Tuesday, May 19, 2009

Sejauh manakah keadilan/ketelusan polisi pemberian geran tanah '999 Tahun' kerajaan Pakatan DAP/PKR/PAS di Perak??

Salam Sejahtera,

Saya terpanggil untuk berkata sesuatu berkenaan isu pemberian geran tanah '999' tahun oleh kerajaan pembangkang DAP/PKR/PAS di Perak, jika tidak silap saya awal bulan Januari tahun ini, sehinggakan ianya telah menarik perhatian Kerajaan Pusat mengesa agar pemberian itu ditangguhkan sehingga Majlis Tanah Negara (MTN) membuat ketetapan polisi yang seragam di seluruh Malaysia. Kepada yang tidak arif undang-undang, isu Tanah walaupun adalah di dalam bidangkuasa negeri masing-masing (tetapi untuk keseragaman polisi, ianya telah di letakkan di bawah bidangkuasa Kerajaan Pusat). Artikel 74 Perlembagaan Malaysia jelas maksudnya.
Saya telah membuat kaji-selidik dan berikut adalah apa yang saya perolehi daripada kajian saya:

Kampung Baru - 55,233

Kampung Tersusun - 73,703
___________

128,936 geran tanah
___________


Melayu = 27.66% (35,663 geran)

Cina = 57.49% (74,125 geran)

India = 14.85% (19,146 geran)
Justeru itu, dimanakah yang dikatakan kesamarataan, keterbukaan dan keadilan untuk semua yang diwar-warkan oleh pakatan pembangkang ini?
Saya serahkan untuk Saudara/Saudari membuat kesimpulan masing-masing.
Terima kasih.


12 comments:

  1. Tak hairanlah perkara ini berlaku. This is just the tip of the ice berg. Bila kita hilang kuasa, banyak lagi yang tergadai terutama maruah dan bangsa.....

    ReplyDelete
  2. thaz bro mintak izin copy nak send kepada semua kengkawan,jangan lagi hendak dibodohkan.

    ReplyDelete
  3. salam dato'

    inilah yg saya selalu tekankan di blog2 pembangkang,tetapi mereka menerima dengan hati terbuka sambil memaki hamun kenyataan saya..

    mereka boleh kata 'tidak apa' kerana mereka hanya inginkan Pakatan Rakyat(pakatan Haram) berkuasa..jiga bangsa selain melayu mendapat hak melebihi org melayu sendiri di muka bumi MALAYsia,adalah sangat2 adil pada mereka..kerana selama ini mereka dari lahir sampai besar panjang hidup dengan subsidi kerajaan.sudah sampai masanye bangsa selain melayu perlu dapat apa yg mereka tidak rase seperti org melayu..

    macam mana boleh terlintas perasaan seperti ini!!
    adakah mereka buta atau tuli daripada sejarah dan juga fakta tentang kewujudan MALAYsia??
    yg majoriti tetap majoriti..bangsa lain sudah di beri pilihan untuk pulang ke negara asal jika tidak bersetuju dengan perlembagaan malaysia dalam pembentukan negara MALAYsia dulu..

    adakah mereka sudah selesa membolot segala kekayaan di muka bumi MALAYsia ini,sudah sampai masa mereka ingin berkuasa pula...

    kenyataan saya bukan berniat perkauman,tapi sedarlah..selama ini masyarakat hidup aman harmani tanpa ada rase di ganggu gugat oleh anasir2 yg membangkitkan perasaan tidak puas hati tentang hak samarata...

    sekarang,bangsa melayu sendiri sudah lupa dan sengaja membiarkan segala harta nenek moyang di rakuskan depan mata,terang2 terangan tanpa membantah..kerana apa?jawab la sendiri wahai pengikut tegar PAKATAN RAKYAT..

    kesiannn...

    ReplyDelete
  4. Salam,


    sama rata kalau bukan melayu dapat lebih..kalau melayu dapat lebih mereka akan katakan bahawa itu sebagai 'bias.

    one word. Hypocrites!

    ReplyDelete
  5. salam datuk

    peh makin hangat dan terhangat. kasi balun cukup2 seluruh pengkhianat bangsa tu.

    gap akan melakukan promosi besar-besaran blog penting ini.

    kita akan bawa kan perbedaan, antara lawyer pengkhianat bangsa dan lawyer pejuang bangsa !

    ayuh kita seranggggggggggggggg...

    hidup datuk hafarizam 3 x

    ReplyDelete
  6. Tahniah Datuk Lawyer,
    tapi persoalannya, dimanakah penerangan berkaitan isu isu ini akan sampai di telinga PR sebagaimana ahli umno mendengar dakyah kelentong dari pr melalui CIS (ceramah isu semasa)? mana pergi nya jawatankuasa penerangan 4+1 peringkat ( Bahagian, wanita, pemuda, puteri + putera) ? mana ? mana?

    ReplyDelete
  7. Thank you for these details

    We should print these and distribute to teh whole country

    ReplyDelete
  8. Datuk,

    Boleh tak buat perbandingan diantara syarat pemilikan tanah di Perak dan di Kelantan. Nak juga tahu apa pendapat orang2 PAS kalau tanah di Kelantan tu pun boleh senang2 diberi pada orang luar (tidak kira orang Melayu atau bukan Melayu) seperti kes di Perak ni.

    ReplyDelete
  9. To Sinbad,

    Saya tidaklah berapa tahu mengenai undang-undang Tanah, kerana seperti yang Saudara maklum, tanah adalah dibawah bidangkuasa Negeri (State Lists) tetapi oleh kerana adanya Artikel 74 Perlembagaan Malaysia, undang-undang persekutuan (Federal Law) boleh dibuat bagi keseragaman polisi. Ap ayang say aingat ialah di Kelantan, hampir dua pertiga (2/3) adalah tanah rezab Melayu untuk anak Kelantan. Justeru itu, mungkin agak berbeza senarionya antara Perak dengan Kelantan.
    Perak adalah unik kerana ianya tiada peruntukkan khusus seperti Kelantan.
    Insya-Allah, saya akan menulis lanjut, jika kesempatan.
    Terima Kasih.

    ReplyDelete
  10. assm`kum Dato`

    Peranan dan keinginan rakyat jelata sama seperti kita inginkan kebahgiaan dan selesa dlm hidup seharian di negara tumpah darah sendiri, yang cerita semalam,1malaysia dah tahu mengenai kejahatan dan biadap rimba org yg bernama ALONG.kesbegini menunjukan sikap manusia binatang sesama manusia sanggup mendahului undang2 rimba yg dicipta tanpa kelulusan dewan rakyat,apakah kerajaan sekarang peka tentang sandiwara bangsawan yg dah bertahun2 lamanya bertapak di lubok kerakusan hati along,merekalah raja dimalaysia ini.Kenapa binatang jadian ini terlalu angkuh menunjukan kuasa rimba....
    Sedarlah kerajaan yg memerintah masa kini ambilah iktibar proaktif utk menamatkan ceritaini supaya tak berulang2sehingga nanti terkena btg hidung dan kerabat sendiri,sayangilah rakyat kita dan keturunan demi keturunan yg hanya 27juta saja tak pandai naik2 jumlahnya,sedarlah lebih 80%rakyat yg berhutang kerana nak membahagiakan keluarga dik kesempitan hidup akibat ekonomi negara serta sara hidup yg dihadapi mereka ini tidak terkecuali melibatkan kakitangan kerajaan lebih 60% berhutang keliling pinggang.Bukan kemahuan mereka desakan demi desakan mereka rela tumbang berdepan risiko sebegini,yang berkeluarga tanggungan dihadapi,bak kata org HILANG MALU KERANA SAYANG,TERPAKSA...ini membuat keresahan mereka menjadi muak dan sanggup mengkhianati parti sendiri oleh kerana pihak memerintah tak pandang akan masaalah mereka kuasa rakyat adalah semasa pilihanraya....lihatlah sekarang PRK mana-mana BN pasti tersungkor,kenapa..!kerana org begini yg bermasaalah yg banyak melarikan diri pada parti pembangkang,lebihlagi mendengar buaian2 cerita2 komplik semasa seperti di perak......wahai Kerajaan BN bantulah mereka bukan darisegi wang/duit yg mereka inginkan tetapi dari penyelesaian ejensi yg betul2 bukan berpaksikan keuntungan syarikat,tubuhlah koperasi khas untuk rakyat bermasaalah,,,,,banyak lagi cerita kan menyusul kalau nak menambat hati rakyat.......war-warkan 1MALAYSIA...pun jika tak dpt menambat hati rakyat berbilang kaum ini no point..!jadi renong-renung...........was`lam....

    ReplyDelete
  11. Salam:
    Buat orang perak = tolonglah...
    Buat orang UMNO = Cukuplah berebut sesama sendiri.
    Buat orang muda muda = Fahamilah.
    Buat semua orang = Bukan lagi masa tunggu dan lihat. Semaklah dengan potensi sendiri dan bertindak. Tak perlulah minta upah, cari untung/menang sendiri. Jangan sampai tak pandai nak jawab di Mahkamah Mahshar besok. Wassallam.

    ReplyDelete
  12. Salam Datuk,

    Nampak gayanya persoalan berkenaan isu tanah Perak yang timbul telah dijawab oleh Datuk.

    Saya juga ada membuat penyelidikan dan menulis tentang isu tanah Perak ini.

    Isu tanah Kg Baru & Kg Tersusun di sini:
    http://kembarapolitik.blogspot.com/2008/09/isu-pemberian-tanah-kerajaan-boneka-dap.html

    Isu tanah sek persendirian di sini:
    http://kembarapolitik.blogspot.com/2008/09/pemberian-tanah-sekolah-persendirian-di.html

    Terima kasih.

    ReplyDelete