Sunday, May 17, 2009

Krisis Perak, Fakta Sebenar!

1. KEPUTUSAN MAHKAMAH TINGGI?

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hanya menyentuh tentang pemecatan Dato’ Seri Nizar yang menurut pandangan Yang Arif Hakim Dato’ Aziz, pemecatan seseorang Menteri Besar harus dibuat melalui persidangan Dewan Undangan Negeri dengan mengemukakan usul tidak percaya.

Yang Arif Hakim telah khilaf di dalam keputusannya dengan tidak mengambil kira tindakan-tindakan ADUN-ADUN yang telah menulis surat kepada Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak memaklumkan kepada Tuanku Sultan bahawa mereka telah hilang kepercayaan kepada Dato Seri Nizar.

2. MAHKAMAH PUTUS BAHAWA DEWAN DI BUBARKAN?

Mahkamah tidak pada bila-bila masa memutuskan bahawa Dewan seharusnya dibubarkan. Malahan kuasa dan hak untuk untuk membubarkan Dewan adalah kuasa Sultan seperti yang terkansung di dalam Undang-undang Tubuh Negeri Perak.

Selepas PRU12 yang lalu pada 8 Mac 2008, atas alasan BN memperolehi 28 kerusi berbanding DAP 18, PKR 7 dan PAS 6. Dato Tajol Rosli (MB pada ketika itu) telah mengadap DYMM Paduka Seri Sultan Perak memohon BN membentuk kerajaan. Tuanku Sultan telah menolak permohonan tersebut walaupun BN merupakan parti yang mendapat majoriti, Pakatan Rakyat tidak wujud. Kemudian Dato Tajol memohon pembubaran Dewan atas alasan tiada parti yang mempunyai majoriti! Tuanku Sultan Perak telah sekali lagi menolak!

3. PERLUKAN DEWAN DIBUBARKAN?

Terdapat Majoriti yang memihak kepada Barisan Nasional (BN). Maka Tuanku Sultan tidak perlu membubarkan Dewan sekarang ini di atas tuntutan DAP, PKR & PAS yang diwakili oleh Dato’ Seri Nizar yang hanya mempunyai 28 kerusi sahaja, berbanding dengan BN + Bebas = 31 kerusi (Majoriti mudah).

4. APAKAH YANG PERLU DILAKUKAN?

Pakatan Rakyat harus menghormati sebarang keputusan yang di lakukan oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak, selaku Pemerintah Negeri, Mahkamah dan juga Dewan, walaupun keputusan tersebut bercanggah dengan kemahuan mereka.

Janganlah memainkan rakyat untuk kepentingan sendiri.

Sebarang pilihan raya hanya merupakan satu pembaziran wang Rakyat di dalam kegawatan ekonomi sekarang ini. Perbelanjaan pilihanraya bukanlah kecil atau murah sebaliknya menelan belanja berjuta-juta Ringgit, hanya untuk memuaskan nafsu rakus pemimpin Pakatan Rakyat.

***tulisan bersama Abu Bakar As-Sidek Bin Dato Haji Mohd Sidek selaku ahli kumpulan Undang-undang UMNO/BN Perak.

13 comments:

  1. NA lawyer for Pakatan Rakyat's Mohammad Nizar Jamaluddin has asked why Barisan Nasional's Zambry Abd Kadir was granted a fast-track stay order against the High Court ruling that the former is the lawful Perak menteri besar.

    Nizar was dealt a blow on Friday when it was announced that his application to set aside the stay order was postponed from May 18 to May 21 - the hearing date for Zambry's appeal.

    Zambry and his executive council members have taken advantage of the stay order, granted by Court of Appeal judge Ramly Mohd Ali, to resume duties as the menteri besar since Wednesday.

    In a statement today, lawyer Leong Cheok Keng said he wanted to know from the Court of Appeal registrar as to why Nizar's application was being blatanly "delayed".

    "(When) compared to Zambry's application, (it) was fixed for hearing and a decision was made not more than 24 hours after the judgment of the High Court.

    "Then, the hearing commenced within three hours of the filing and stay order pronounced within two hours of hearing," said Leong.

    In contrast, Nizar had to wait a day before a hearing date for his application to set aside the stay order was set for May 18.

    "I also eagerly await the grounds of the one-man (instead of the conventional three-member) Court of Appeal panel for granting the stay order," added Leong.


    Boleh tolong explain mcm mana Mahkamah boleh pantas sangat kalau melibatkan kes yang ada kepentingan UMNO ?

    ReplyDelete
  2. ade ke dalam undang2 / perlembagaan dengan hanya menulis surat kepada sulatan...boleh menjatuhkan seorang MB? Pelik?

