Tuesday, August 18, 2009

KENYATAAN RASMI PEJABAT PENASIHAT UNDANG-UNDANG UMNO MALAYSIA

(1) STATUS KELAYAKAN BERTANDING CALON BN N.11 PERMATANG PASIR, SAUDARA ROHAIZAT BIN OSMAN

Banyak telah diperkatakan di dalam akhbar dan juga blog-blog berkenaan status saudara Rohaizat bin Othman, calon BN N. 11 Permatang Pasir untuk bertanding di dalam Pilihanraya Kecil ini. Begitu juga berkenaan tindakan tatatertib terhadap beliau oleh Lembaga Tatatertib Peguambela dan Peguamcara. Pejabat ini ingin menjelaskan perkara berikut.

Perkara 48 Perlembagaan Malaysia jelas maksudnya iaitu seseorang hanya akan hilang kelayakan untuk menjadi Ahli Parlimen [di dalam situasi saudara Rohaizat, Ahli Dewan Undangan Negeri] jika:

(a) Tidak sempurna akal;
(b) Seorang bankrap yang belum dilepaskan;
(c) Memegang sesuatu jawatan berkepentingan;
(d) Gagal menghantar penyata belanja pilihanraya dalam masa dan mengikut cara yang dikehendaki;
(e) Disabitkan suatu kesalahan oleh sesuatu Mahkamah dan dihukum penjara selama tempoh tidak kurang 1 tahun atau denda tidak kurang daripada 2 ribu ringgit dan ia tidak mendapat ampun; dan
(f) Hilang kewarganegaraan.

Berdasarkan kepada perkara di atas, Saudara Rohaizat bin Othman tidak hilang kelayakannya dan nasihat di atas juga telah diberikan oleh Pejabat ini kepada pucuk pimpinan UMNO. Justeru itu, Saudara Rohaizat bin Othman telah dipilih untuk menjadi calon BN N.11 Permatang Pasir.

(2) ISU TINDAKAN TATATERTIB OLEH LEMBAGA TATATERTIB PEGUAMBELA & PEGUAMCARA TERHADAP SAUDARA ROHAIZAT BIN OTHMAN

Di dalam Usul Pemula No. 25-33-2008 di Mahkamah Tinggi Malaya di Pulau Pinang, Saudara Rohaizat bin Othman telah menyatakan keterangan bersumpah seperti berikut:-

(a) Transaksi jual beli sebidang tanah oleh Koperasi Pekebun Getah Negeri Pulau Pinang Berhad [“Koperasi itu”] dikendalikan sepenuhnya oleh bekas rakan kongsi beliau;

(b) Pada masa aduan dibuat oleh Koperasi itu, bekas rakan kongsi beliau telahpun meninggalkan firma beliau, Tetuan Saif Ariff & Rohaizat;

(c) Beliau telah hadir bicara kali pertama di hadapan “Disciplinary Committee” pada 11/9/2007 dan kerana kesuntukan masa, telah ditangguhkan ke tarikh 14/11/2007 bagi beliau memberikan penjelasan sewajarnya;

(d) Malangnya pada 14/11/2007, beliau telah jatuh sakit dan sesalinan sijil sakit telah difakskan kepada ahli “Disciplinary Committee” pada hari itu juga dan telah menghantar wakil untuk memaklumkan perkara tersebut;

(e) Pada 14/3/2008, beliau telah menerima sepucuk surat bertarikh 12/3/2008 daripada Lembaga Tatatertib Peguambela dan Peguamcara dengan satu salinan Perintah menyatakan bahawa beliau telah dibatalkan daripada Daftarai Peguambela dan Peguamcara; dan

(f) Isu tuntutan Koperasi itu telahpun diselesaikan sepenuhnya dan Koperasi itu telah mengeluarkan sepucuk surat bertarikh 28/3/2008 mengesahkan perkara ini.

Rentetan peristiwa di atas jelas menunjukkan bahawa Saudara Rohaizat bin Othman telah sanggup mengambil tanggungjawab sebagai rakan kongsi di dalam firma tersebut. Walau apapun, beliau telah mnyelesaikan segala bayaran yg tertunggak bagi membersihkan nama baik beliau dan firmanya.

