Monday, June 25, 2012

Bukti Majlis Peguam Sudah Mampu Berinteraksi Dengan UMNO - Hafarizam Harun


KUALA LUMPUR, 25 Jun – Forum Siri Pemikiran Kritis yang dianjurkan oleh Majlis Peguam Malaysia baru-baru ini merupakan satu langkah yang baik bagi menyemarakkan lagi perbincangan secara ilmiah berkenaan institusi undang-undang di negara ini, kata Penasihat Undang-Undang UMNO, Datuk Hafarizam Harun. Menurut beliau, dengan wujudnya siri-siri forum seperti ini, perbincangan demi perbincangan untuk menambahbaikan sistem undang-undang di negara ini boleh dilakukan dengan idea-idea yang diluahkan oleh panel dan juga peserta forum berkenaan.

“Tindakan Majlis Peguam menjemput saya sebagai wakil dari UMNO juga membuktikan bahawa Majlis Peguam kini sudah mampu untuk berinteraksi dengan UMNO dan ini merupakan satu langkah permulaan yang baik untuk kedua-dua belah pihak,” jelas beliau. Jelas beliau lagi, dakwaan yang mengatakan Majlis Peguam lebih memihak kepada pakatan Pembangkang dalam beberapa isu sebelum ini, termasuk perhimpunan Bersih 3.0 baru-baru ini adalah lebih kepada masalah persepsi.


"Dakwaan yang mengatakan bahawa Majlis Peguam lebih memihak kepada pembangkang adalah hanya satu persepsi. Tidak dapat dinafikan, persepsi ini timbul mungkin disebabkan pendirian dan tindakan Majlis Peguam terhadap beberapa isu dilihat masyarakat awam lebih memihak kepada pembangkang.

“Jadi, dengan wujudnya forum-forum terbuka seperti ini, ia dapat menghapuskan tanggapan bahawa Majlis Peguam menjadi alat Pakatan Pembangkang untuk kepentingan politik mereka,” ujarnya lagi. Manakala menurut Presiden Majlis Peguam, Lim Wee Chee, dakwaan yang mengatakan bahawa Majlis Peguam menentang kerajaan sedia ada hari ini merupakan satu dakwaan yang tidak benar.

“Sebenarnya, kita di Majlis Peguam banyak bekerjasama dengan kerajaan dalam hal-hal undang-undang di negara ini. Malah, saya juga kerap mengadakan pertemuan dengan pemimpin-pemimpin dari BN dan UMNO, termasuk Datuk Seri Nazri Aziz untuk berbincang mengenai hal-hal undang-undang negara termasuk isu penubuhan akademi undang-undang yang di cadangkan kerajaan,” katanya lagi.

Tambahnya lagi, setiap pendirian dan kenyataan awam Majlis Peguam dalam beberapa isu undang-undang di negara ini hanyalah berdasarkan undang-undang semata-mata dan tidak pro kepada mana-mana pihak.

Katanya lagi, setiap kali Majlis Peguam Malaysia mengadakan sebarang forum, mereka pasti akan menjemput pemimpin-pemimpin dari BN dan juga Pembangkang, namun kebanyakannya dari forum tersebut hanya dihadiri oleh pemimpin dari pakatan Pembangkang sahaja.

Di dalam forum Siri Pemikiran Kritis anjuran Jawatankuasa Peguam Muda Kebangsaan di bawah Majlis Peguam itu, salah seorang ahli panel yang dijemput, Abu Backer Sidek mendakwa bahawa 36 ahli jawatankuasa pusat Majis Peguam yang dipilih di seluruh Malaysia kini sudah menjadi alat kepada pakatan Pembangkang. Ia juga bertambah hangat apabila beliau yang juga merupakan ahli Majlis Peguam Malaysia secara terbuka mengkritik sistem dan perlaksanaan dibawah kepimpinan Presidennya, Lim Chee Wee yang dilihat lebih pro kepada pembangkang terutamanya dalam isu bersih 3.0 dan juga resolusi mesyuarat khas yang mengkritik keganasan pihak polis, dan meminta agar pengerusi Majlis Peguam itu bekerja 10 kali lebih keras untuk menafikan persepsi ini.

Forum yang membincangkan pro dan kontra kewujudan akademi undang-undang seperti yang dicadangkan oleh kerajaan itu juga memperlihatkan beberapa pendirian yang menyokong, tidak menyokong dan mengambil jalan tengah. Antara ahli-ahli panel yang terlibat di dalam forum tersebut ialah terdiri daripada bekas Presiden Majlis Peguam, Ragunath Kesavan; Penasihat Undang-undang UMNO, Datuk Mohd. Hafarizam Harun, Roger Tan Kor Mee ahli MCA, Khaizan Sharizan Abdul Razak dan Abu Backer Sidek. -MediaUMNO

1 comment:

  1. sekadar pandangan...
    TABUNG PEGUAM MUDA MELAYU
    Penulis perhatikan apabila pilihanraya di adakan atas sebab kematian Ahli Yang Berhormatnya atau sebab-sebab tidak melayakkannya, pihak kerajaan akan mula mengadakan projek `pilihanraya’ seperti turup jalan, bina longkang, mengecat, peralatan balai raya dan sebagainya untuk DUN berkenaan. Baiknya rakyat yang mendapat faedah dan kontraktor Bumiputera biasanya mendapat kerja. Apa yang menyedihkan kontraktor ini hanya baik dengan YB Pemberi Projek sahaja, akrab sekali, tetapi balik rumah dan taman perumahan, kontraktor ini sombong, tidak bercampur gaul Dan tidak mesra masyarakat. Buat hal sendiri. Saya sarankan semua YB Pemberi Projek harus mengutamakan pemberian kontrak kecil (emergency) kepada kontraktor yang mesra rakyat. Mereka harus secara tidak langsung menunjukkan tabiat yang baik. Jangan sebab kontraktor, parti BN/UMNO dibenci rakyat.


    Balik kepada pengagihan projek bagi DUN berkenaan, kosnya mungkin mencecah RM1 juta, sebahagian daripadanya boleh diagihkan kepada Tabung Peguam Muda Melayu di DUN berkenaan. Tujuan Tabung ini dibentuk ialah untuk melatih peguam muda Melayu di dalam perudangan. Tabung ini mempunyai bantuan kewangan dan tenaga manusia. Peguam UMNO dan BN yang berpengalaman harus memberikan latihan dan tunjuk ajar kepada peguam muda ini. Jangan hidupkan kontraktor sahaja, peguam muda yang baru juga perlu dibantu. Jikalau ada ruang pejabat, sewa murahkan kepada mereka. Buat pemulaan bayar gaji mereka selama 6 bulan (melalui Tabung tersebut) supaya ia boleh berdikari kemudian. Beri dia peluang perniagaan. (MOSTI atau BIOTECHCORP memberikan geran permulaan perniagaan bernilai jutaan RM kepada sebuah syarikat, mengapa tidak UMNO/BN mencari dana membantu RM50K untuk seorang peguam muda. Keadah perlaksanaan boleh dirancang supaya tiada penyelewangan) Jikalau ada perumahan baru kerajaan, beri mereka beberapa peratus kerja surat perjanjian, sebagai contoh. Barulah peguam muda ini dapat belajar dan tidak merungut `asyik asyik peguam tu yang dapat’. Peguam muda melayu ini mesti ditarik menyokong Kerajaan. Alangkah baik juga ia dapat diwujudkan disetiap DUN dan ramai bilangannya. Jikalau UMNO/BN tidak buat ini, lama kelamaan Bar Council memang sebuah badan anti kerajaan.

    Penulis perhatikan pihak Kerajaan UMNO / BN tidak seagesif dari segi mengambil tindakan undang-undang jika dibandingkan dengan PR terutamanya Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng Pulau Pinang. Cakap sikit mereka saman atau mereka tuntut maaf terbuka. Akan tetapi Anwar Ibrahim terutamanya bercakap di dalam negeri dan diluar negara tanpa batasan. Ada perkara yang masih dibicarakan lagi pun boleh diulas diluar mahkamah. Begitulah puasnya mereka. Tun Mahatir sendiri disaman berjuta-juta. Penulis melihat ini sebagai `opportunity’ dan bukan `threat’.

    Seperti di dalam industri pembinaan, kontraktor kelas F diberi kerja secara undi dan adakalanya projek diagih atau dikurnia terus. Penulis mencadangkan Kerajaan turut serta dalam program melahirkan lebih ramai lagi peguam muda di DUN / Parlimen / seluruh negara. Wujudkan program mentor mentee dikalangan peguam senior pro kerajaan dengan peguam muda. Mentor akan membantu dan melatih peguam peguam ini menjalankan tugas seorang peguam. Salah salah tugas mereka ialah menyaman PR jika ada kes fitnah, menipu, salah guna dan sebagai. Sebuah badan akan memantau ceramah mahupun akhbar mereka dan jika didapati meyalahi undang-undang, peguam muda ini mesti bertindak. Melalui tindakan ini, peguam muda ini akan belajar dan mengumpul pengalaman. Penulis ingin melihat Anwar Ibrahim kena hadir kes mahkamah di Alor Gajah Melaka esok, lusa di Alor Setar, tulat di Kota Kinabalu, akhir bulan di Muar, 1 hb di Kuantan dan sebagai. Letih juga dia. Hanya melalui tindakan undang-undang, Anwar Ibrahim akan berhati-hati apabila bercakap dan menulis.

    Ikhlas dari
    Nasirwise.blogspot.com

    ReplyDelete