    Kalu ye pun nak ambik kjaan perak...buatle cara terhormat...tunggu sidang DUN...nie x sabar2...mcm perompak!

    Nie le tindakan BN yang memakan diri sendri....kira cam kena laknat le...tunggu masa nak dikuburkan....hehehe

    ReplyDelete
  3. Salam to Datuk Hafarizam

    Maknanya lepas ni, kalau dapat mana2 sokongan di kalangan ADUN PR, bermakna tidak perlu lagi di buat deklarasi di Dewan Undangan Negeri / Rakyat?

    Tidak perlu lagi di buat vote of no confidence di DUN atau Dewan Rakyat?

    Kalau macam tu seeloknya, Datuk cadangkan kepada pucuk pemimpinan tertinggi BN agar tutup semua Dewan Undangan Negeri dan Dewan Rakyat.

    Sebarang perlaksanaan undang2 boleh dilakukan dengan menulis surat kepada Sultan atau Yang Di pertuan Agong.

    Tapi, bagaimana pula dengan Undang2 yang sudah tersedia?

    Mungkin kena buat pindaan juga. Rasanya kena buat pindaan di DUN atau Dewan Rakyat. Tapi atas kefahaman Datuk, pindaan boleh dilakukan dengan menulis surat kepada Sultan atau DYMM Agong.

    Pindaan boleh di isytiharkan di Pejabat PM di Putajaya atau lebih manis di Ibu Pejabat UMNO.

    Tidak perlu lagi DUN atau Dewan Rakyat.

    Tahniah kepada Datuk kerana Datuk sendiri tidak memahami atau menguasai undang2 walaupun Datuk sendiri adalah penasihat undang2.

    ReplyDelete
  4. 1. Sila rujuk kes Stephen kalong Ningkang, memang perlu dibuktikan di DUN, surat tidak menjamin apa lagi dalam keadaan mereka hilang disembunyikan di Pekan!

    2. Sultan di dalam sistem demokrasi beraja hanya bersifat formaliti. Bila dinasihatkan MB untuk bubar, bubar sajalah. Baca karangan DYMM Sultan Azlan Shah dalam bukunya yang ditulis sewaktu menjadi ketua hakim dulu. Tentang Tajol kata BN majoriti tu, BN tu parti yang berdaftar ke? Ko ingat kami bodoh? kalau BN dtak berdaftar dan hanya mewakili gabungan parti perkauman, mengapa pulak PR berbeza?

    3. Sapa kata BN ada 31? Yang tiga ekor itu Bebas! Mereka tak masuk BN pun lagi.bagaimana nak pastikan mereka akan menyokong BN? Dalam dewanlah jawabnya!

    4. Pirahh.. ekonomi gawat. Itu hanya rekaan puak UMNo saja. kalau nak ikutkan membazir, skandal PKFZ tu dah telan 8 billion! Pilihanraya berapa sen sangat kalau nak banding? Poooodahhh!!

    ReplyDelete
  5. Mintak maaflah. Banyak sangat yang tak benar dalam fakta ni.

    1. Perlantikan Nizar xboleh disamakan dgn perlantikan Zambry wpun caranya sama- persetujuan melalui surat2 oleh ADUN. Ini kerana semasa Nizar dilantik, jawatan MB adalah vacant melalui peraturan 16(6) oleh Tajol Rosli. Berbeza dgn perlantikan Zambry wpun melalui cara sama, tp jawatan MB ... Read Morebelum vacant sebab Nizar tidak melalui 3 cara untuknya digugur jawatan seperti yg ditulis dlm perkara 16(6).

    2. Pada 8 Mac 2008, bukan Bn yg dapat majoriti, tapi BN dapat jumlah ADUN terbesar. Jumlah ADUN terbesar tidak mewajibkan ketuanya dilantik MB sebab syarat seorang MB SEMASA DILANTIK adalah mesti mendapat kepercayaan MAJORITI dewan.

    3. Amat xcerdik bila si Hafarizam ni menyamakan penolakan Sultan trhadap Nizar utk mmbubar DUN adalah sama dgn penolakan Sultan kpd Tajol atas isu yg sama. Ini krn, semasa Tajol mintak DUN dibubar, Tajol hanya seorang ADUN. Sultan xperlu dan berhak menolak permintaan ADUN. Semasa Nizar minta, beliau minta atas kapasiti MB. Maka Sultan kena bubar atas permintaan seorang MB.

    Ini jelas disebut oleh Sultan Azlan sendiri dalam buku dia, "Constitutional Monarchy, Rule Of Law and Good Governance 2004" iaitu apabila seorang MB meminta agar DUN dibubar, maka ia MESTI dibubar dan persetujuan Sultan hanyalah formaliti.

