Friday, May 22, 2009

DR. Zambry Kekal MB Perak

PUTRAJAYA, 22 Mei - Tiga Hakim Mahkamah Rayuan, Hakim Datuk Md Raus Shariff, bersama Hakim Datuk Zainun Ali dan Hakim Datuk Ahmad Maarop, petang ini sebulat suara memberikan keputusan memihak kepada rayuan Dr. Zambry untuk ketepikan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Pada 11 Mei lalu, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim telah memutuskan bahawa Nizar tidak melepaskan jawatan Menteri Besar kerana beliau tidak kehilangan kepercayaan majoriti anggota Dewan Undangan Negeri Perak.

Hakim Datuk Md Raus Shariff memberikan alasan benarkan permohonan Dr. Zambry bahawa kuasa membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) adalah hak mutlak Sultan Perak.

Perkara 16.6 Undang-undang Tubuh Negeri Perak jelas menyatakan bahawa jika Sultan tidak memberi perkenan pembubaran DUN maka Nizar mesti meletakkan jawatan dan tiada peruntukan yang memerlukan supaya undi tidak percaya dibuat dalam DUN bagi gugurkan Menteri Besar.

Dengan ini, bermakna Dr Zambry terus kekal sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

10 comments:

  1. SALAM DATUK...
    KEMENANGAN INI MERUPAKAN KEMENANGAN MILIK SELURUH UMAT ISLAM DAN RAKYAT PERAK!!!
    HARAP KERAJAAN DAPAT MENYAMPAIKAN SECARA TERUS MENERUS BUAT RAKYAT MALAYSIA KHUSUSNYA RAKYAT PERAK.
    PAKATAN PEMBANGKANG INI AKAN CUBA TERUS-TERUSAN MENFITNAH KEPUTUSAN MAHKAMAH INI.
    SALAM...

    YANG TERINDAH BUAT MU NIZAR BINTANG TIGA http://www.gomounited.com/2009/05/kenangan-indah-buat-mu-nizar-bintang.html

    ReplyDelete
  2. Justice was served this evening..not to Barisan Nasional or to Pakatan Pembangkang to to the RAKYAT!!

    Hopefully the RAKYAT will learn it that the legitimate MB appointed by the Sultan is Dr Zambry..all the best for him and let's just hope this the beginning of the new era of the old same stories of The State called "Perak"..

    p/s:jangan merderhaka kepada sultan..

    ReplyDelete
  3. As-Salam Bro Cuzen,..heheh..harap2 tak ada le lagi kejutan dari pihak bro Nizar lak,..hope he'll accept d defeat in a gentlemen way,..hope d Perak ppl can continue wth deir life & d govt can now proceed to help d state to b in a better state den b4,..congrats & gud luck in ur next case,..ciao fer now bro..

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah dan terima kasih kepada kesemua barisan peguam yang bekerja keras menegakkan kebenaran!

    Selepas selesai dengan muktamad proses rayuan jika ada oleh Nizar, UMNO perlu mengkaji kemungkinan mengadapkan Nizar dan rakan-rakan "sehati tidak sejiwa" beliau kemuka pengadilan atas tindak-tanduk menderhaka dan menghasut untuk menderhaka kepada Paduka Sultan.

    Syabas, saya yakin ramai rakyat yang gembira dan bersyukur dengan perkembangan ini.

    http://penpusaka.blogspot.com

    ReplyDelete
  5. Salam Bloger, Datuk,
    Tahniah dan Syabas kepada Datuk dan Barisan Peguam UMNO di atas kejayaan ini. Inilah satu kebenaran yang patut diperjuangkan hingga ketitisan darah terakhir. Bagi saya orang yang menafikan bahawa 31 adalah mejoriti daripada 28 patut diperintahkan mahkamah untuk mendapat rawatan pesakit mental dihospital bahagia, Tanjung Rambutan.

    Bagi saya mereka ini telah hilang kelayakan sebagai ADUN kerana sakit mental.

    Sekali lagi tahniah.

    ReplyDelete
  6. Allahu Akbar...Allah Maha Besar! Alhamdulilah.

    ReplyDelete
  7. Yang UMNO tentu suka, tapi yang bukan umno tetap kata undang2 dipermainkan... sekejap nizar....sekejap zambri.... pasni tak tahulah sapa pulak.... Rakyat akan semakin hilang kepercayaan kepada pihak2 yang berdiri atas nama undang2 ni....

    ReplyDelete
  8. syabas buat BN dan UMNO...tindakkan betul mengekal kan kuasa kat perak,kerana piahk BN ikut proses ikut UNDANG-UNDANG TUBUH NEGERI PERAK...syabas lagi sekali..

    ReplyDelete
  9. BUBAR DUN, berikan rakyat buat pilihan, demi teguhan politik Perak.

    ReplyDelete