Tindakan tatatertib yang diambil terhadap beliau adalah atas kapasiti bersesama dan berasingan [“joint and several liability”] di dalam undang-undang lazim perkongsian selaras dengan Akta Perkongsian 1961. Malahan, rakan-rakan kongsi di dalam firma guaman akan terdedah kepada liabiliti yang tidak terhad termasuklah perilaku jenayah, kecuaian dan pengabaian rakan-rakan kongsi di dalam firma guaman. Ini bukanlah suatu pembahagian liabiliti yang adil tetapi itulah bagaimana firma guaman diwujudkan di Malaysia tatkala ini.

Justeru itu, adalah tidak tepat jika dikatakan bahawa Saudara Rohaizat bin Othman diadukan atas kapasiti perseorangan beliau sebagai seorang pengamal undang-undang walhal beliau adalah rakan kongsi di firma tersebut dan liabiliti beliau adalah terpaut kepada firma guaman beliau juga. Adalah diakui setakatmana bahawa tindakan yang diambil terhadap beliau adalah dibawah Seksyen 103D Akta Profesyen Undang-Undang 1976 tetapi itu samalah seperti tindakan diambil terhadap pengarah Syarikat yang diperbadankan.

Tindakan tatatertib ini sama prosesnya seperti badan-badan professional yang lain i.e. Majlis Perubatan Malaysia, Persatuan Akitek Malaysia. Di dalam konteks UMNO pula, ianya sama seperti Lembaga Disiplin UMNO mengambil tindakan salahlaku tataetika ahlinya tetapi tidak bermakna ahli UMNO itu telah melakukan pecah amanah dan sebagainya.

Akhir kata, isu berkenaan kelayakan bertanding hanya tertakluk kepada Perlembagaan Malaysia dan Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 manakala isu tindakan tatatertib pengamal undang-undang hanyalah tertakluk kepada Akta Profesyen Undang-Undang 1976. Tidak ada kaitan antara kedua-duanya dan oleh itu, tidak timbul isu salahlaku jenayah [criminal misconduct] kecuali adanya sabitan di Mahkamah dan hukuman dijatuhkan dan tiada pengampunan diberikan.

Sekian. terima kasih.

DATUK MOHD HAFARIZAM HARUN

13 comments:

  1. Kes UMNO Tanah Merah Camne??????

    ReplyDelete
  2. tetapi jika saya sebagai pengundi dari segi moral dia dah kalah dan menjadi beban kepada UMNO

    ReplyDelete
  3. Good to know this Datuk! Masalahnya parti lawan ketandusan cerita!

    ReplyDelete
  4. datuk, bersalah ke tak bersalah, yang jadi isunya masalah peribadi rohaizat dijadikan modal. daripada menjadikan jentera BN offensif, kini ia dah jadi defensif untuk isu yang tidak dijangka ini. apatah lagi dalam pilihanraya kecil yang menjadi perhatian semua pihak. lain kali BN perlu berhati-hati kalau nak pilih calon.

    ReplyDelete
  5. biasalah datuk

    bukan tak tahu perangai pas,mereka saja yg betul.

    datuk dah apply nak masuk syurga ke belum dgn pas.

    ReplyDelete
  6. hari ini rakan kungsi nya telah tampil memberi
    kenyataan bahwa ruhaizat juga terlibat dlm sekendal arti nya ,sama2 kelintung, sama2 bertanggungjawab ,arti sama terpalit , pusing
    kanan pusing kiridia adalah liabiliti terhadap umno,marwah nya sukar utk dipertahankan ,sekar
    ang umno tak ada kerja melainkan mempertahankan
    calun yg belum pon berkempen .arti nya sudah kalah politik dari minit pertama.

    ReplyDelete
  7. Berikut adalah kenyataan penuh yang dibaca oleh Yusri dalam satu sidang akhbar di Pulau Pinang hari ini.

    Pada tahun 2002, Koperasi Pekebun Getah Pulau Pinang Berhad mencadang membeli sebidang tanah untuk meluaskan perniagaan mereka dan telah melantik Firma Guaman Saif Ariff and Rohaizat untuk menguruskan pembelian tanah tgersebut.

    Yusri dan Rohaizat telah berbincang dengan lembaga pengarah koperasi tentang syarat syarat perjanjian jual beli. Setelah semua dipersetujui Yusri telah menyediakan perjanjian jual beli tanah tersebut.

    Untuk tujuan pembelian ini, koperasi telah memohon pinjaman RM320,000 dari Jabatan Pembangunan Koperasi. Pinjaman tersebut telah diluluskan dan wang tersebut dideposit ke dalam akaun klien di firma guaman.

    Namun atas sebab masalah komunikasi dengan penjual, yang tinggal di Acheh, jual beli tersebut telah tidak disempurnakan.

