Sunday, July 5, 2009

Pilihanraya Kecil N. 41 Manek Urai - sedikit analisis

Salam Sejahtera,

Penulisan saya ini mungkin agak tersasar daripada tujuan utama saya menulis di dalam blog saya selama ini iaitu krisis perlembagaan/perundangan Negeri Perak, tetapi memandangkan saya juga turut berada di Pusat Operasi Barisan Nasional Manek Urai, tidak dapat tidak saya terpanggil untuk memberi sedikit buah fikiran dan pengamatan saya.

Pilihanraya kecil N. 41 Manek Urai ini bukanlah suatu lagi pilihanraya kecil yang sengaja direka-reka oleh pakatan pembangkang tetapi disebabkan oleh kematian ADUN PAS Manek Urai. Ini termasuk di dalam salah satu alasan 'casual vacancy' seperti temaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Petang tadi, jam lebih kurang 5.30 petang, saya telah mengikuti rombongan YB Dato' Mustapha Mohamad, selaku Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan & juga BN Negeri Kelantan, melihat suasana dan persiapan Pusat Penamaan Calon di SMK SYP1, Kuala Krai. Di dalam perjalanan pulang daripada Pusat Penamaan Calon menuju ke Pusat Operasi Barisan Nasional Manek Urai, saya melihat banyak markas-markas PAS telah mula didirikan (begitulah juga UMNO/BN). Namun begitu, apa yang memeranjatkan saya ialah Parti Keadilan Rakyat (PKR) juga telah mendirikan Markas Induknya di Peti Undi Peria, DUN Manek Urai! Begitu juga bendera PKR telah mula kelihatan di sisi jalan-jalan dan tiang-tiang elektrik!
Ini sangat memeranjatkan saya kerana setahu saya dan juga konsisten dengan hujahan saya terdahulu, pakatan pembangkang (DAP-PKR-PAS) belum lagi didaftarkan sebagai sebuah entiti yang sah di bawah Akta Pertubuhan 1966 dan belum lagi diberikan perakuan pendaftaran oleh Pendaftar Pertubuhan. Justeru itu, jika PAS akan bertanding esok, maka hanya markas ataupun bendera PAS sahaja yang patut kelihatan. Ini berbeza dengan Barisan Nasional yang merupakan sebuah pertubuhan politik yang berdaftar dan diperakukan pendaftarannya. Justeru tu, tidak salah jika kelihatan bendera/markas MCA, MIC, Gerakan dsb didirikan di sekitar DUN Manek Urai.
Pada hemat saya, tindakan PKR mendirikan markas induk mereka (ataupun bendera PKR dinaikkan) adalah suatu kesalahan di bawah Akta Kesalahan Pilihanraya, 1954 dan patut dibuat aduannya kepada Pegawai Pengurus Pilihanraya DUN Manek Urai, selaku Ketua PP-KPR (Pasukan Petugas Kempen Pilihanraya) serta-merta setelah tamat tempoh penamaan calon esok (6/7/2009) jam 11.00 pagi. Suatu tindakan tegas i.e. menurunkan atau memberhentikan sama sekali markas PKR induk perlulah diambil oleh SPR (ataupun PP-KPR) kerana ini merupakan suatu kesalahan undang-undang. Apajua alasan untuk melengah-lengahkan penguatkuasaan merupakan suatu tindakan toleransi kepada perkara yang salah disisi undang-undang.
Sekian, terima kasih.

15 comments:

  1. penurunan lambang parti najis PKR perlu disegerakan.menyemak je.saya setuju sgt2 tuan.tq

    ReplyDelete
  2. Comment hafarizam untuk artikel "wajarkah"..

    Terima kasih atas komen. Saya bersetuju bahawa kerja-kerja yang diperolehi, daripada bank-bank, adalah kesan terjalinnya 'panel-ship' dari masa yang dahulu. Itu diteriam sebagai norma profession Undang-Undang.

    Apa yang saya cuba untuk ketengahkan disini ialah, pertamanya prinsip atau maruah diri barisan peguam-peguam dan keduanya kealpaan institusi tersebut. Sekurang-kurangnya, mintalah keluar daripada 'panel-ship' tersebut jika ingin membuat kerja 'pro-bono' untuk pakatan pembangkang. Barulah dikatakn, stand by your principle. Why must be a hypocrite!

    Berkenaan isu-isu lain seperti PKFZ dsb, saya tidak berapa arif (atau selesa) kerana saya tidak terlibat di dalam mana-mana isu tersebut, justeru itu biarlah saya hanya fokus kepada isu berkenaan Perak (dan lain-lain yang berkaitan dengannya). Saya ambil maklum, di dalam mana-mana 'civil society', isu ketelusan (transparency)/penyampaian (delivery)/'police brutality' dsb adalah buah mulut di kalangan rakyat, tetapi, mengapa saya menulis tentang pemberian geran 999 tahun di Perak, ianya tidak dilihat sebegitu rupa. Malah, hampir senyap seribu bahasa! Disini, saya lihat polemiknya.

    Sekian, terima kasih.

    Sekadar renungan terhadap comment tuan..

    Apa masalah mewakili pembangkang di Mahkamah? Adakah bila mewakili syarikat perbankan di negeri dikuasai PR maka dianggap telah diberikan kontrak oleh kerajaan PR dan merupakan suatu unsur tak wajar walupun meritokrasi dan kredibiliti lawyer dann firm tersebut terbukti?
    Hafarizam,
    anda dan barisan peguam mewakili BN adalah atas sifat BN sebagai sebuah parti politik yang sah. Begitu juga peguam yang mewakili parti pembangkang juga atas kapasiti sebagai sebuah parti berdaftar..adakah anda dianggap hipokrit kalaw mewakili UMNO (bukan BN, sebab belum tentu komponen BN lain melantik anda)dalam masa sama anda memiliki panelship institusi lain dinegeri yang dikuasai BN?
    Hafarizam,
    biarkan persaingan di Mahkmah yang pasti mempunyai hujahan perundangan masing2 mengambil tempat.
    Hafairizam,
    matang dalam berhujah dan boleh berhujah adalah dua perkara yang berbeza..Cuma saya amat yakin, ANDA MASIH TIDAK MATANG!

    peguam kampung..

    ReplyDelete
  3. Comment hafarizam untuk artikel "wajarkah"..

    Terima kasih atas komen. Saya bersetuju bahawa kerja-kerja yang diperolehi, daripada bank-bank, adalah kesan terjalinnya 'panel-ship' dari masa yang dahulu. Itu diteriam sebagai norma profession Undang-Undang.

    Apa yang saya cuba untuk ketengahkan disini ialah, pertamanya prinsip atau maruah diri barisan peguam-peguam dan keduanya kealpaan institusi tersebut. Sekurang-kurangnya, mintalah keluar daripada 'panel-ship' tersebut jika ingin membuat kerja 'pro-bono' untuk pakatan pembangkang. Barulah dikatakn, stand by your principle. Why must be a hypocrite!

    Berkenaan isu-isu lain seperti PKFZ dsb, saya tidak berapa arif (atau selesa) kerana saya tidak terlibat di dalam mana-mana isu tersebut, justeru itu biarlah saya hanya fokus kepada isu berkenaan Perak (dan lain-lain yang berkaitan dengannya). Saya ambil maklum, di dalam mana-mana 'civil society', isu ketelusan (transparency)/penyampaian (delivery)/'police brutality' dsb adalah buah mulut di kalangan rakyat, tetapi, mengapa saya menulis tentang pemberian geran 999 tahun di Perak, ianya tidak dilihat sebegitu rupa. Malah, hampir senyap seribu bahasa! Disini, saya lihat polemiknya.

    Sekian, terima kasih.

    Sekadar renungan terhadap comment tuan..

    Apa masalah mewakili pembangkang di Mahkamah? Adakah bila mewakili syarikat perbankan di negeri dikuasai PR maka dianggap telah diberikan kontrak oleh kerajaan PR dan merupakan suatu unsur tak wajar walupun meritokrasi dan kredibiliti lawyer dann firm tersebut terbukti?
    Hafarizam,
    anda dan barisan peguam mewakili BN adalah atas sifat BN sebagai sebuah parti politik yang sah. Begitu juga peguam yang mewakili parti pembangkang juga atas kapasiti sebagai sebuah parti berdaftar..adakah anda dianggap hipokrit kalaw mewakili UMNO (bukan BN, sebab belum tentu komponen BN lain melantik anda)dalam masa sama anda memiliki panelship institusi lain dinegeri yang dikuasai BN?
    Hafarizam,
    biarkan persaingan di Mahkmah yang pasti mempunyai hujahan perundangan masing2 mengambil tempat.
    Hafairizam,
    matang dalam berhujah dan boleh berhujah adalah dua perkara yang berbeza..Cuma saya amat yakin, ANDA MASIH TIDAK MATANG!

    ReplyDelete
  4. askum dato. mereka ni terutama suhakam ke, marfel ke hanya nampak dan sibuk nak komen bila bn atau UMNO sahaja yang lakukan kesalahan. kalau kena kepada parti lawan tak berkokok. ngos bebas ap namanya tu.

    ReplyDelete
  5. Datuk,

    Terima Kasih ianya adalah satu penerangan yang baik..

    Pada hemat saya, strategy wise..

    Kalau kerajaan mengambil tindakan.. dengan cara menurunkan bendera2, poster atau menyita markas haram PKR di Manek Urai.

    Ianya akan memburukkan lagi keadaan.

    Kerana, eventho mereka telah secara jelas-jelas melanggar undang-undang.

    PAS dan PKR akan capitalize on this issue. Mereka akan memutar belitkan segala cerita dan mereka juga sudah pasti akan cuba mem "potray" bahawa kerajaan bertindak tidak adil dan bersikap kuku besi pada mereka.

    Ini kerana orang biasa dan orang kampung rata-rata tidak tahu akan undang2 ini. Either tidak tahu, ataupun mereka akan ambil ringan akan perkara ini.

    Maxim "no one is above the law" dan "ignorance of the law is no excuse" tidak boleh diguna pakai dini.

    Walaupun SPR bersifat apolitical ataupun neutral disini... PKR dan PAS seperti biasalah. Mereka tetap dengan dakwaan mereka yang SPR tidak bebas daripada Kerajaan BN.

    Jada pada saya.. perlulah hati2 dalam ambil tindakan. Kerana ianya hanya akan membawa kesan buruk kepada BN didalam PRK Manek Uria.

    ReplyDelete
  6. Saudara Fadzli,

    Terima kasih atas komen Saudara. Yang baik datangnya daripada Yang Maha Esa manakala yang buruk datangnya daripada saya (termasuklah bahawa saya tidak matang). Namun, saya agak terperanjat bahawa Saudara telah terlepas pandang (totally miss the point) apa yang saya cuba utarakan! Ianya bukan isu meritokrasi atau kecekapan kerana, bukan riak diri sendiri, saya adalah produk meritokrasi kerana Ijazah Sarjana Undang-Undang saya di Warwick University, UK dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan British (dibawah skim 'Chevening Scholarship') yanag mana, untuk seluruh dunia, penerimanya hanya lebih kurang 1000 orang sahaja!

    Isunya adalah prinsip atau moraliti barisan peguam-peguam pro-pembangkang, kerana jika betul-betul mereka percaya kepada prinsip 'berat sama dipikul, senang sama dijinjing', janganlah membuat kerja-kerja yang diberikan oleh institusi perbankan Kerajaan atau GLCs, kerana ada prinsip di dalam Etika Profession Guaman, bahawa seseorang peguambela itu bolehlah menarik diri daripada mewakili anak guamnya jika beliau rasakan ada konflik atau 'embarassed'?

    Apa yang saya pertikaikan ialah sikap 'bitting the hands that feed' mereka ini. Saya amat konsisten bahawa mana-mana syarikat milik Kerajaan Selangor, Kelantan, Kedah dan Pulau Pinang, ianya akan ditolak oleh saya. Jadi, jika prinsip atau moraliti itu boleh dipakai oleh saya, kenapa tidak oleh barisan peguam pembangkang.

    Seperkara lagi Saudara, janganlah terperdaya dengan dakyah 'meritrokasi' ini kerana, bagi saya, dengan izin, 'even in WTO, there is never same level playing field i.e. the developed will always take advantage the less developed'! Jadi, jika di peringkat WTO, ianya tidak menjadi realiti, apakah lagi di Malaysia. Apa yag kita mahu ialah keadilan mengikut lunas-lunas undang-undang yang telah termaktub di dalam Perlembagaan.

    Komen-komen lain Saudara seperti bukan semua komponen BN akan melatik saya, saya hanya nyatakan ianya suatu 'sweeping statement' kerana saya juga mewakili YB Tan Sri Joseph Kurup, Presiden PBRS (Sabah); MCA ada berhubung dengan saya untuk input Perlembagaan/Disiplin; MIC juga sama dan lain-lain komponen parti BN. Sudahlah, cukuplah, hentikanlah 'cakap-cakap serkap jarang' melainkan fakta menyebelahi Saudara.

    Maaf jika terkasar, sekian. Terima Kasih.

    ReplyDelete
  7. dear datuk,

    terima kasih diatas ulasan dan keperihatinan datuk tentang isu2 yang melanggar Akta Pilihanraya Kecil di Manek Urai..Sebenarnya, perkara-perkara kecil seperti ini kadangkala terlepas pandang oleh kita..Bagi saya, yang paling penting adalah penguatkuasaan dari pihak yang berwajib, pihak pembangkang hanya melakukan apa sahaja kerana bagi mereka " matlamat menghalalkan cara"....dan kepada pihak berwajib jgn terlalu bersikap duduk dan diam, guna kuasa yang ada utk keadilan dan kesaksamaan parti yang bertanding

