Monday, May 18, 2009

Sedikit Penjelasan

Salam Sejahtera/Selamat Petang kepada pembaca blog saya. Pertama sekali, izinkan saya mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi melayari blog saya. Sebagai menjawap (dan bukannya bermakna saya tidak menerima pendapat bertentangan), disini saya memberikan sedikit penjelasan:

(1) Kes Stephen Kalong Ningkan [1966] - bukannya satu kes!

Ianya merupakan satu sahaja kes yang mengatakan bahawa perlu ada sidang DUN untuk menentukan samada Ketua Menteri (atau Menteri Besar) masih lagi mempunyai 'kepercayaan majoriti ahli-ahli DUN', tetapi kes diatas telah tidak diikuti (distinguished) oleh kes Datuk (Datu) Amir Kahar bin Tun Datu Haji Mustapha v Tun Mohd Said bin Keruak & 8 lain [1995] 1 CLJ, dimana, YA Hakim Abdul Kadir Sulaiman di dalam memutuskan berkata bahawa: "The evidence that a Chief Minister ceases to command the confidence of the majority members of the Assembly for the purpose of Art. 7 (1) [dalam konteks Perak, Artikel 16(6)] is not onlu available from the votes taken in the Assembly. There is nothing in the Constitution which can be construed as requiring that the test of confidence muts be by a vote taken in the Assembly itself. That fact can alsp be evidenced by other extraneous souces, including through the knowledge of the Chief Minister himself from the surrounding circumstances as testified by this case"

Kes Datuk Amir Kahar, supra itu telah mengunapakai kes Adegbenro v Akintola [1963] 3 WLR 63, kes di peringkat Privy Council dimana ianya telah menyatakan bahawa, mengikut konvensyen, jika "Chief Minister refuses or does not tender the resignation of the members of the Cabinet which includes himself, or if he tenders the resignation of himself alone, the fact remains that the Cabinet is dissolved on account of him losing the confidence of a majority of the member of the Assembly and it is not necessary, therefore, for the Yang di-Pertua Negeri as a last resort to remove the Chief Minister and the other members of his Cabinet."

2) Kuasa Mutlak DYMM Paduka Seri Sultan - bukan hanya formaliti!

Sejak sebelum Perjanjian Malaya ("Malaya Agreement") pada 1948, terdapat dua (2) kuasa mutlak DYMM Paduka Seri Sultan yang sehingga sekarang tidak terbatas(unfettered) iaitu; (1) Kuasa melantik Menteri Besar; dan (2) Kuasa untuk memberikan perkenaan pembubaran Dewan. Ini boleh dilihat di dalam Perkara 18(2) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan ("Perlembagaan Negeri Perak").

Perkara 18(2) Perlembagaan Negeri Perak berbunyi: "His Royal Highness may act in his discretion in the performance of the following functions (in addition to those in the performance of which he may act in his discretion under the Federal Constitution) that is to say - (a) the appointment of Menteri Besar, (b) the withholding of consent to a request for teh dissolution of the Legislative Assembly..."

Justeru itu, saya tidak bersetuju bahawa perkenan DYMM Paduka Seri Sultan hanyalah 'formaliti' sahaja. Benar, Rakyat berkuasa tetapi Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu juga mempunyai kuasa-kuasa tertentu (residual powers) di dalam sistem demokrasi Raja Berperlembagaan. Ini boleh disokong lagi dengan Perkara 10 Perlembagaan Negeri Perak yang berbunyi: "The Executive Authority of the State shall be vested in his Royal Highness and exercisable, unless otherwise provided..."

(3) Mengapa begitu cepat Mahkamah Rayuan memberikan 'stay'?

Krisis politik Perak telah berlarutan hampir 3 bulan. Justeru itu, tentulah Mahkamah Rayuan mesti mengambil 'judicial notice' bahawa jika dibiarkan lagi, ianya akan membawa kepada polemik berpanjangan. Saudara Chan Kok Keong sepatutnya lebih telus dan besifat holistik di dalam kenyataannya kerana beliau juga adalah antara peguam-peguam yang mewakili YB Sivakumar didalam kedua-dua kes Mahkamah Persekutuan (dimana pihak kami telah mendapat penyelesaian muktamad berkenaan status 3 kerusi DUN Jelapang, Changkat Jering dan Behrang serta penggantungan salah YAB MB Dato' Seri Dr Zambry & 6 EXCOnya) dimana bermacam cara dan taktik telah digunakan untuk 'melewatkan' penyelesaian agara tarikh 13 Mei 2009 akan berlalu dan Dewan akan terbubar dengan sendirinya.

Pihak kami juga telah mengalami beberapa kekalahan di dalam kes-kes diatas, sebagai contohnya, permohonan dibawah Seksyen 84 Akta Kehakiman (Court of Judicature Act), hak pewakilan YB Sivakumar selaku Speaker & terakhir sekali keputusan YA Hakim Dato' Abdul Aziz di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Isnin lepas. Oleh itu, adalah kurang tepat jika dikatakan bahawa Mahkamah hanya 'favor' UMNO/BN. Setiap kes dilihat atas meritnya sendiri.

(4) Mana pergi 16hb September yang diwar-warkan oleh PR?

Setahu/seingat saya, peristiwa 16hb September (tahun lepas) dinanti-nantikan oleh semua. Sewaktu itu, tidak timbul isu 'moraliti'; 'hak rakyat telah dirampas' dsb. Tetapi, bila berlakunya peristiwa di Perak (iaitu YAB MB Dato' Seri Dr Zambry mengangkat sumpah), timbul cerita/kesedaran yang berbeda.
Soalan saya, apakah ada dua (2) peraturan untuk satu jenis sukan?

(5) BN adalah parti berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan

BN adalah merupakan satu parti yang berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan. Itulah sebabnya mengapa, untuk apa-apa pilihanraya, lambang 'dacing' digunakan. PR adalah hanya suatu 'konsortium' dan justeru itulah, di dalam mana-mana pilihanraya, lambang-lambang berbeza digunakan.

Saya akan melampirkan nanti sesalinan Sijil Pendaftaran BN di dalam edisi yang seterusnya.

Terima kasih.

2 comments:

  1. terima kasih atas penjelesan yang diberikan oleh Datuk..semoga lebih ramai orang akan menerima penjelasan yang diberikan dan tidak hanya mengguna pakai pendapat sebelah pihak sahaja..

    ReplyDelete
  2. salam datuk, mantap artikel ni. he he he
    teruskan datuk dengan pendedahan yang lebih panas akan kerapuhan pakatan pembangkang ni.

    melayu harus bersatu

    ReplyDelete