    Maka kalau Zambry mahu jadi MB, beliau kena buat satu usul tidak percaya kpd Nizar. Apabuila lulus, maka barulah gugur jawatan MB NIzar mengikut Perkara 16(6). Hakim tidak khilaf memutus Nizar adalah MB sah kerana apa yg diputus berlandaskan 'Bolehkah seorang Mb dilantik apabila MB asal masih ada?"...

    ReplyDelete
  6. Terima Kasih iBNuZaCK atas pendapat saudara tetapi saya tidak bersetuju. Berikut adalah jawapan saya kepada poin-poin (mengikut turutan yang sama seperti komen saudara):

    1. Perlantikan Nizar & Zambry bukanlah dibawah Art 16(6). Kedua-dua mereka telah dilantik dibawah Art 16(2)yang berbunyi: "The Executive Council shall be appointed as follows, that is to say- (a) His Royal Highness shall first appoint as Mentri Besar to preside over the Executive Council a member of the Legislative Assembly who in his judgment is likely to command the confidence of the majority of the members of the Assembly.." Bezanya hanyalah, Nizar dilantik selepas PRU Ke-12 manakala Zambry setelah 3 ADUN daripada PKR/DAP mengisytiharkan diri sebagai ADUN bebas yang menyokong BN! Banyak kekeliruan telah timbul daripada efek Art 16(6) tetapi, jika dihalusi, ianya sangat mudah difahami iaitu jika MB hilang kepercayaan (samada di dalam Dewan atau melalui cara-cara lain i.e. surat 31 ADUN kepada DYMM Tuanku Sultan, melainkan Dewan dibubarkan, MB itu mestilah (must) meletak jawatan! Kenapa Nizar 'engkar' pabila diminta oleh DYMM Tuanku Sultan. Ini tidak diketengahkan.

    2. Poin kedua saudara agak 'misleading'. Semasa Nizar dilantik, sidang Dewan beluam lagi diadakan. Nizar hanya dilantik setelah DYMM Tuanku Sultan melihat surat-surat 31 ADUN daripada PKR/DAP/PAS memberi sokongan kepada Nizar untuk dilantik MB. Jadi, konsep yang sama telah digunakan oleh DYMM Tuanku Sultan apabila beliau melantik Zambry.

    3. Poin ketiga saudara juga 'misleading' kerana DS Tajol memohon dibubarkan disebabkan sudah masa untuk mendapat 'mandat' baru kerana PRU ke-12. Ini berbeza dengan alasa Nizar untuk bubar Dewan atas alasan 'kemelut politik' walhala fakta sebenarnya, BN telah mendapat majoriti disebabkan 3 ADUN daripada PKR/PAS/DAP menjadi bebas & menyokong BN. Apa yang diperkatakan oleh DYMM Tuanku Sultan di dalam bukunya mestilah dilihat dalam konteks fakta sewaktu itu, iaitu, jika MB mengadap untuk bubar Dewan kerana pilihanraya umum sudah masanya. Itu formaliti tetapi di dalam situasi Nizar mengadap, itu berlainan sama sekali.

    Akhir sekali, sewaktu Zambry dilantik, Nizar telah ipso facto terhenti atas keengganan beliau meletak jawatan, sewaktu dititah oleh DYMM Tuanku Sultan pada 4 atau 5 hb Februari 2009. Kenapa, jika Pairin boleh meletak jawatan (Sewaktu ADUN PBS 'melompat'), Nizar tidak boleh berbuat demikian. Disini, nampaknya ada polemik yang tidak boleh dihuraikan.

    Sekian terima kasih.

    ReplyDelete
  7. Faham ke si Ibnu Zack apa yang Datuk ni cakap. Kalau tak paham duk diam diam ajelah.....jangan berlagak faham.....

    ReplyDelete
  8. org klate

    apa pun datuk, kalau datuk suka politik sila datuk jadi calon BN dlm mana-mana PRK atau PRU. situlah rakyat akan nilai siapa yang benar. undang-undang hanya dalam kitab2 peguam tetapi pelaksanaannya belum tentu akan memberi kepuasan dan kesejahteraan pada rakyat. kerana undang2 dibuat mengikut kehendak sebelah pihak bukannya kehendak sebenar rakyat.

    cari dan kajilah undang2 negara kita yang banyak timbul kontroversi. kebanyakannya memenuhi kehendak politik pemerintah.

