank, Affin Citibank, RHB, Petronas and IOI Properties

6. Leong Cheok Keng of Leong & Tan and getting work/fees from BSN

We are the one who enrich these lawyers who instead of thanking us bite us to bleed. It is suggested that all banking institutions and GLC cease from engaging them either directly or indirectly.

It is also important to ensure all banking institution and GLC only refer work to firms which are pro-government.

Zaid Ibrahim & Co. is on the panel of most banks and GLC and yet they squeeze the Government to a point of no return.

If we do not put a stop to all these they will grow bigger and stronger and by then we will be too late to stop them. "
Sekian, terima kasih.

Read more!

Monday, June 22, 2009

Kes YB Sivakumar a/l Varatharaju Naidu lwn YB Dato' Ganesan a/l Retanam - kenapa perlu sekuriti untuk kos?

Salam Sejahtera,

Minggu lepas, sebaik sahaja selesai sebutan untuk kes diatas, pada keesokan harinya, saya terbaca di dalam salah satu akhbar bahawa YB Dato' Ganesan telah mengarahkan kami selaku peguamcaranya untuk memfailkan suatu permohonan untuk sekuriti untuk kos terhadap YB Sivakumar. Saya sahkan arahan tersebut dan kami telahpun memfailkannya. Cuma menunggu pengekstrakan permohonan bermeterai daripada pejabat pendaftaran Mahkamah Tinggi Ipoh sahaja.

Justeru itu, saya ingin mengulas sedikit berkenaan permohonan ini kerana nampaknya isu ini telah dimanipulasikan oleh pakatan pembangkang bahawa tindakan ini adalah salah, tidak berpatutan dsb.

1. Pertama sekali, permohonan untuk sekuriti untuk kos adalah suatu yang lazim di kalangan pengamal undang-undang. Saya sendiri telah memohon dan berjaya mendapat perintah untuk sekuriti untuk kos sebelum ini di dalam kes-kes lain yang pernah saya kendalikan. Justeru itu, tidak timbul ianya adalah sesuatu yang luarbiasa! Aturan 23 Kaedah 1 Kaedah-Kaedah Mahkamah Tinggi, 1980 (aturan prosedur Mahkamah yang digunapakai oleh semua pengamal undang-undang) jelas maksudnya.

2. Kedua, ianya adalah untuk menghalang litigan yang 'vexatious' daripada terus menyalahguna proses Mahkamah i.e. memfailkan tindakan Mahkamah sewenang-wenangnya atau mengikut kehendak/keperluan dan kemudiannya menarik-balik tanpa sebab. Ini pernah dilakukan oleh YB Sivakumar, pada 5hb Februari 2009, tatkala kerajaan pakatan pembangkang jatuh disebabkan tiga (3) ADUN menjadi bebas. YB Sivakumar telah memfailkan tindakan Mahkamah No. 24-146-2009 terhadap ketiga-tiga ADUN bebas namun, dengan sedar dan penuh muslihat telah menarik-balik atau memberhentikan tindakan tersebut pada 4hb Mac 2009. Jelas daripada kelakuan YB Sivakumar diatas tidak mustahil beliau akan melakukannya sekali lagi. Untuk memastikan beliau betul-betul serius, maka permohonan sekuriti untuk kos telah difailkan.
3. Ketiga, tindakan baru yang dibawa oleh YB Sivakumar ini adalah salah satu lagi 'tindakan politik murahan' untuk mendapat simpati rakyat bahawa beliau tetap Yang DiPertua (YDP) Dewan Negeri Perak. Mungkin tidak keterlaluan, jika saya katakan bahawa beliau (ataupun peguam-peguamnya) di dalam situasi grandeur delusion sedangkan fakta dan juga sejarah telah menyatakan bahawa selepas 7hb Mei 2009, setelah usul penggantian YDP Dewan Negeri telah secara sahnya diluluskan di sidang Dewan Negeri Perak secara suara majoriti (31-28). Tambahan lagi, ada surat daripada Setiausaha Dewan Negeri yang mengesahkan status YB Dato' Ganesan selaku YDP Dewan Negeri yang baru selepas 7hb Mei 2009. Maka, selepas 7hb Mei 2009, YB Sivakumar hanyalah YB Tronoh sahaja!
Untuk makluman pembaca blog saya, kes ini telah ditetapkan untuk pendengaran di hadapan YA Dato' Azahar Mohamad di Mahkamah Tinggi Ipoh (No 3) pada 17hb Julai 2009. Untuk makluman lanjut juga, terdapat tiga (3) permohonan yang akan didengar pada harik tersebut iaitu (a) Permohonan Injunksi YB Sivakumar, untuk menghalang YB Dato' Ganesan daripada menghalang YB Sivakumar daripada menjalankan tugasnya sebagai YDP Dewan! (satu lagi contoh grandeur delusion pihak pakatan pembangkang yang tidak sudah-sudah); (b) Permohonan Sekuriti untuk Kos oleh pihak YB Dato' Ganesan; dan (c) Permohonan untuk mengenepikan Writ Saman dan Pernyataan Tuntutan YB Sivakumar terhadap YB Dato' Ganesan yang difailkan oleh pihak kami, selaku peguamcara YB Dato' Ganesan.
Sekian sahaja untuk waktu ini. Terima kasih.