    ReplyDelete
  8. please come over to my blog and watch my video report on Anwar's sodomy trial

    dari 5,000 yang diharapkan... 150 aje yang datang bersorak

    http://marahku.blogspot.com/2009/07/anwars-sodomy-trial-starts-today.html

    ReplyDelete
  9. suruh la SPR, Polis, tentera robohkan. Insyallah mereka akan patuh dengan arahan UMNO

    ReplyDelete
  10. Ampun Tuanku,

    Ternyata daripada komen anda, nampak begitu sinis. Saya tertanya-tanya, jikalaulah berlaku sebaliknya, adakah pemimpin pakatan pembangkang akan berdiam diri, biarkan sahaja dsb. Jika begitu, kenapa sewaktu wakil-wakil daripada Kampung "high chapral" di Penang mahu berjumpa dengan Ketua Menteri, hanya seorang sahaj dibenarkan dan tiada peguam mereka dibenarkan hadir??

    Fikirkanlah sedalam-dalamnya, siapa yang terpedaya.

    Sekian, terima kasih.

    ReplyDelete
  11. Hafarizam

    Would you say the same publicly about UMNO logos in Manik Urai or MCA campaigning on MCA platform?

    How about MCA's operation room bearing MCA logo during the Kuala T'ganu by-election? Has the law been changed only recently that you did not comment then?

    And could you please enlighten me as to where in the election laws that says only parties whose candidates have been nominated could campaign?

    ReplyDelete
  12. he he Dato

    sape yg jual tanah kg high chaparal tu dan satu lagi nak tanya saya hadir kat mahkamah kenapa dato dan firoz tak banyak berhujjah, harapakan Tan Sri AG je sebagai pencelah.

    ReplyDelete
  13. Dear Abdullah AR,

    For your information, just before the last general election, it was shown to me a letter from SPR to the then Secretary General of UMNO, YB Dato' Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad that as at February 2008, individual logos of UMNO, MCA & MIC are allowed (apart from the BN logo) to be put up anywhere where BN candidate is contesting. Unfortunately, I am uable to get a copy and annexed it here, but it is given the approval by SPR to us.

    Please refer Regulation 11 (2) (c) of the Election (Conduct of Elections) Regulations, 1981 which is self-explanatory. It fortifies my argument earlier why PKR and DAP are not allowed to put up their logos (or flags) when PAS is contesting.

    Thank you.

    ReplyDelete
  14. Saudara Amri Mat Saaid,

    Kami bekerja sebagai satu pasukan & untuk pengetahuan Saudara, Artikel 145 Perlembagaan Persekutuan ada menyatakan bahawa Peguam Negara mendapatkan 'keutamaan' di dalam mana-mana perbicaraan Mahkamah. Justeru itu, kami telah memberikan keutamaan kepada beliau selaku 'first lawyer' di dalam negara Malaysia.

    Sekian, terima kasih.

    ReplyDelete
  15. Saudara Hafarizam

    I reproduce at the bottom of this comment Regulation 11(2)(c) that you mentioned.

    I think the provision does not support your contention that a political party that does not contest in an election constituency may not campaign or put up their posters in that constituency. However, I do not wish to state my arguments here as to why it does not support your contention. There is no judge here to finally decide between our interpretations.

    However, I would like to highlight a few points about that provision.

    Regulation 11(2)(c) requires a political party to submit their symbol to the SPR for use in any election. I am not sure if BN component parties have submitted their symbols to SPR.

    It will also be noted that Reg 11(2)(c) states about the use of symbols. I think in the context of Reg 11(2)(c), "symbols" means the symbols that appear beside the names of the candidates. E.g. Dacing for BN, Bulan for PAS, Rocket for DAP, Eye(?) for PKR etc. It does not prohibit the putting of, for example, the posters of Anwar Ibrahim in places where PKR does not contest. Or the setting up of PKR's operation centre. However, this appears to be SPR's standard direction since the 11th General Election.

    The letter from SPR is interesting. I am not sure why the letter was issued if the law does not permit the use non-contesting political parties symbols. If the law permits it, I don't understand why the letter was needed. If BN component parties are not sure of the position under the law, then they should seek a declaration from Court rather than seeking the blessing from SPR.

    I also wonder whether SPR has the power to give the permission if the symbols had not been submitted to them. If SPR could give permission to BN component parties, then what legal basis prevents SPR from giving the same permission to non-BN parties.

    Thank you
    Abdullah AR

    Regulation 11(2)(c) reads:-

    "For the purpose of this paragraph a political party may submit to the Election Commission for its approval and for registration, if so approved, a symbol, which in this paragraph is referred to as a "party symbol", for the use of its candidates at any election.

    In this paragraph "political party" means any society, registered under the Societies Act 1966, which the Election Commission is satisfied is organised for political purposes."

    ReplyDelete