    TQ

    ReplyDelete
  9. Whatever it is.....keputusan mahkamah mestilah kita hormati dan titah Tuanku mesti dijunjung....dua konteks yg berbeza akan tetapi ianya mempunyai intipati yang sama iaitu penerimaan dengan perlaksanaan. Dalam krisis Perak, DYMM PS Sultan Azlan selaku Sultan telah diberi ( bestowed ) with " Reserved powers " yang boleh/akan digunapakai oleh baginda apabila perlu dan bersesuaian dgn keadaan...apatah lagi bagi menjamin kestabilan dan keamanan negeri naungan Banginda. Kuasa ini termaktub dalam Undang undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak dan juga kita kena faham setiap negeri ada Peruntukkan Undang - undang Tubuhnya yang juga ada termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.

    Kita boleh merujuk kepada perkara yang sama apabila perlantikan Menteri Besar Terengganu dan Perlis selepas Pilihanraya Umum 12, Pak Lah telah mencadangkan serta mengesahkan calon Menteri Besarnya di kedua dua negeri tersebut akan tetapi di peringkat perlantikannya, kedua dua calon tersebut tidak diterima oleh Sultan / Raja. Malah, Sultan / Raja sendiri telah melantik Menteri Besar dikalangan ADUN yang telah mengadap Sultan / Raja dengan menggunapakai " Reserved Powers " sebagai Sultan. Begitu juga dgn krisis Perak...perlu kita fahami disini bahawa Pakatan Rakyat Perak telah hilang majoriti setelah tiga ADUN nya keluar parti menjadi Bebas dan menyokong BN. Mengapa PR menentang perkara ini dan bertindak membawa kes tiga ADUN ini ke mahkamah walhal semasa ADUN Parit Dato Nasaruddin melompat dari BN ke PKR, mereka menerima dgn hati yang terbuka ditambah dgn majlis besar di Parit. Mereka amat gembira ketika itu dan apabila piha mereka dikalangan ADUN mereka sendiri keluar parti dan menjadi BEBAS, mereka bertindak secara tidak professional dan menggunakan persepsi hak rakyat perlu dikembalikan kepada rakyat...Pihak PR hanya mendabik dada dgn riang gembeira apabila mahkamah menyebelahi mereka dan ketika itu mahkamah dipuji. Akan tetapi apabila mahkamah membenarkan rayuan Zambry malah sebelum ini semasa mahkamah menolak permohonan Sivakumar bagi kelayakan Zambry dan ahli EXCOnya serta tiga ADUN Bebas untuk hadir ke dewan , PR mengatakan mahkamah tidak adil, hakim dibeli dan macam macam lagi. As a lawyer at most of the Pakatan members and also EXCO in Perak, where is your professionalisme....we are human being, only those who have extra minded, brilliant, better exposed becomes profesional people...God gaves us brain, mind & heart and with the position that all of you have, as a lawyer...dont you people think you are playing with your own books...the way you interpret the law, it seem you are creating another law that favourable only to you...in that case why should PR brought the matter to court in the early stage ? Since you can use the law by yourself....and i do agree and most of BN lawyers agree...not many people in Perak who understand law especially constituional law...and it is a duty for us to inform them...but the way PR explain is mostly negative way that makes the rakyat hate BN...and also to DYMM Sultan himself....

    Anyway to Datuk Hafarizam and the rest, i sincerely solute all of you with the best hope and hope my point of view above can be shared together...

    ReplyDelete
  10. Tahniah tuan Lawyer..
    tepat n benar jawapan tuan lawyer..puak pembangkang ni mmg jumud..xreti bahasa...tu psl tepekik telolong..

    tuan lawyer..buat penat kasi fakta je..diaorg bukannya paham..maklum la..diaorg ni penyokong kuat DAP...simple punya hujah pn xbleh nk paham..taksub!!....

    Pemuda UMNO Parit, Perak

    ReplyDelete
  11. Syabas Dato,
    Anda seorang yg jujur dan berani kerana komen negatif yg dtg dari pihak pembangkang pun dato approve utk tatapan umum di blog ni.....
    Buka mcm sebahagian blog pembangkang yg tak berani approve komen yg negatif pd mrk.
    Teruskan usaha dato demi memartabatkan kebenaran!!

    ReplyDelete
  12. x perlu perdulikan pembangkang.. time dia boleh tapi bila kena pada org lain x bleh... ceh ckp x serupa bikin....

    ReplyDelete
  13. aku dulu berpihak kpd pembangkang tapi skrang aku dah mula muak.. bila semua melibatkan parti dia..semuanya ok,adil,bagus..tapi bila tidak memihak kepada parti dia semuanya x okey,x adil... apadah..ckp xserupa bikin....

    ReplyDelete