Thursday, May 21, 2009

Hujahan saya kepada hujahan Tuan Haji Sulaiman

Mahkamah Rayuan bersidang semula tepat pukul 2 petang dengan hujahan-balas oleh Peguam Utama YB Dato’ Seri Ir Nizar (“Nizar”), Tuan Haji Sulaiman Abdullah. Secara ringkasnya, hujahan beliau boleh dibahagikan kepada isu-isu utama seperti berikut:

(1) Kes Stephen Kalong Ningkan (“kes Ningkan”) terpakai dalam setiap sudut

1.1 Satu-satunya cara seseorang Ketua Menteri (di Sarawak) hilang kepercayaan adalah dengan ‘undi kepercayaan’ di Dewan. Di dalam kes Ningkan, ianya telah membezakan (distinguished) kes Adegbenro v Akintola [1963] 3 WLR 63 (“kes Akintola”) atas lima (5) sebab iaitu:
(a) Kes Akintola jelas, dari segi matematik, bahawa lebih daripada separuh ‘House’ di Nigeria tidak lagi menyokong ‘Premier’;
(b) Kes Akintola mengunakan perkataan ‘support’ manakala kes Ningkan, ianya menggunakan perkataan ‘confidence’, dan ‘confidence’ disini adalah ‘term of art’, justeru itu ianya mengkehendaki ‘undi kepercayaan’;
(c) Di Nigeria, jelas Gabenor mempunyai kuasa tersurat untuk memecat ‘Primier’ jika beliau tidak lagi mempunyai kepercayaan;
(d) Di Nigeria, Gabenor mempunyai kuasa untuk menganalisa situasi ‘as it appeared to him’; dan
(e) Di Nigeria, semua Menteri (termasuk ‘Premier’) memegang jawatan selama diperkenankan ‘at the Gabenor’s pleasure’.

1.2 Atas sebab-sebab fakta adalah serupa di dalam kes Nizar v Zambry dengan kes Ningkan, maka kes Ningkan adalah terpakai dan masih lagi merupakan ‘good law’. Justeru itu, Artikel 16(6) Perlembagaan Negeri Perak adalah bukan berbentuk ‘subjektif’ iaitu DYMM Paduka Seri Sultan mempunyai kuasa untuk membuat pendapat subjektifnya tetapi mestilah berdasarkan kepada ‘fakta’ bahawa Menteri Besar telah hilang kepercayaan dan ini hanya boleh ditentukan di Dewan melalui ‘undi kepercayaan’.

1.3 Oleh itu, apabila Nizar mengadap DYMM Paduka Seri Sultan pada 4hb Februari 2009, ianya bukanlah situasi dimana beliau telah hilang kepercayaan majority ADUN tetapi atas sebab ‘deadlock’. Ini disokong lagi dengan perisytiharan (proclamation) untuk pembubaran yang dibawa beliau merujuk kepada Artikel 36(2) Perlembagaan Negeri Perak.

1.4 Kesimpulannya, disebabkan Nizar tidak meletak jawatan, dan di dalam Perlembagaan Negeri Perak beliau tidak memegang jawatan selama mana diperkenankan, jawatan Menteri Besar tidak menjadi kosong, Oleh itu YAB Dato’ Seri Dr Zambry tidak boleh menuntut jawatan Menteri Besar.

Jawapan saya:

a. Apabila Nizar mengadap DYMM Paduka Seri Sultan pada 4hb Februari 2009, bersama surat beliau yang membuat rujukan khusus kepada Artikel 16(6) Perlembagaan Negeri Perak, dan seterusnya mengaku adanya ‘deadlock’ (kononnya disebabkan oleh 3 ADUN PKR/DAP yang telah meletak jawatan, maka secara tersirat ataupun tersurat, beliau tidak lagi mempunyai kepercayaan majoriti ADUN. Jika tidak, mengapa perlu mengadap DYMM Paduka Seri Sultan berkenaan ‘deadlock’ itu;

b. Artikel 36(2) Perlembagaan Perak tidak terpakai di dalam situasi dimana adanya ‘deadlock’ kerana Artikel 36(2) adalah untuk situasi dimana Dewan telah sampai tempoh lima (5) tahun dan perlu dibubarkan untuk pilihanraya umum.

c. Isu perletakan jawatan Nizar, setelah maklum bahawa beliau tidak mempunyai kepercayaan majority, adalah tidak relevan lagi kerana, dari sudut perlembagaan, beliau telah terhenti menjadi Menteri Besar. Dewan bukanlah pemutus jika adanya keterangan-keterangan lain seperti yang dimaksudkan di dalam kes Amir Kahar v Tun Mohd Said bin Keruak [1995] 1 CLJ 184 (‘kes Amir Kahar”).

d. Kes Ningkan, kes Amir Kahar semuanya diperingkat Mahkamah Tinggi, oleh itu, Mahkamah Rayuan tidak terikat. Tetapi, kes Akintola adalah kes ‘privy council’, iaitu sama tingginya seperti di House of Lords di England.

(2) Laporan Suruhanjaya Reid 1957 berkenaan kuasa untuk memecat Perdana Menteri (Perlembagaan Persekutuan)

2.1 Tuan Haji Sulaiman berhujah bahawa deraf Perlembagaan Malaysia, di dalam Artikel 36(2) Persekutuan Malaya, berbunyi:
“The Yang di-Pertuan Besar (bermaksud Yang di-Pertuan Agong) shall appoint...a Prime Minister who in his judgment most likely to command the confidence of the majority of the members of that House...if the Prime Minister ceases to command such confidence, the Yang di-Pertuan Besar shall either, at the request of the Prime Minister, dissolve Parliament or remove the Prime Minister from office”

2.2 Disebabkan ayat ‘remove the Prime Minister from office’ tidak ada di dalam Artikel 43(4) Perlembagaan Malaysia yang sedia ada, maka YDPA tidak boleh memecat Perdana Menteri. Posisi yang sama adalah terpakai di dalam situasi Artikel 16(6) Perlembagaan Negeri Perak.

2.3 Perkataan ‘cease’ bukanlah membawa maksud sukarela (free will) tetapi suatu keadaan positif yang menyebabkan beliau ‘cease’. Justeru itu, mestilah ada ‘undi kepercayaan’ sebelum Menteri Besar boleh ‘cease’ jawatannya.

Jawapan saya:

a. Benar bahawa tiada peruntukkan khusus ‘remove the Prime Minister from office’ tetapi adalah ‘superfluous’ jika YDPA (di dalam kes Perak, DYMM Paduka Seri Sultan) tidak mempunyai kuasa ‘tersirat’ (residual powers) kerana ini akan menyebabkan Kerajaan yang dipimpin oleh Perdana Menteri (atau MB) itu adalah kerajaan minority!
b. Artikel 36(2) Deraf Perlembagaan juga tidak mempunyai perkataan “maka, Perdana Menteri hendakhah meletakkan jawatan Jemaah Menteri, melainkan jika atas permintaannya Yang di-Pertuan Agong membubarkan Parlimen (untuk Perak, DYMM Paduka Seri Sultan membubarkan Dewan Negeri)”. Oleh itu, ketiadaan ‘remove the Prime Minister from office’ telah digantikan dengan ‘melainkan jika atas permintaannya DYMM Paduka Seri Sultan membubarkan Dewan Negeri, Menteri Besar mestilah meletakkan jawatannya’.

c. Jika Dato’ Pairin (ketika itu Ketua Menteri Sabah di bawah kerajaan PBS) telah secara terhormat meletak jawatannya apabila diketahui beliau tidak lagi mempunyai majority, mengapa Nizar tidak mahu berbuat demikian. Ini suatu persoalan yang tidak dapat dijawap.

Saya menyerahkan kepada saudara-saudari untuk membuat kesimpulan sendiri. Esok jam 3.30pm di Mahkamah Rayuan yang sama keputusan Rayuan Zambry akan diberikan.

Terima Kasih.

12 comments:

  1. Kita berdoa semoga keputusan Mahkamah Rayuan esok akan memihak kepada BN . Saya yakin dr hujah yang mantap dengan fakta diberikan oleh peguam Zambry mampu merubah pandangan Hakim-Hakim .

    salam perjuangan ...