Read more!

Saturday, June 13, 2009

Dalam Mahkamah Tinggi Malaya di Ipoh Guaman Sivil No. (M3) 22-118-2009 antara YB Sivakumar a/l Varatharaju Naidu dan YB Ganesan a/l Retanam

Salam Sejahtera,

Saya ingin memohon maaf kerana telah beberapa minggu tidak menulis di dalam blog saya disebabkan kemelut politik Perak telah senyap seketika dan juga kesibukan tugasan harian saya di Ibu Pejabat UMNO Malaysia dsb.

Untuk pengetahuan pembaca blog saya, pada 11hb Jun 2009 yang lalu, Tetuan Chan & Associates, selaku Peguamcara YB Sivakumar a/l Varatharaju Naidu (ADUN Tronoh) telah menyerahkan dua dokumen Mahkamah iaitu; (1) Writ Saman Dan Pernyataan Tuntutan bertarikh 15hb Mei 2009 (Mahkamah Tinggi Ipoh (3) No. 22-118-2009); dan (2) Saman Dalam Kamar (inter-partes) di dalam tindakan yang sama rujukannya diatas bertarikh 21hb Mei 2009 dan Afidavit Sokongan Sivakumar yang dikrarkan pada 20hb Mei 2009 kepada sahabat peguam saya, Haji Badrul Hishah Abdl Wahap, daripada Tetuan Ong-Hanim & Badrul selaku Peguamcara YB Ganesan a/l Retanam, Speaker Dewan Negeri Perak. Untuk No (2) diatas, ianya telah ditetapkan untuk pendengaran pada 17hb Mei 2009 jam 9.00pagi di Mahkamah Tinggi Ipoh (No. 3).
Sebaik sahaja diserahkan dokumen-dokumen Mahkamah tersebut, saya difahamkan sahabat peguam saya telah menghubungi pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Perak untuk kepastian samada Pejabat itu telah diserahkan dokumen yang sama. Setakat masa saya menulis blog ini, jawapannya masih negatif!
1. Apakah yang ingin dibuktikan lagi oleh YB Sivakumar dengan tindakan diatas?
Setelah meneliti dokumen No. (1) diatas, iaitu Writ Saman dan Pernyataan Tuntutan terhadap YB Ganesan oleh YB Sivakumar, saya telah mendapati beberapa perkara berikut:
a. YB Sivakumar, di dalam perenggan 1 Pernyataan Tuntutannya masih lagi tidak mahu mengaku bahawa beliau bukan lagi Speaker Dewan Negeri Perak selepas 7hb Mei 2009;
b. YB Sivakumar, di dalam perenggan 2 Pernyataan Tuntutannya tidak mahu mengiktiraf YB Ganesan sebagai Speaker Dewan Negeri Perak yang baru selepas 7hb Mei 2009 dan menyatakan bahawa kehadiran beliau di dalam Sidang Dewan Negeri Perak 7hb Mei 2009 sebagai 'contempt of the Assembly";
c. YB Sivakumar, di dalam tuntutan perenggan 8(c) Pernyataan Tuntutannya, telah memohon suatu perintah injunksi melarang YB Ganesan atau agen-agennya daripada menghalang YB Sivakumar memegang jawatan atau menjalankan tugasnya sebagai 'Speaker Dewan Negeri Perak'.
Kesimpulan saya:
i. YB Sivakumar sekali lagi menunjukkan sikap bongkaknya bahawa beliau masih 'Speaker' Dewan Negeri Perak walaupun telah dilucutkan dengan majoriti 31-28 sewaktu undian dibuat di sidang Dewan Negri yang lalu;
ii. YB Sivakumar melalui peguamcaranya telah bertentangan pegangan/pendapat ('conflict of position') iaitu sewaktu YB Sivakumar disaman oleh ketiga-tiga ADUN dan YAB Mentri Besar serta 6 EXCOnya oleh kami, mereka menyatakan bahawa apajua keputusan dibuat di dalam Dewan adalah terlindung oleh kerana Artikel 72 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan berikut tetapi didalam tindakan yang dibawanya sekarang, ianya boleh dicabar di Mahkamah. Jelaslah penulisan saya selama ini bahawa apa yang sesuai untuk mereka adalah undang-undang tetapi yang tidak menyebelahi mereka, bukanlah undang-undang!
iii. YB Sivakumar telah sekali lagi mengheret institusi Mahkamah ke kancah politik untuk tujuan peribadi atau populariti;
iv. YB Sivakumar bolehlah dianggap sebagai 'sour grapes' kerana tidak mahu menerima kenyataan semasa.
2. Tindakan terbaru YB Sivakumar tidak serius, bersifat 'populist' menyimpang dan mengelirukan rakyat Perak agar sentiasa mengharapkan perubahan kepada senario politik semasa Perak!
Kesimpulan saya diatas disokong oleh fakta-fakta berikut:
a. Prayer (a) di dalam Saman Dalam Kamar (dokumen No. 2 diatas) yang memohon agar YB Ganesan dihalang daripada menghindari YB Sivakumar memasuki Dewan Negeri atau memegang jawatan atau menjalankan tugasan beliau sebagai Speaker Dewan Negeri Perak adalah suatu 'encroachment' kepada prinsip pengasingan kuasa (separation of powers) & melanggar peruntukkan khusus Artikel 72 Perlembagaan Persekutuan;
b. Prayer (b) di dalam Saman Dalam Kamar diatas juga memohon suatu injunksi melakukan sebarang tindakan menderita, menyerang dan/atau menyerang sentuh Plaintif oleh YB Ganesan adalah sangat jauh tersasar kerana ianya seperti meminta Mahkamah supaya memberi suatu 'restraning order' walhal tiada 'imminent danger' yang sedang dihadapinya. Ini sekali lagi menunjukkan betapa YB Sivakumar mengaibkan imej institusi Mahkamah dengan tindakan yang remeh, mengaibkan dan membuang masa serta kos!
Apapun, saya tidak mengulas lebih lanjut keramna perkara ini sedang dibicarakan di Mahkamah tetapi cukup sekadar saya membawa kesedaran pembaca blog saya kepada taktik pihak pembangkang yang senantiasa melancarkan serangan tindakan Mahkamah demi kepuasan peribadi. Saya teringat kes Lee Kuan Yew melawan pembangkang yang lantang di Singapura, YB Jeyakumar dalan tahun 1980an sehinggalah beliau diisytihar muflis kerana diserang bertubi-tubi dengan tindakan Mahkamah!
Sekian, terima kasih.

Read more!