PUTRAJAYA, 12 Mei – Hakim Mahkamah Rayuan, Yang Arif Datuk Ramly Ali telah membenarkan permohonan penangguhan perintah-perintah yang telah diberikan di Mahkamah Tinggi semalam, sementara menunggu pelupusan rayuan Datuk Dr. Zambry Abd Kadir yang akan didengar kelak.
Kesan kepada perintah penangguhan hari ini ialah, Dr. Zambry kekal sebagai Menteri Besar Perak dan beliau boleh menjalankan tugasnya seperti biasa.
Beliau membacakan keputusan tersebut pukul 1.15 tengah hari tadi.
Sehubungan itu, UMNO/BN melihat keputusan tersebut adalah sesuatu yang wajar dan menerima dengan tenang setiap keputusan yang dibuat oleh Mahkamah walaupun keputusan semalam tidak berpihak kepada UMNO/BN.
Namun demikian, UMNO/BN tetap percaya dengan sistem kehakiman dan perundangan negara yang dilaksanakan dengan mantap tanpa campur tangan atau dipengaruhi oleh pihak lain seperti yang didakwa sebelum ini oleh pakatan campuran.
Monday, May 11, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment