Monday, April 27, 2009

YAB Dato Seri Dr. Zambry & 6 Exco lawan YB Sivakumar Bahagian 2

KUALA LUMPUR, 28 April – Penasihat Undang-undang UMNO/ Ketua Pasukan Undang-undang, Datuk Hafarizam Harun mengeluarkan kenyataan media bagi menjelaskan kedudukan krisis politik Negeri Perak berhubung dengan persidangan Dewan Negeri yang akan berlangsung pada 7 Mei akan datang.

KENYATAAN RASMI

1. Rujukan Sivil No. 06-03-2009 (A)

ANTARA

1. Jamaluddin Bin Mohd Radzi
2. Mohd Osman Bin Mohd Jailu
3. Hee Yit Foong ...Pemohon

DAN

Sivakumar a/l Varatharaju Naidu
(Dituntut selaku Yang DiPertua Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan)
...Responden
DAN

Suruhanjaya Pilihan Raya ...Pencelah

1.1 Lanjutan daripada kenyataan pertama saya pada minggu lepas disertakan di sini salinan perintah bermeterai yang telah diakui salinan sahnya (Lampiran A) oleh Mahkamah Persekutuan berkenaan status kerusi ketiga-tiga ahli Dewan Negeri Perak iaitu N.59 Behrang, N.14 Changkat Jering dan N.31 Jelapang.

1.2 Berikutan daripada perintah di atas, saya menyatakan bahawa ketiga-tiga ahli Dewan Negeri Perak tersebut layak hadir ke sidang Dewan Negeri Perak yang akan diadakan pada 7hb Mei 2009

1.3 Apa jua alasan atau pendapat bertentangan dengan hasrat dan tujuan perintah tersebut adalah suatu bentuk penghinaan terhadap mahkamah (contempt of court)

2. Rujukan Sivil No: 06-04-2009 (A)

ANTARA

1. YAB Datuk Dr. Zambry Abd Kadir
2. YB Encik Zainol Fadzi Paharuddin
3. YB Datuk Ramly Zahari
4. YB Puan Hamidah Osman
5. YB Datuk Saarani Mohamad
6. YB Mohd Zahir Abdul Khalid
7. YB Dr. Mah Hang Soon ...Pemohon-pemohon

DAN

YB Sivakumar a/l Varatharaju Naidu
(Dituntut selaku Yang DiPertua Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan)
...Responden
DAN

Peguam Negara Malaysia ...Pencelah

2.1 Berikut adalah perintah bermeterai Mahkamah Persekutuan bertarikh 16hb April 2009 (Lampiran B1) yang maksudnya adalah jelas bahawa penggantungan ke atas YAB Menteri Besar Perak dan enam (6) Exconya adalah terbatal dan tidak sah.

2.2 Disertakan juga adalah salinan surat daripada Pejabat Pendaftaran Mahkamah Persekutuan kepada Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Ipoh bertarikh 22hb Apri 2009 (Lampiran B2) yang jelas maksudnya melupuskan Saman Pemula No. 24-247-2009 di Mahkamah Tinggi Ipoh Perak.

2.3 Kesimpulan daripada di atas ialah:

a. Perintah Mahkamah Persekutuan adalah mengikat (binding) terhadap YB Sivakumar a/l Varatharaju Naidu (Yang DiPertua Dewan Negeri Perak)

b. Ianya mestilah dipatuhi kerana diserahkan kepada Peguamcara YB Sivakumar yang adalah pihak di dalam prosiding tersebut; dan

c. Apa jua alasan mengelak (evasive reason) tidak mahu menghormati perintah tersebut adalah satu bentuk penghinaan mahkamah (contempt of court).

Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment