Monday, June 25, 2012

Bukti Majlis Peguam Sudah Mampu Berinteraksi Dengan UMNO - Hafarizam Harun


KUALA LUMPUR, 25 Jun – Forum Siri Pemikiran Kritis yang dianjurkan oleh Majlis Peguam Malaysia baru-baru ini merupakan satu langkah yang baik bagi menyemarakkan lagi perbincangan secara ilmiah berkenaan institusi undang-undang di negara ini, kata Penasihat Undang-Undang UMNO, Datuk Hafarizam Harun. Menurut beliau, dengan wujudnya siri-siri forum seperti ini, perbincangan demi perbincangan untuk menambahbaikan sistem undang-undang di negara ini boleh dilakukan dengan idea-idea yang diluahkan oleh panel dan juga peserta forum berkenaan.

“Tindakan Majlis Peguam menjemput saya sebagai wakil dari UMNO juga membuktikan bahawa Majlis Peguam kini sudah mampu untuk berinteraksi dengan UMNO dan ini merupakan satu langkah permulaan yang baik untuk kedua-dua belah pihak,” jelas beliau. Jelas beliau lagi, dakwaan yang mengatakan Majlis Peguam lebih memihak kepada pakatan Pembangkang dalam beberapa isu sebelum ini, termasuk perhimpunan Bersih 3.0 baru-baru ini adalah lebih kepada masalah persepsi.

Read more!

Friday, February 10, 2012

Assess The Integrity

1ST UNITEN PREMIER LECTURE
3rd. February 2012
INTEGRITY: YOU KNOW IT BUT DO YOU HAVE IT?
By
Tun Abdul Hamid Bin Haji Mohamad
(Former Chief Justice of Malaysia)

I thank UNITEN and the Institut Integriti Malaysia for giving me the honor of delivering the first lecture of this series. I am more honored by the fact that this lecture is on integrity which makes me believe that I must have some integrity, at least sufficient to deliver this lecture, provided that the invitation is not a mistake !

As I am not an academician, I have decided to speak about what I have seen, heard and experienced throughout my life, vis-a-vis integrity. So, if you were to ask me how long I took to prepare this lecture, my answer is “Sixty nine years and ten months!”

I hope you will bear with me for a while, while I narrate the story of this man whom I am taking as an example.

At the close of the nineteenth century, a baby was born in Permatang Tinggi Bakar Bata, Kepala Batas, Province Wellesley. He grew up in the village, attended a pondok school in Kedah, then in Kelantan and later spent a few years in Makkah where he attended classes at Masjid al-Haram.

Read more!

Friday, December 30, 2011

Karpal Masuk Perangkap Sendiri, Niat Jahat Burukkan Institusi Kehakiman Demi Anwar



Pengerusi DAP, Karpal Singh telah terjerumus dalam perangkap politiknya sendiri apabila cuba mengheret institusi kehakiman ke kancah politik dan cuba menimbulkan keraguan dalam kredibiliti instutusi tersebut dengan membuat aduan kononnya terdapat hakim yang melakukan plagiatrisme.

Penasihat Undang-undang UMNO, Datuk Mohd Hafarizam Harun melihat tindakan yang dilakukan oleh Karpal Singh dibuat kerana telah ketandusan idea dalam melakukan pembelaan terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Saya melihat YB Karpal Singh telah kehabisan idea dan isu dalam mewakili ketua pembangkang, YB Datuk Anwar Ibrahim dalam kes-kes yang melibatkan ketua pembangkang tersebut, justeru itu sebagai suatu taktik pengalihan (diversion) dengan beliau terpaksa membangkitkan isu kredibiliti Hakim ini agar institusi kehakiman akan sentiasa dilihat tidak bebas dan sentiasa dipengaruhi oleh tangan-tangan ghaib,” katanya dalam wawancara eksklusif bersama UMNO-Online.

Read more!

Tuesday, November 8, 2011

Majlis Peguam Dibidas, ‘Seksualiti Merdeka 2011’ Langgar Undang-undang

Penganjuran Seksualiti Merdeka 2011 adalah bertentangan dengan undang-undang sebagaimana Polis Di Raja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan tegas mengharamkan segala bentuk aktiviti dan promosi program yang berunsurkan seks bebas.

Penasihat Undang-undang UMNO, Datuk Mohd Hafarizam Harun menegaskan bahawa PDRM juga sewajarnya mengambil perintah larangan individu-individu daripada hadir di perkarangan tempat yang akan diadakan.

“Apa jua ketidakpatuhan adalah suatu kesalahan jenayah atau menghina perintah mahkamah dan patut dikenakan hukuman sebagaimana demonstrasi Bersih” katanya dalam kenyataan eksklusif kepada UMNO-Online.

Berkaitan dengan demonstrasi Bersih 2.0, pihak berkuasa telah mengeluarkan perintah larangan berada di lokasi panas sekitar ibu kota pada 9 Julai bagi mencegah perhimpunan haram yang dikeluarkan Mahkamah Majistret mengikut Seksyen 98 Kanun Acara Jenayah.


Read more!

Wednesday, September 7, 2011

Majlis Peguam Kini Hilang Arah, Condong Main Politik



Majlis Peguam Malaysia atau Bar Council kini dilihat sebagai sebuah badan yang mewakili pemimpin dan parti-parti pembangkang, dan tidak lagi dilihat sebagai sebuah badan professional yang bebas dan non partisan, ujar peguambela yang juga penasihat Undang-Undang UMNO, Datuk Hafarizam Harun.

“Saya selaku peguambela yang juga merupakan ahli kepada Badan Peguam Malaysia (Malaysian Bar) melihat Majlis Peguam Malaysia (Bar Council) telah lari dari landasan tujuan penubuhan mereka mengikut Akta Profesion 1976.

“Jika kita melihat Akta Profesion Undang-Undang 1976, Majlis Peguam seharusnya bersikap bebas. Bebas bermakna, mereka sepatutnya bersikap non-partisan, berkecuali,” katanya di sini.

Tegas beliau lagi jika diperhatikan kenyataan-kenyataan Bar Council, terutamanya tiga empat bulan ini, jelas kelihatan Bar Council ini lebih kepada satu pertubuhan yang disifatkannya sebagai pertubuhan separa politik, di mana tidak ada benda yang baik yang dilakukan kerajaan.

Read more!

Wednesday, August 24, 2011

Cuba Heret Sultan Ke Kancah Politik, Khalid Tiada Etika Selaku Menteri Besar

KUALA LUMPUR, 24 Ogos – Tindakan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang mengeluarkan kenyataan bahawa Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan atau mencadangkan supaya kerajaan negeri menubuhkan Majlis Penasihat Syura adalah bukti bahawa beliau tidak bertanggungjawab dalam melaksanakan tugasnya.

Penasihat Undang-undang UMNO, Datuk Mohd Hafarizam Harun menganggap apa yang dilakukan oleh Abdul Khalid adalah bertentangan dengan etika selaku Menteri Besar Negeri Selangor yang memegang kuasa eksekutif di negeri tersebut.

“Tindakan Menteri Besar ini ibarat mengheret Baginda DYMM Sultan Selangor ke kancah politik sedangkan Baginda sebagai ketua negeri bertanggungjawab penuh untuk perkara-perkara yang berhubung dengan agama Islam, adat istiadat orang Melayu serta lain-lain perkara yang berkaitan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada UMNO Online berhubung kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani yang menafikan perkenan Sultan Selangor dalam penubuhan Majlis Penasihat Syura.


Read more!

Thursday, June 30, 2011

Ambiga Jatuhkan Imej Peguam, Subahat Lakukan Jenayah

Penasihat Undang-undang UMNO, Datuk Hafarizam Harun membidas tindakan Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih Dan Adil (Bersih) Datuk Ambiga Sreenevasan kerana tidak mengikut saluran undang-undang untuk melakukan perhimpunan sedangkan sebagai pengamal perundangan beliau arif tentangnya.

Katanya, walau apapun alasan Ambiga mengenai merit atau alasan himpunan Bersih sama ada untuk pilihan raya adil dan sebagainya, tetapi persoalannya bukanlah perkara itu.

“Adakah Ambiga telah memperolehi kebenaran untuk mengadakan himpunan seperti diperlukan di bawah Akta Polis? Jawapannya, tiada malahan tiada permohonan apa-apa yang dibuatnya sehingga sekarang,” katanya kepada Umno-Online.

Terang beliau lagi, Ambiga, selaku bekas Presiden Majlis Peguam sudah tentunya tahu akibat ketiadaan permit untuk perhimpunan iaitu himpunan haram.

Read more!