Tuesday, January 25, 2011

DUN Selangor Sandiwara Politik Kaburi Mata Rakyat



EKSKLUSIF DI YOUTUBE
Pelbagai isu yang dibangkitkan oleh kerajaan Pakatan Pembangkang di Selangor sejak akhir tahun lalu adalah satu lagi sandiwara politik mereka dalam cubaan untuk mengalihkan perhatian masyarakat dan penganalisis politik terhadap pendedahan demi pendedahan berkenaan kepincangan pentadbiran mereka.

Penasihat Undang-undang UMNO, Datuk Hafarizam Harun berkata demikian dalam mengulas berkaitan tindakan Speaker Dewam Undangan Negeri (DUN) Selangor, Datuk Teng Chang Kim yang menggunakan kuasanya mengisytiharkan DUN Pelabuhan Klang kososng selain mengadakan sidang DUN Khas.

“Tindakan Speaker adalah satu lagi contoh ketidakpatuhan dan penghormatan kepada undang-undang yang ada,” katanya kepada UMNO-Online.

Hafarizam mewakili ADUN Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah dalam saman pemula bagi mendapatkan deklarasi Mahkamah Tinggi melalui firma guaman, Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak.

Dalam saman itu, Badrul Hisham selaku plaintif memohon perintah deklarasi bahawa beliau masih lagi Ahli DUN Pelabuhan Klang dan berhak menyertai segala sidang DUN Selangor serta menjalankan tugas-tugas berkaitan.

“Saya mengambil ketetapan bahawa kerusi N.46 Pelabuhan Klang ini tidak kosong kerana walaupun Perlembagaan Negeri Selangor memberi kuasa pada Speaker tetapi ia bukan satu-satunya undang-undang yang melibatkan kekosongan kerusi.

“Saya mengambil ketetapan bahawa kerusi N.46 Pelabuhan Klang ini tidak kosong kerana walaupun Perlembagaan Negeri Selangor memberi kuasa pada Speaker tetapi ia bukan satu-satunya undang-undang yang melibatkan kekosongan kerusi.

“Ada lain-lain undang di Malaysia iaitu Perlembagaan Persekutuan dan Akta Pilihan Raya 1958 yang secara jelas memberi kuasa kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk tentukan kekosongan kerusi itu dan mengadakan pilihan raya dalam masa 60 hari dari tarikh kerusi itu ditentukan menjadi kosong,” katanya.

Tambahnya, bukan saja undang-undang tetapi kes mahkamah di Perak iaitu berdasarkan kepada kes Jamaluddin Mohd Radzi & dua yang lain lawan Sivakumar a/l Varatharaju, kuasa untuk menentukan kerusi itu kosong atau tidak mengikut kuasa Mahkamah Persekutuan adalah terletak pada SPR.

“Mahkamah juga telah mengendos Perlembagaan Persekutuan dan Akta Pilihan Raya bahawa SPR yang boleh menentukan kekosongan. Jadi berpandukan kepada undang-undang tersebut dan kes di Perak, mahkah tertinggi iaitu Mahkamah Persekutuan yang membuat keputusan maka saya telah menetapkan Badrul Hisham masih ADUN dan patut menjalankan tugasnya sebagai wakil rakyat dan tidak patut dihindarkan.”

Berkaitan tindakan menghalang Badrul Hisham untuk mengikuti persidangan Khas meminda Undang-undang Tubuh Negeri Selangor, Hafarizam menjelaskan bahawa Sperkertidak sewajarnya menhalang.

“Ia adalah satu penghinaan kepada YB Badrul Hisham yang masih lagi ADUN Pelabuhan Kelang sedangkan SPR belum putuskan tetapi tindakan Speaker adalah sesuatu yang bersifat unilateral, satu hala sahaja dan tidak mengambil kira badan-badan lain yang wujud,” katanya yang merujuk kepada SPR dan juga institusi kehamikam.

Tegasnya, tindakan tersebut adalah bukti jelas bahawa Speaker tidak menghormati undang-undang sedangkan Badrul Hisham dipilih secara sah dalam Pilihan Raya Umum 2008.

“Janganlah kerana pemikiran yang sempit telah menindas seorang wakil rakyat untuk menjalankan tugasnya dan hadir hadir dalam persidangan DUN,” tambahnya.

Jelasnya lagi, beliau melihat perkara terbabit adalah rentetan daripada pelantikan Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri yang sebenarnya selesai apabila Datuk Khusrin melakukan angkat sumpah taat setia memegang jawatan di hapadan Sultan Selangor.

“Ia sengaja dijadikan isu dan datanglah pindaan Rang Undang-undang yang kemudiannya telah ditolak. Saya lihat pindaan ini adalah untuk mengalih pandangan atas isu Selangor yang kini banyak berlaku perpecahan di PKR, apatah lagi bekas wakil rakyat mereka sama ada di Parlimen atau DUN sedang mem bongkar rahsia kelemahan PKR.”

Katanya, tindakan ini adalah helah mereka untuk cuba mengalih pandangan dan perhatian rakyat semata-mata. – MediaUMNO

No comments:

Post a Comment