    Dalam pada itu, koperasi memerlukan sejumlah wang untuk tujuan pengembangan perniagaan mereka. Yusri telah menandatangan satu cek berjumlah RM100,000 atas nama koperasi dan diberikan kepada pihak koperasi. Maka baki RM220,000 masih tersimpan di dalam akuan firma.

    Sementara itu, seorang pelanggan, kenalan Rohaizat yang telah membeli sebidang tanah dengan harga RM130,000 telah memohon jasabaik firma (guaman) untuk membiayai bayaran baki RM100,000. Beliau terdahulu telah membayar RM30,000 kepada penjual.

    Firma telah bersetuju untuk meminjamkan RM100,000 yang diambil dari wang koperasi kepada pelanggan (tersebut) untuk menyempurnakan jualbeli tanah tersebut dengan syarat beliau membayar balik pinjaman.

    Setelah pelanggan gagal membayar balik pinjaman, Rohaizat telah berbincang dan bersetuju untuk mengambil alih milik tanah berkenaan dan melupuskan pinjaman tersebut.

    Malangnya, firma gagal menjual keseluruhan tanah (tersebut) sebagai pecahan lot dan tidak dapat membayar kembali wang koperasi yang telah digunakan.

    Sebahagian daripada baki dalam akaun pelanggan dan akaun syarikat telah digunakan untuk memberi pinjaman kepada salah seorang pengarah sebuah syarikat pemaju perumahan yang juga kenalan Rohaizat yang menghadapi masalah kewangan yang teruk dan juga untuk pengurusan cawangan baru firma di Ipoh.

    Saya bertanggungjawab menguruskan cawangan firma di Ipoh, sementara Rohaizat menumpu sepenuhnya di firma Butterworth.

    Saya tidak lagi memantau akaun-akaun pelanggan di cawangan Butterworth sehinggalah saya meninggalkan firma pada November 2003.

    Merujuk kepada kenyataan yang dibuat oleh Ahmad Maslan seperti yang dilaporkan oleh Utusan Online bertarikh 19 Ogos 2009 bahawa Rohaizat tidak mempunyai apa-apa penglibatan dan tidak tahu menahu tentang perkara tersebut, saya ingin tegaskan bahawa ia adalah satu pembohongan.

    Ini adalah kerana segala urusan pembelian tanah tersebut dan penggunaan wang koperasi di buat dengan pengetahuan dan penglibatan Rohaizat seperti yang dijelaskan di atas.

    Mana mungkin pengaliran keluar dan masuk wang dalam sesuatu akaun syarikat tidak diketahui oleh Rohaizat yang juga penandatangan yang sah untuk akaun-akaun tersebut.

    Sepatutnya Rohaizat menceritakan perkara sebenar dan tidak meletakkan tanggungjawab dan kesalahan hanya kepada rakan kongsi untuk membebaskan dirinya sendiri.
    .................................................................................

    MANA SATU YANG BETUL NIE DATUK...TOLONG JELASKAN

    ReplyDelete
  8. Saudara Faizal,

    Terima kasih atas usaha memberikan saya petikan kenyataaan Yusri, bekas rakan kongsinya. Memanglah, jika dilihat daripada kenyataan itu nampaknya beliau menyalahkan Rohaizat, tetapi saya tidak dapat komen lebih daripada itu kerana ini adalah urusan antara rakan-rakan kongsi di dalam satu firma guaman. Saya juga mempunyai firma guaman dan ada beberapa perkara yang hanya saya dan rakan-rakan firma guaman saya yang tahu. Apapun, atas rinsip 'berasingan dan bersesama', kedua-dua mereka patut mengambil tanggungjawabnya dan bukannya hanya meletakkan di atas Rohaizat, calon BN N. 11 sahaja.

    Sekian, terima kasih.

    ReplyDelete
  9. Saudara Nik Amir,

    Buat kali pertama saya tidak akan memaparkan komen Saudara di dalam blog saya (kecuali seperti diatas). Ini kerana Saudara tidak ikhlas di dalam menulis pendapat Saudara sebaliknya hanya bertujuan untuk 'fishing' berkenaan perkara yang tidak relevan kepada penulisan saya. Bagi saya Saudara hanylah seorang pelayar blog yang berniat jahat (mala fide) apabila bertanyakan UMNO Tanah Merah. Melainkan Saudara adalah seorang ahli UMNO Tanah Merah yang terlibat secara langsung dan melalui apa yang telah dilalui oleh ahli-ahli UMNO Tanah Merah yang inginkan melihat semula kekuatan parti UMNO (move on), saya menganggap Saudara hanyalah penyibuk ('meddlesome busy-body') di dalam isu ini.