    ReplyDelete
  2. persoalan tuan adalah majoriti. adakah majoriti yang berlaku kepada BN itu terhormat. siapa yang mengesahkan ketiga2 itu istihar keluar daripada PR dan di mana pengesahan itu berlaku? adakah kerana soal daripada budi hati2 ketiga2 ADUN tersebut, atau adakah normal ketiga2 adun tersebut?

    kalau la seumpama itu, kalau esok sesiap umno bercakap tidak menyokong Najid walau di mana sekalipun? di kedai kopi ka, dalam kelambu ka, dalam tandas ka dll. tidak mengira org itu mabuk ka, tidak waras kan dan sebagainya....

    dan kamudian muhidin terus mengedap YDPA mengatakan kerana Muhidin sudah menerima undi tidak percaya daripada parti umno?

    apa yang rakyat tahu adalah.... adalah baik ianya di selesaikan dalam dewan..... sahaja...

    ReplyDelete
  3. Isu keluar parti bukanlah sesuatu yang baru. Jika dilihat, di Kelantan (di dalam kes Nordin Salleh lwn Dewan Undangan Negeri) telahpun berlaku. Bagi saya, ianya tidak menyalahi undang-undang. Moraliti perkara ke-2 tetapi kenapa 16hb September, ianya tidak kedengaran?
    Berkenaan isu pengesahan keluar parti/meletak jawatan, jelas SPR ialah pihak yang berkuasa. Sila lihat kenyataan rasmi saya yang ke-2 dimana saya ada kepilkan salinan diakui sah perintah Mahkamah Persekutuan.
    Isu YAB Tan Sri Muhyiddin kononnya mengadap YDPA tidak akan berlaku kerana di dalam UMNO, ada proses peralihan kuasa yang teratur sejak dari zaman Merdeka lagi, yang terkini merupakan peralihan kuasa daripada YABhg Tun Abdullah kepada YAB Dato' Seri Najib.
    Kami telah cuba untuk pergi ke Dewan tetapi apa yang berlaku sangat menyedihkan. Sila lihat komen saya (termasuk beberapa gambar yang diambil sewaktu 7hb Mei 2009).
    Sekian, terima kasih.

    ReplyDelete
  4. Semoga kemenangan dipihak yg benar...

    ReplyDelete
  5. salam dato, lawyer malaya terakhir.

    satu bidasan yang tepat. macam servis kuda,tak mampu ditangkis..

    moga doa kita kepada tuhan agar diberikan kejayaan.

    tengok muka nizar tu... eeee ..eeee...nak je buat stone cold stunner !

    ReplyDelete
  6. saya doakan pasukan Dr Zambry berjaya petang ini. Keputusan para hakim nanti melibatkan kredibiliti Sultan Perak secara langsung!

    ReplyDelete
  7. Hujahan ini tidak dapat diterima...beg to differ
    >>>d. Kes Ningkan, kes Amir Kahar semuanya diperingkat Mahkamah Tinggi, oleh itu, Mahkamah Rayuan tidak terikat. Tetapi, kes Akintola adalah kes ‘privy council’, iaitu sama tingginya seperti di House of Lords di England.>>>>

    House of Lords dgn Privy Council adalah BERBEZA
    dan "tidak sama tingginya"

    Salam

    ReplyDelete
  8. Salam Sejahtera,

    Saya bersetuju bahawa dari segi definasi 'House of Lords' dengan 'Privy Council' ianya adalah berbeza, tetapi sekurang-kurangnya, ianya adalah lebih tinggi daripada peringkat Mahkamah Tinggi.
    Seingat saya, tahun 1980an, Malaysia masih lagi merujuk kepada Privy Council (di dalam Kes Stephen Kalong Ningkan berkenaan "proclamation of emergency") sehingga diwujudkan Mahkamah Agung selepas pindaan kepada Mahkamah Persekutuan.
    Terima Kasih.

    ReplyDelete
  9. I think you need to study more on the matter

    Malaysia abolished appeals to the Privy Council in criminal and constitutional matters in 1978 and in civil matters in 1985.

    ReplyDelete
  10. ALLAHUAKHBAR KEMENANGAN MILIK UMAT ISLAM DAN RAKYAT PERAK

    ReplyDelete
  11. According to Protocol 1.12,Protocol of the Learned Elders of Zion stated:
    -Our right lies in force. The word "right" is an abstract thought and proved by nothing. The word means no more than: Give me what I want in order that thereby I may have a proof that I am stronger than you.

    ReplyDelete
  12. Dear DSN,

    I accept your comments on the abolishment of appeals to Privy Council in 1978 and 1985 respectively.

    Thank you.

    ReplyDelete