Wednesday, May 20, 2009

Terkini Dari Mahkamah

Kes rayuan Nizar mengenepikan keputusan Mahkamah Rayaun yang membenarkan penangguhan pelaksanaan keputusan Mahkamah Tinggi.

Beberapa perkara telah disentuh oleh peguam Datuk Cecil Abraham dalam hujahnya iaitu:

1. Stephen Kalung Ningkan, tidak terpakai dalam pertikaian Nizar vs Zambry kerana kes tersebut mempunyai surat yang tertera tanda top secret berbanding dengan surat majoriti 31 Adun BN dan Bebas.

2. Kes tersebut tidak pernah memberi peluang kepada beliau untuk menjawab – hilang majoriti atau tidak, sebenarnya dalam kes Zambry vs Nizar, Tuanku Sultan sudah menyampaikan kepada Nizar melalui surat hilang kepercayaan oleh 31 Adun BN dan Bebas. Justeru Nizar telah diberi peluang untuk sangkal.

3. Tindakan Tuanku Sultan mengeluarkan statement bukanlah suatu tindakan yang overt tetapi suatu penjelasan Sultan terhadap allegation kemelut politik yang dibawa Nizar. Tindakan Tuanku Sultan adalah berbeza dengan tindakan TYT Gabenor Sarawak sewaktu menulis surat kepada Stephen Kalung Ningkan bahawa beliau kehilangan kepercayaannya.

4. Apabila Nizar mengadap Tuanku Sultan Perak untuk pembubaran tetapi pembubaran tidak dibenarkan dan beliau dinasihati untuk meletak jawatan dan enggan, maka menurut Datuk Cecil Abraham, Nizar telah dengan sendirinya telah dilucutkan jawatan sebagai Menteri Besar sebagaimana yang dinyatakan oleh Undang-undang Tubuh Negeri Perak.

5. Sesi disambung semula 12.15 tengah hari dengan hujah Peguam Negara selaku pencelah.

4 comments:

  1. t.kasih datuk

    satu perkembangan yg baik kerana dapat beri info secara langsung dari court

    ReplyDelete
  2. Mahkamah di akhirat penentu segala kebenaran. Bongkarkanlah segala kebenaran ya Allah. Sesungguhnya ilmu undang-undangpun kami muslim ceduk dari barat pasti kurang nilai Islam itu sendiri. Kembalikanlah kami Muslim sepenuhnya kepada Islam sejati ya Allah.

    ReplyDelete
  3. Isu PPSMI terus lenyap begitu saja walaupun terangan melanggar perlembagaan negara. Hanya Allah yang Maha Mengetahui.

    ReplyDelete
  4. Asalamualaikum Datuk,
    Kami semua berharap agar keputusan mahkamah esok akan berpihak pada kita dan berharap keputusan yang adil dan saksama

    Salam Perjuangan

    ReplyDelete