    Apa-apa pun, ini adalah isu dalaman parti dan biarlah ia sedemikian. Bukan semua perlu didedahkan kerana pihak pembangkang tidaklah sebegitu juga.

    ReplyDelete
  10. SEBELUM BERPUASA PERBETULKAN AKIDAH IAITU ISLAM ADALAH CARA HIDUP DAN AJARAN.

    BUKAN HANYA IBADAH DAN AGAMA.

    ISLAM UNTUK SEMUA TANPA MENGIRA BANGSA DAN KAUM.MELAYU TAK SEMESTINYA ISLAM.ISLAM TAK SEMESTINYA MELAYU.

    ISLAM HANYA PINJAMAN DAN BOLEH TERBATAL BILA-BILA MASA.(dgn perbuatan,petuturan,niat)ISLAM ITU TIDAK KEKAL KECUALI ORANG YANG MENJAGA APA ITU ISLAM.

    SEPOTONG HADIS UNTUK EMPUNYA BLOG DAN PEMBACA SEMUA AGAR RENUNG-RENUNGKAN HADIS TERSEBUT.

    Sabda Rasulullah SAW:

    Bukanlah daripada golongan kami (golongan umat Islam) barangsiapa yang menyeru kepada perkauman,

    dan bukanlah daripada golongan kami (golongan umat Islam) barangsiapa yang berjuang demi kerana perkauman,

    dan bukanlah daripada golongan kami (golongan umat Islam) barangsiapa yang mati kerana perkauman.
    -Hadis riwayat Muslim, Abu Daud dan An-Nasa'ie.

    SEMOGA ANDA MASIH KEKAL SEBAGAI ORANG ISLAM

    ReplyDelete
  11. MU HA HA HA
    TERIMA KASIH KERANA MEMBERI RUANG BLOG UNTUK MEYAKINKAN KAMI PENGUNDI KAMI BERHARAP DAPAT DIPANJANGKAN TEMPOH JADI LAWYAR UMNO
    HE HE HE HE

    ReplyDelete
  12. Salam ramadhan,
    Permatang Pasir cuma DUN kecik aje. Kenapa UMNO mengila nak jugak kerusi tu walaupun tahu kalau menang pun tak dapat apa????? Cuba lah fikir-fikir.... siap suruh lawyar burok UMNO buat statement lagi, class gitu..... Anyhow you all dah kalah. Tapi masih pusing cakap kononya dapat kurangkan majoriti. Padahalnya jumlah keluar megundi yang menurun kerana hari berkerja. Tak perlu lah nak menipu rakyat lagi UMNO. Rakyat dah boleh agak apa jawapan yang UMNO nak bagi jika menang dan jika kalah. Itu semua skrip UMNO yang dah lapuk. Insaflah wahai UMNO semua, kenapa kerana duit seratus dua, pengikut UMNO begitu taksub. TAk ingat mati ke....?

    ReplyDelete
  13. Salam Kawan Nizar,

    Terima kasih atas pandangan Saudara. Benar kalau menang kerusi DUN Permatang Pasir, ianya tidak akan mengubah apa-apa, tetapi yang peliknya disini, bukankah amalan demokrasi membenarkan pertandingan/pemilihan di dalam pilhanraya/ Jadi, isu boleh merubah atau tidak bukanlah kayu pengukurnya.

    Sauadara Kawan Nizar, bulan Ramadhan adalah bulan yang Mulia, jadi berhemahlah sedikit apabila berkata. Say ajuga juga boleh mencaci/bersikap kasar dalam bahasa, tetapi sedarlah, siapa yang jadi mangsanya disini? Orang Melayu!! Mungkin Saudara tidak nampak, tetapi percayalah, adanya 'grand design or masterplan' ala-ala zaman Henry Kissinger oleh sesuatu pihak/bangsa. Jangangah kerana kepentingan politik individu, seluruh maruah bangsa tergadai!

    Apapun, blog saya ini adalah untuk tujuan ilmiah daripada perspektif saya selaku PUU UMNO (sama seperti Saudara Hanipa Maidin, selaku lawyer PAS), jadi hormatlah sedikit keluhurannya, jika bukan untuk saya tetapi ilmunya.

    Sekian, terima kasih.

    ReplyDelete